Selamat pagi rakan-rakan maya. Cuaca di pagi Sabtu ini agak suram. Mendung, dan awan nampak kelabu. Setelah Encik Suami dan Fairuz keluar menuju ke tempat kerja masing-masing, tinggallah Amie dengan Firdaus. Awal pagi lagi Firdaus sudah beri makan kucingnya. Setelah mandi, Firdaus siapkan latihan matematik yang diberikan oleh gurunya kelmarin.
Pagi ini kami sarapan Cucur Durian. Jemput sarapan ya.
Cucur Durian. |
Durian dari Ranau yang kami beli kelmarin pagi inilah yang Amie gunakan untuk buat Cucur Durian.
Firdaus suka sangat makan Cucur Durian. Rasanya pula tidaklah terlalu manis. Amie tambahkan gula pasir. Seimbang dengan kehadiran garam yang menjadikannya bertambah lemak manis. Sambil goreng Cucur Durian, sambil melayan pelbagai pertanyaan Firdaus di dapur. Macam-macamlah yang ditanya. Gunakan tepung apa? Kenapa bubuh durian. Kenapa bubuh gula? Kenapa bubuh garam? Berapa lama ambill masa nak goreng?
Wokey!
Cucur Durian sudah siap. Kita lihat resipinya di bawah ini.
- 3 cawan tepung gandum
- 1.5 cawan isi durian
- 3 sudu besar gula pasir - boleh tambah atau kurang ikut citarasa
- 1 sudu kecil garam
- 1 paket yis mauripan 11 gram
- air secukupnya - untuk adunan tidak pekat dan tidak cair
- minyak
- semangkuk kecil air - untuk celup hujung jari
- Dalam sebuah bekas, masukkan tepung, gula pasir, garam, isi durian dan yis mauripan.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan seperti cucur biasa. Tidak terlalu pekat dan tidak cair.
- Biarkan adunan selama 30 minit.
- Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gunakan api sederhana.
- Celupkan hujung jari di dalam mangkuk berisi air dan jemput adunan, jatuhkan dalam kuali.
- Goreng dan kacau supaya cucur masak sekata sehingga cucur berwarna kuning keemasan.
- Angkat dan toskan.
Wah,dah dapat durian ,dicucur pula..hihihi betul ke ayat tu
BalasPadamPastinya harum satu rumah dengan aroma durian.Selamat menjamu selera
Hahahaa... orang tamak tak mahu rugi ni. Lama dah menanti musim durian, tak mahu lepas peluang!
Padamaduuhh... sangat menggoda la cuucr durian tu. Tak pernah buat pun sebab biasa durian habi dimakan begitu sahaja atau buat bubur kacang dan tempoyak. Biasa beli durian pun cukup-cukup makan hehe..
BalasPadamAlhamdulillah. Bagus tu durian habis dimakan, tidaklah membazir.
PadamBanyak betul pertanyaan Firdaus tu. Tak terlayan mommy. Bolehlah cuba buat cucur durian pulak. Ada sebekas durian lagi belum makan. Risau dah habis tak sempat buat cucur. hihi
BalasPadamBegitulah Fizah. Kalau tak dilayan merajuk pula hehehehee. Mungkin dia rasa sunyi.
PadamBoleh tu buat cucur durian Fizah.
bila musim duriaan menu sarapan dan petang
BalasPadamhe hee cekodok durian la laris kat rumah sy ni
Tak banyak durian di LD.
PadamKalau rajin boleh simpan stok, frozenkan durian.
Memang sedap . Kalau buat cekodok durian ..baunyaaa memang terangkat selera tu
BalasPadamBetul CCL. Tak pandai berhenti mengunyah selagi tak habis.
PadamUnik betul.
BalasPadamHehe Firdaus seorang budak yang cerdas. Mungkin dia pun rassa teruja hendak tahu resipi cucur durian.
nmpk gayanya firdaus mcm minat memasak. smua ditanya dia..
BalasPadamSaya lebih suke makan durian begitu jer… paling tak pon bubur kacang durian atau serawa durian
BalasPadamBagus firdaus banyak tanya, dia cuba belajar walaupun kadang kadang letih nak layan kan kak amie hahaha. Tapi, kalau tak layan, mahu kecik hati nanti kann.
BalasPadam