Pages

Jumaat, 20 Ogos 2021

Jalan-Jalan Ke Pasar Rakyat LD

Awal pagi tadi, selepas solat Subuh kami ke Pasar Rakyat LD. Setelah berhari-hari bermimpi dan membayangkan longgokan durian kerana tidak boleh banyak bergerak akibat kaki terseliuh, akhirnya pagi tadi boleh loloskan diri ke pasar.

Benar! Di sepanjang jalan di hadapan Pasar Rakyat menghala ke pasar ikan, memang penuh dengan longgokan durian. Khabarnya durian dari Ranau dan Sipitang. Sayangnya, menjelang pukul 6 pagi, kereta peronda sudah membunyikan siren dan memberi amaran melalui pembesar suara. 

Kelam-kabut peniaga-peniaga kecil membungkus jualan masing-masing. Bayangkan! Penjual nanas, cempedak, tarap, ikan masin, ikan bilis, sayur-sayuran dan buah-buahan membawa pulang jualan masing-masing. Mereka tidak memiliki gerai untuk berniaga. Mereka tidak mempunyai lesen perniagaan. Mereka sekadar mencari pendapatan untuk sesuap nasi untuk keluarga, untuk kedua orang tua, untuk isteri dan anak-anak!


Longgokan durian dari Ranau dan Sipitang.



Pemandangan sebegini hanya dapat dilihat sehingga pukul 6 pagi sahaja.


Satu ikat durian yang sudah merekah ini berharga RM35.

Rambutan sekompek RM60.

Kami hampiri longgokan rambutan. Apabila ditanya harga satu beg plastik (orang di LD panggil kompek), penjual rambutan kata: RM60. Mak!  Satu kompek RM60!!!! Cari tempat lain pula. Tanya lagi, harganya RM85! 
Nantilah cari di tempat lain.

Durian yang kami beli. Rasanya sangat murah sebab dapat harga RM67. Murahlan kalau di LD. Tidak ada durian kayangan yang dijual. Semuanya jenis durian kampung dan durian kahwin.


Akhirnya dapat juga beli sekilogram rambutan dengan harga RM12. Manggis pun dapat sekilogram juga dengan harga sama RM12.  Ada 7 biji semuanya. Buah sentul itu Amie beli sebab nak masak dengan ayam. 


Selain buah-buahan, kami bawa pulang seikat pucuk ubi rambat.


Tak tahulah jenis ubi rambat warna apa sebab daunnya macam daun ubi kucir!


Encik Suami beli sekilogram limau kasturi.


Beli juga sekilogram tomato kampung.


Sudah ada tomato bolehlah beli cili padi.


Nanti Amie nak buat sambal tomato.

Boleh campur-campur jenis cili padi untuk dijadikan sambal tomato.

Sekian!
Di luar hujan turun dengan lebatnya.
Seronoknya kalau dapat rehatkan diri.
Google meet pun sudah selesai.
Tidurlah sekejap!

13 ulasan:

  1. ALahai kesiannya peniaga-peniaga tu. Amboi mahalnya harga rambutan. Alhamdulillah kaki dah Ok, boleh ke pasar

    BalasPadam
  2. Amboii mak mahal bkn main buah moktan tu..kalau kita dok dkt akak suruh Amie mai petik ja kt rumah ni..

    BalasPadam
  3. Mak oiii...bleh tahan mahal eh Kak amie, kat sini rambutan tu 3kg RM10, Macam lambakan rambutan sebab tak laku...

    BalasPadam
  4. kesian peniaga2 kecil kene halau... ermmm

    kirim durian kak...

    BalasPadam
  5. Mahal betul rambutan tu. Berapa kilo tu?

    BalasPadam
  6. Tudia,mahalnya rambutan kat sana.Dulu pernah baca manggis kat Jepun sebiji harganya dalam yen senilai RM5.Rupanya kat LD pun dekat RM2 sebiji.
    Tapi kesian lagi peniaga yang nak berniaga tapi kena halau tu.Semoga Allah mudahkan urusan mereka & kurniakan rezeki lain untuk mereka..

    BalasPadam
  7. Wow. tak sabar nak tunggu resepi ayam Kak Amie masak guna buah sentul tu.

    BalasPadam
  8. Mahalnya harga buah-buahan di sana, kalau tak ada duit dan tak ada kebun, memang mampu pandang sajalah.

    Kadang simpati dengan peniaga jalanan tak berlesen ni tapi sebagai warganegara, kita perlu patuh pada undang2. Semoga masih ada rezeki utk mereka.

    BalasPadam
  9. Banyak membeli sayur. Memang banyak stok sambal.

    BalasPadam
  10. Pergi pasar terus rasa sihat sakit kaki. Syukur dah semakin baik. Boleh jugak lolos ke pasar. Kesian dengan peniaga kecil yang berniaga tanpa lesen tu. Bukan jual barang terlarang pun. Kalaulah diberi kelonggaran sikit kan musim pandemik ni. Asalkan jaga SOP. Mahal betul harga rambutan tu. Memang taklah membeli. Rambutan kayangan ke camne. Bestnya dapat pergi pasar. Suka tengok cili api elok macam tu. kalau saya jumpa dah membeli banyak dah. Ada tomato kampung fresh. Ada potensi buat sambal tomato tu. hihi..first time tengok pucuk ubi rambat tu Kak Amie. daun jenis panjang panjang runcing. Biasa nampak yang biasa dan kerinting je.

    BalasPadam
  11. seronoknya tgk pasar yg banyak buah mcm tu.
    Tp, mahal btol harga rambutan tu..

    BalasPadam
  12. Boleh tahan ek harga rambutan tuuu, biasa satu kompek tuuu berapa kg kak amie

    BalasPadam