Pages

Jumaat, 20 Ogos 2021

Bubur Asyura Cocos

Mari jenguk dapur sekejap. Apa ada di bawah tudung saji? Malam tadi Encik Suami bawa pulang bubur Asyura dari kampung. Oleh kerana sudah lewat malam, bubur asyura disimpan dalam peti sejuk. Pagi tadi Amie panaskan semula. 

Jom kita berkenalan dengan lebih dekat tentang bubur Asyura. Boleh rujuk di sini: BUBUR ASYURA. Amie ringkaskan seperti di bawah ini:

  • Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha. 
  • Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.
  • Bubur Asyura Utara : Teskturnya kental malah ada juga yang kadangkala boleh dipotong seperti kuih sama seperti bubur Asyura Pantai Timur. Campuran beras, tepung, gula, kekacang, pisang, jagung, ubi-ubi seperti keladi, keledek dan sangat manis rasanya. Dimasak dengan masa yang agak lama.
  • Bubur Asyura Pantai Timur : Teksturnya sangat kental dan sama seperti jenis kuih talam dan perlu dipotong untuk dihidangkan. Bahan yang digunakan agak sama dengan bubur Asyura Utara tetapi dimasak bersama tumisan bawang, halia, lengkuas, daging, ayam dan rempah khas. Juga dimasak dengan masa yang lama.
  • Bubur Asyura Selatan : Tekstur yang lebih ceroi dan cair serta tidak manis, sama seperti bubur lambuk cuma ditambah pelbagai jenis kekacang.

Amie panggil Bubur Asyura Cocos sebab ada sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan pelbagai jenis bubur Asyura di Malaya.  Bubur Asyura Cocos hampir sama dengan bubur lambuk dari segi lebih ceroi dan cair serta tidak manis. Ketika hayat MIL masih ada, Amie lihat MIL masak seperti bubur nasi dan ditambah ayam. Bahan lain yang MIL gunakan termasuklah ubi keledek, keladi, kentang dan sebagainya. MIL bubuh lada putih. Rasanya sangat sedap.

Bubur Asyura Cocos yang Encik Suami bawa pulang dimasak oleh biras Amie. Oleh kerana biras Amie tinggal bersama MIL & FIL sehingga akhir hayat mereka, jadi banyaklah menu orang Cocos yang dipelajarinya. Amie lihat bubur kali ini agak berwarna ungu. Biras Amei bubh keledek ungu, keledek oren , keladi, kentang, ayam, leek dan entah apa lagi. Memang sangat sedaplah!

Bubur Asyura Cocos.

Sarapan di pagi Jumaat:
  • Bubur Asyura Cocos
  • Bubur Kacang Hijau Tiga Rasa
  • Roti Paratha Bawang
  • Sambal Sardin
  • Jus Cranberry
  • Anggur

Bubur Kacang Hijau 3 Rasa.

Lebihan Bubur Kacang Hijau 3 Rasa masih berbaki. Amie panaskan semula. Makan sejuk dengan roti pun sedap! Boleh rujuk resipi di sini: BUBUR KACANG HIJAU 3 RASA.

Roti Paratha Bawang.

Roti Paratha Bawang ini Amie temankan dengan sambal sardin. Sedap makan panas-panas!

 

Sambal Sardin

Amie hancurkan ikan sardin dalam rin. Sedap apabila dimasak sambal!


Anggur dari adik ipar.

Jus Cranberry


Wokey!
Sambung BDR. Kena terus siapkan laporan sebelum pukul 2 sebab petang nanti kena ikut mesyuarat...google meet...google meet!

18 ulasan:

  1. Sedapnya dapat makan bubur asyura. Saya suka bubur Asyura Selatan, Johor terutamanya. Versi pantai timur dan utara macam tak pernah rasa. Menarik bubur asyura cocos ada letak keledek dan keladi. Semoga semua kerja Kak Amie siap sebelum 2pm.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap bubur asyura tu kak amie..alaaa...ada jus crancerries...dapnya...dulu rajin beli masa duk KL..suka beli kat Jaya Grocer...kat sini x jumpa lagi...

    BalasPadam
  3. Sedapnya makan bubur Asyura waktu sarapan pagi mmg kenyang la..

    BalasPadam
  4. Pernah makan yang belah utara, ada kekacang daging dsb.. belah pantai timur belum pernah rasa. Kalau kat sini tekstur lebih kepada bubur lambuk.

    BalasPadam
  5. Lain negeri lain cara memasak dan bahan2 yg digunakan utk buat bubur asyura kan..kalau kat perak penuh dgn daun2..saya suka kelantan punya..

    BalasPadam
  6. puas smlm mkn bubur asyura. org bagi. perangai sy mkn bubur ni mesti nk cari ikan masin����

    BalasPadam
  7. Saya suka bubur Asyura, tidak kiralah dari mana sebab mewah dengan pelbagai ramuan. Tetapi, dalam banyak-banyak tu saya biasa makan yang dari Utara :)

    BalasPadam
  8. Wah,nampaknya Johor & Sabah mendahului bubur asyura...
    Kita kat KL baru dok plan...Harap menjadi la...hihihi

    BalasPadam
  9. Tahun ni senyap je bubur Asyura. Tapi seminggu selepas raya haji hari tu kami dah buat untuk makan sekeluarga.

    BalasPadam
  10. Meriahnya breakfast kak Amie. Saya pernah makan yang versi Utara dan Selatan. Rasanya lagi prefer yang selatan. Tahun ni tak dapat makan sebab PKP takde orang buat, klau tak mesti surau area rumah buat

    BalasPadam
  11. itu lah, sekali pandang macam bubur lambuk jer bubur asyura cocos tu..

    BalasPadam
  12. sedap kak Amie..rasanya saya setahun sekali je mkn bubur asyura ni ^_^

    BalasPadam
  13. sedap nmpknya bubur asyura cocos tu..saya makan bubur asyura pantai timur semestinya klate...biasa mama saya buat tp lama dh dia tk buat...tp thn ni jiran ada bagi dpt gk la merasa

    BalasPadam
  14. Citarasa masyarakat Cocos sama dengan Johorean

    BalasPadam
  15. Saya memang suka bubur asyura versi bubuk lambuk. Banyak kekacang.
    Bubur asyura Cocos itu macam teringin hendak rasa.

    BalasPadam
  16. sedapnya bubur asyura. lama syu xmkn..

    BalasPadam
  17. Tak merasa bubur asyura minggu ni, kalau dulu office kakak buat jugakkk bubur asyura ni, sempatlah merasa sikit, tahun ni takde pulak.

    BalasPadam