Pages

Ahad, 8 Ogos 2021

Petola Tumis Telur

Pantang jumpa sayur petola masak tumis atau masak sup dengan telur bubuh lada putih! Boleh habis makan semangkuk. Apalagi kalau sayur petola yang muda dan baru dipetik dari pokok. Aromanya yang segar memang cukup menggoda selera!

Sesekali layan Petola Tumis Telur memang sedap sangat!

Petola Tumis Telur

Hidangan tengahari Ahad:
  • Nasi Putih
  • Asam Pedas Ikan Alu-Alu
  • Sayur Petola TumisTelur
  • Ayam Panggang Air Fryer
  • Sambal Tempoyak & Tomato Ceri
  • Ikan Masin Kukus
  • Limau Sunkist
Asam Pedas Ikan Alu-Alu

Ini Asam Pedas Ikan Alu-Alu. Kami beli ikan alu-alu dalam perjalanan pulang dari kampung adik ipar. Masih segar dan terasa isinyayang lembut dan manis.

Ayam Panggang Air Fryer

Encik Suami nak makan ayam panggang. Jadi pangganglah dua ketul peha dalam air fryer. Senang kerja dan sedap pula!

Sambal Tempoyak, Ikan Masin Kukus & Tomato Ceri

Kita kalau dah jumpa sambal tempoyak dengan ikan masin dah cukuplah! Tambah sayur petola tumis pecah telur, memang sambil makan sambil kembali menerawang ke masa lampau...zaman purbakala!

Kimau Sunkist

Limau Sunkist ini kadang-kadang Encik Suami habiskan seorang tak tinggal baki!
Walaupun sentiasa makan limau sunkist tapi tak pernah rasa jemu!

Petola Tumis Telur

Jom kita lihat resipi Petola Tumis Telur. Walaupun cara penyediaannya mudah sangat tapi nak kongsi juga. Mana tahu suatu hari nanti anak-anak cari resipi masakan ini. Sepatutnya Amie bubuh cili merah hiris tetapi tak ada stok. Amie gantikan dengan cili padi. Boleh picit waktu makan untuk keluarkan rasa pedasnya.

Bahan-bahan:
  • 1 biji petola muda - buang kulit - hiris ikut saiz dan ketebalan yang disukai
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 7 biji cili padi
  • 1 cawan air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau-kacau seketika. Keluarkan telur dan ketepikan.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng kacau.
  3. Setelah bawang layu, masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan petola dan cili padi. Masak sehingga kuah mendidih sekali lagi.
  5. Masukkan telur tadi. 
  6. Taburkan garam / perasa pilihan.
  7. Kacau rata dan padamkan api dapur.

18 ulasan:

  1. selalu sayur peria je saya tumis gini. wah..merah asam pedas tu menggoda

    BalasPadam
  2. Sedap . CCL pun selalu gandingkan petolacni dengan telur tak pun dengan shu-un

    BalasPadam
  3. terliur tgk menu Amie
    sedap2 semuanya
    petola tumis pun menggoda ni

    BalasPadam
  4. menggoda sungguh ayam tu..kak amie..

    BalasPadam
  5. Haah suka lauk petola masak air. Senang masak.

    BalasPadam
  6. sedapnya sayur petola suka masakk bening ja

    BalasPadam
  7. sedap petola tumis telur. syu suka jgk. bleh simpan resepi ni, nanti nak try..

    BalasPadam
  8. SA suka masak petola macam ni cumanya kat rumah ni sayur ni x jalan..mak memang x leh makan sayur ni sebab bisa- bisa kaki...Dania memang x makan la...

    BalasPadam
  9. Petola memang sedap kalau yg masih muda..celur buat ulam pun sedap kan Amie..

    BalasPadam
  10. Syawal suaminya Mastura dalam cerita Ahmad Al Bab menyebut petola sebagai fatula...betik fayafa & bendi sebagai brandi...hihihi teringat film tu...Asam pedas tu menggoda

    BalasPadam
  11. Sedapnya ayam panggang air fryer.. nanti nak buat jugak lah.

    BalasPadam
  12. sedap ni kak, dana suka kalau msk petola mesti ada kuah lebih... atau buat bening

    BalasPadam
  13. Lama betul tak masak petola. Sedap betul petola tumis telur. Ratah pun sodap ni Kak Amie. Cantik rupa ayam panggang air fryer tu.

    BalasPadam
  14. Saya juga penggemar sayur petola, memang semangkuk tu sy punya

    BalasPadam
  15. selalu sy kan kak, sy akan letak telur sebiji. kuah mesti banyak. then msk kn suhun. kalau tumis mcm ni x penah buat lg. boleh laa cuba nnt kalau terbeli petola lg hehehe

    BalasPadam
  16. Masa kecik2 dulu arwah mak selalu gak masak sayur felato ni, skrg nak jumpa pon susah

    BalasPadam
  17. Dapat rasa asam pedas ikan alu alu pun takpe dah kak amie ahaha

    BalasPadam
  18. Terliur tengok semua! Kenapa rupa paras asam pedas Kak Amie tu mengancam sangat? 😁

    BalasPadam