Pages

Khamis, 12 Ogos 2021

Sup Ikan Ala Koboi

Sup Ikan Ala Koboi memang paling mudah untuk disediakan. Tak perlu banyak bahan. Biasanya Amie hanya gunakan bawang putih, halia dan lada putih. Kali ini Amie gunakan lada hitam sebab lada putih sudah habis. Kuah pun nampak gelap sedikit dan ada serpihan lada hitam atas ikan.

Waktu Amie dalam pantang anak pertama (Abang Farid) arwah MIL setiap hari masakkan sup ikan. MIL bubuh lada putih, halia dan bawang putih sahaja. Isinya ikan dan sayur sawi pahit. MIL hidangkan panas. Sedap sungguh hirup kuahnya!

Amie masak sup ikan hari ini pun sebab nak hirup kuahnya ketika masih panas! Halia dan lada putih itulah yang membangkitkan rasa dan selera!

Sup Ikan Ala Koboi

Hidangan tengahari Khamis:
  • Nasi Putih
  • Sup Ikan Ala Koboi
  • Sayur Kacang Buncis Tumis Pecah Telur
  • Udang Galah Goreng
  • Tauhu & Tempe Goreng Salut Tepung BESTARI
  • Sambal Kicap Cili Kering
  • Buah Limau Sinkist & Epal Hijau
  • Air Kelapa & Lemon
Sayur Kacang Buncis Tumis Pecah Telur.

Udang Galag Goreng.

Tauhu & Tempe Goreng Tepung Bestari.

Tauhu dan tempen ini Amie salut tepung BESTARI. Sedap makan cecah Sambal Kicap Cili Kering. Firdaus suka sangat, tapi kulitnya saja yang dikopek cecah sambal kicap! Isinya letak tepi.

Sambal Kicap Cili Kering.


Sewaktu Encik Suami sakit akhir tahun lepas, Amie selalu masakan sup begini untuk Encik Suami. Mudah sangat. Tak adalah rasa hanyir pada ikan sebab tak bubuh asam. Halia dan lada putih / lada hitam memberi rasa yang lebih lazat!

Bahan-bahan:
  • 2 keping ikan alu-alu (apa-apa ikan yang digemari)
  • 3 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 cam halia - tumbuk kasar
  • 1 sudu kecil lada hitam/ putih - tumbuk
  • 1 pokok sawi - asingkan daun dan batang
  • garam / perasa pilihan
  • 600 ml air
Cara memasak:
  1. Masukkan air ke dalam periuk bersama bawang putih, halia dan lada putih / hitam tumbuk.
  2. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan bersama batang sawi.
  4. Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan pula daun sawi.
  5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  6. Biarkan seketika dan kemudian padamkan api dapur.
  7. Hidangkan panas.


15 ulasan:

  1. menu yang simple tapi sedap. mak saya pun kalau ada orang pantang memang ini lah menunya

    BalasPadam
  2. Memori dalam pantang ni...Tapi saya rasanya tak mungkin dah melalui pantang bersalin lagi....Hihihi

    BalasPadam
  3. Akak biasa buat sup kepala ikan merah...

    BalasPadam
  4. Walaupun ala koboi tapi tetap nampak menyelerakan. Konco2 koboi pun tak kurang hebatnya tu Kak Amie

    BalasPadam
  5. nampak mudah nksediakan tapi sedap mesti kan

    BalasPadam
  6. Sedapnya sup ikan. lama tak buat.

    BalasPadam
  7. Koboi pun terasa kuah pedas2 tu uishhh

    BalasPadam
  8. Haah suka buat banjir-banjir pada nasi dengan sup.

    BalasPadam
  9. boleh cuba lah nanti sup ikan ala koboi ni, senang jer cara nampaknya.

    Sayur buncis tumis pecah telur tu macam sedap jer, share resepi kak...

    BalasPadam
  10. sekali tgk mcm singgang tp nmpk sayur maknanya bukanlah singgang ;-)

    BalasPadam
  11. Tergodanya tengok udang galah tu! Besar!

    BalasPadam
  12. Sedap sup panas dihirup. Ada lada hitam lagi buatkan badan panas terus. Mudah penyediaan sup ikan Kak Amie. Nama pun ala koboi. Hihi..campak campak siap.

    Pelik pulak style Firdaus makan tauhu tu. Memang Firdaus jenis suka makanan bergoreng rangup. Isi tu mommy lah kena makan :)

    BalasPadam
  13. Sedap plak tengok sup ikan kak amie tu....terus rasa teringin....

    BalasPadam
  14. Hahaah comel Firdaus! Makan kulit rangup gorengan tu je ya... isi dalamnya letak tepi.

    BalasPadam