Pages

Rabu, 25 Ogos 2021

Acar Peria & Mangga Muda

Pernah makan Acar Peria & Mangga? Ini selera orang yang sudah berumur  macam kami... ahaks! Maklumlah makanan yang pahit itulah ubat. Tapi acar timun ini tidaklah pahit sangat. Kita boleh kurangkan pahitnya. Encik Suami suka sangat. Kalau ada rumpai laut yang macam agar-agar itu, bolehlah masukkan sekali.  

Acar Peria & Mangga Muda

Hidangan hari Rabu:

  • Nasi Putih
  • Acar Peria & Mangga Muda
  • Ayam Masak Kurma
  • Sotong Goreng Celup Tepung
  • Sayur Kubis Tumis Campur-Campur
  • Ikan Masin Kukus
  • Sambal Belacan

Ayam Masak Kurma


Resipi Ayam Mask Kurma ini Amie olah ikut cara yang dikongsikan ibu mentua adik bongsu Amie di sini: AYAM MASAK KURMA PALING SEDAP!  Dulu selalu berkira-kira kalau nak masak kurma. Semenjak dapat tips dari ibu mentua adik Amie, memang Amie tidak fikir dua kali untuk memasaknya lagi! Memang sedaplah.


Sayur Kubis Tumis Campur-Campur.

Sotong Goreng Celup Tepung

Sotong goreng ini Firdaus yang minta. Katanya nak makan janggut sotong. Sebenarnya kaki tangan sotong! Jenuhlah kita cabut kepala sotong, buang mata dan mulutnya supaya apabila digoreng nanti tidak meletup. Krup krap krup krap Firdaus makan janggut sotongnya!


Ikan Masin Kukus

Sambal Belacan



Kata kawan Amie yang jual sayur di pasar, kalau rajin bolehlah datang awal pagi ke tempat sayur jual borong. Di situ ada peria warna putih yang tak pahit. Dulu pernah jumpa peria warna putih. Sekarang susah nak jumpa. Beli sajalah peria warna hijau yang biasa itu.
Jom kita lhat resipi Acar Peria & Mangga Muda di bawah ini:

Bahan-bahan:
  • 1 biji peria (400 gram) - belah 2 - buang biji - hiris tipis - taburkan satu sudu kecil garam halus - ramas hingga keluar air - bilas - toskan
  • 2 biji mangga air (kampung) muda - kupas kulit - hiris / sagat
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 7 biji tomato ceri - hiris
  • 1 biji cili merah  - hiris (Amie masukkan 7 biji cili padi tanpa potong- kalau nak rasa pedas sewaktu makan boleh picit)
  • 7 biji limau kasturi - ambil jusnya - boleh gunakan cuka
  • secubit garam 
  • gula secukupnya
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, masukkan peria, mangga muda, bawang besar, tomato ceri, cili merah / cili padi, garam dan gula.
  2. Tuangkan jus limau kasturi.
  3. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

17 ulasan:

  1. Wahhh pertama kali tengok acar dari buah peria. Selalunya akak msk grg ja,takpun buat kerabu..

    BalasPadam
  2. Baru tau ada acar peria. Saya masih tak mampu makan peria, pahit terasa.
    Sambal belacan tu sangat menggiurkan!

    BalasPadam
  3. menu menyelerakan pahit peria bergabung masam manis pahitnya hlng

    BalasPadam
  4. tak pernah cuba ni kak acar ada peria... mesti sedap ada rasa pahit masam masin ranggup

    BalasPadam
  5. Pernah nampak beberapa kali dah cikgu share acar peria.Tapi belum mencuba.Macam sedap tu

    BalasPadam
  6. Sy suka peria walaupun pahit, kalau masak acar, mesti lagi sedap kan. Boleh cuba resepinya di lain kali

    BalasPadam
  7. Makan peria memang akan tertutup mata apabila makan tapi tetap tidak serik untuk makan.

    BalasPadam
  8. Menarik la menu ni kak amie..first time taua boleh combined peria dan mangga....

    BalasPadam
  9. Nampak menariknya acar peria . Ingatkan peria ni boleh masak macam tu je .rupanya boleh buat acar .

    BalasPadam
  10. saya belum pernah masak paria dengan mangga muda, kak, biasanya hanya paria dengan ikan teri medan sahaja. Begitu pula dengan ikan masin, biasanya hanya digoreng saja, tak tahu kalau bisa dikukus pula. Terima kasih recipe-nya kak Amie, nak cuba masak ikan masin kukus pula ^_^

    BalasPadam
  11. Acar timun biasalah makan. Tapi Acar Peria & Mangga luar biasa betul. Tapi tak pelik sangat juga sebab nampak macam kerabu jugaklah kan. Cuma peria tu lah tak pasti boleh makan ke tak. Kalau dah biasa makan rebus atau tumis okay je kot makan bila dibuat acar ni. Ikan masin kukus rare jugak tu.

    BalasPadam
  12. Tk pernah terfikir combine mangga dan peria. Hehe. Datang blog kak Amie, macam-macam resepi jumpa

    BalasPadam
  13. Peria pun boleh dijadikan acar ye kak amie, kalau saya, selalu makan acar timun itu ajelah hehehe

    BalasPadam