Pagi ini terpandang paparan memori kelas masakan 2019 dalam FB. Rasa rindu sangat ingin bertemu sifu masakan dan kawan-kawan sekelas. Paling seronok sewaktu kami belajar buat kuih cara berlauk cheese.
|
Kuih Cara Berlauk Cheese |
Sebagaimana cheese mula meleleh, begitulah kami.... ayaq lioq ikut meleleh sama!
|
Kuih Cara Berlauk Cheese. |
Orang kata, tidak susah untuk membuat kuih-muih tradisi, tetapi Amie tetap juga ingin tambah ilmu dalam kelas masakan. Sebenarnya, banyak rahsia dan petua yang boleh diperolehi daripada sifu masakan. Misalnya belajar buat kuih bom, Amie dapat pengalaman untuk membuat inti yang sedap, menjadikan bahagian luar kuih bom lebih lembut dan cara menggoreng yang betul
|
Inti kacang merah. |
|
Inti kacang hijau. |
Kuih bom ini sangat sedap! Bahagian luarnya lembut, tidak liat dan tidak keras. Tak cukup makan sebiji. Kena makan berbiji-biji.
Bukan setakat kuih cara dan kuih bom, kuih lain yang orang kata senang sangat nak buat pun Amie belajar juga seperti kuih kaswi dan kuih keria montok! Kalau ada kelas masakan buat lempeng pun Amie nak masuk juga. Banyak jenis lempeng yang boleh diolah!
Kagum sy tengok Kak Amie join kelas-kelas masakan ni. Sy ni malas orangnya, jenis kalau dapat sekali buat, cukuplah. Teruknya saya...
BalasPadamSaja jew join kelas untuk tambah pengetahuan.
PadamHehe patutlah rajin Puan Amie buat olahan kuih-muih rupanya pernah berguru. Bagus juga amalkan teknik yang diajar.
BalasPadamMemang suka berguru, tapi balik rumah simpan saja ilmu dalam tupperware hehehehe.
PadamKuih tradisional nampak mudah, tapi kalau tak biasa masuk dapur, terkial-kial jugak. Bagusnya menambah ilmu kan.
BalasPadamBiasanya ikut gaya orang kampung memang main campak-campak saja, tapi bila berguru kena timbang sukat betul-betul walaupun buat kuih tradisional.
PadamSedap-sedap semuanya.Paling saya terbayang dimata mango casablanca tak boleh move on lagi sebagaimana tak boleh move on Remy Ishak dah kawin🤣🤣🤣.Anak-anak saya kata buruk betul kalau orang tua minat retis.ðŸ¤
BalasPadamAcuan tu sukanya bulat-bulat..Nak kena cari juga kat shopee ni..
Jom kita buat manggo casblanca.
PadamSaya pun dah mula selongkar stor, jumpa semula segala peralatan memasak, segala loyang, acuan dll. Cuma oven saja tak mampu capai sebab diletak kat atas rak.
Ini yang ayaq liuq nak ikut meleleh sama ni kak Amie. Seronok pulak masuk kelas buat kuih tradisional melayu. Banyak jenis kuih muih boleh belajar buat.
BalasPadamDulu, pantang ada masa lapang di hujung minggu, memang Kak Amie daftar belajar kelas masak. Banyaklah juga Kak Amie belajar. Sejak PKP 1.0 dah tak boleh join.
PadamSeronok kan kalau dapat join kelas2 mcm ni..walaupun nampak senang ja nk buat tp memerlukan teknik yg betul..
BalasPadamKuih cara kegemaran saya tu.. Tak cukup lima bijik sekali makan.. hehe
BalasPadamKecik-kecik jew saiznya, sebiji sekali ngap.
Padamsaya join kelas memask onlne tapi join tgk org masak je la hahaha, nak masak sndri x rajin :D
BalasPadamSaya tak pernah join online. Mesti nak kelas hands on.
PadamBaguslah Kak Amie ni, tabik!
BalasPadamSaya ni dah la tak pandai, nak belajar pun malas haha...
Suka-suka saja, tambah-tambah ilmu dari orang lain.
PadamUihhhhh.... rajinnya cikgu Amie masuk kelas... saya setakat belajar dari google je... kadang buat sekali je😜
BalasPadamSekarang dah tak boleh join kelas masakan.
PadamBetul tu.
BalasPadamKalau ada kesempatan memang suka masuk kelas masakan.
tak pernah jumpa lagi kuih cara berlauk cheese tu, dah jadi macam pizza pulak.
BalasPadamkuih bom tu saya suke yg inti kelapa...
dana teringin buat kuih cara berlauk tapi tak tercuba2 lagi kak...
BalasPadamsedap semua kuih akak tu... cantik bentuknya pulak tuh
Bila la SA dapat join mana- mana kelas masakan ni...dah pencen nanti la agaknya kot
BalasPadamDah lama teringin nak buat kuih cara . Tapi itu laa acuan tak ada . Hari tu ada godek shopee nak beli acuan . Masih tersimpan dlm troli belum beli2 . Eh acuan kuih cara ni bokeh letak atas dapur masak ke ?
BalasPadamwah kuih cara berlauk cheese..sedap nmpknya..biasa mkn yg biasa je...kuih bom inti kacang merah fav..mama saya buat jual
BalasPadamKuih cara pun dah ada versi cheese ye, majuuuuuu. Kalau saya, paling suka yang biasa tuuu je, memang sekali ngap aje kalau makan
BalasPadam