Pages

Rabu, 7 Julai 2021

Spinach Noodles

Jumpa lagi di pagi Rabu yang redup. Mari teruskan rutin harian seperti biasa. Tiba-tiba teringat lagu nasyid zaman remaja purba nyanyian kumpulan Al-Mizan. Terngiang-ngiang senikata lagu Dunia dan Akhirat: 

Beribadat kita
seolah kan mati esoknya

Bekerja berusaha
seolah kan hidup selamanya

Itulah sabda nabi kita
Muhammad Rasulullah

Dari itu janganlah
kita berlengah

Kerjakan semua perintah Allah
untuk akhirat sebelum terlambat

Tapi jangan lupa
kita hidup di dunia

Perlulah bekerja
dan juga berusaha

Mencari rezeki pemberian Allah
mencapai cita-cita

Oleh itu janganlah kita hanya
menadah tangan duduk berdoa
tanpa berusaha tak akan berjaya

Sebelum beraktiviti, mari kita alas perut terlebih dahulu. Pagi ini Amie sempat sediakan Spinach Noodles Soup dan kami bertiga bersarapan bersama sebelum Encik Suami keluar ke tempat kerja.

Spinach Noodles Soup ini cara olahannya ikut kepala Amie... ahaks! Amie gunakan 200gm spinach noodles dan masak di dalam 1,000 ml (1 liter) air panas mendidih. Mee akan mengembang dan menyerap kesemua air.

Amie sediakan kuah sup dengan cara mencelur satu demi satu bahan yang ingin Amie jadikan sebagai aksesori spinach noodles. Sebelum itu Amie didihkan 1 liter air dan ditambah dengan hirisan halia muda, bawang putih dan lada putih tumbuk. Kemudian Amie celur  satu persatu bahan seperti udang, belly salmon, fish ball, lobak merah, brokoli dan sawi bunga. Amie keluarkan dan toskan setiap bahan. Akhir sekali Amie tinggalkan sayur sawi bunga dan bubuh garam / bahan perasa.

Spinach Noodles & The Gang

Sarapan pagi : Spinach Noodles Soup & The Gang

Spinach Noodles

Fish Ball


Brokoli & Lobak Merah

Kuah Sup.

Udang & Belly Salmon


Kicap Lada.

Bismillah.



Firdaus makan spinach noodles & roti telur.
Habis licin roti telur tak tinggal baki dikerjakan Firdaus.



Jom sambung nasyid Dunia & Akhirat:

Kerjakan sembahyang
puasa dan lainnya

Di samping jalankan
tugas seharian

Dari itu wahai
semua umat Muhammad

Bekerja untuk dunia
beribadat untuk akhirat

Jangan hanya dunia dipentingkan
akhirat utamakan.

18 ulasan:

  1. Lagu nasyid tu ... nostalgia sungguh. Masa sek rendah, lagu ni pasti akan dijadikan persembahan setiap kali hari penyampaian hadiah dan maulidurrasul tanpa pernah jemu.

    Cantik sungguh persembahan Mee Bayam, kak Amie, terliur sudah kami di sini, mana mahu cari???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu-dulu lagu nasyid meresap ke jiwa dan raga!
      Jemput makan mee bayam hihihiii.

      Padam
  2. Unik mi kangkung. Macam- macam ada jual di Sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ek silap mi bayam. Patut pelik kangkung pula.
      Warna pun cantik.

      Padam
    2. Hehehee... tersasul kangkung pulak ye. Warna bayam tu, sedap kenyal rasanya.

      Padam
  3. uniknya spinach noodle..ada cili kicap ngam

    BalasPadam
  4. Eh,saya ternyanyi la nasyid tu..Memang hafal sebab zaman kanak-kanak selalu dengar.Nostalgia sungguh lagu nasyid dulu-dulu...
    Cantiknya mee bayam..Nak BDR sesuai makan mee bayam nanti boleh jadi Popeye...💪
    hihihi

    BalasPadam
  5. wah unik lah spinach noodle nih
    nampak menyihatkan

    BalasPadam
  6. Saya lihat cili kicap dah kecur air liur.. hihi

    BalasPadam
  7. Sedap spinach noodles versi Kak Amie. Rencah asing-asing senang ambil mana yang suka. Roti telur fav Firdaus ke tu.

    BalasPadam
  8. Menu sihat di pagi hari… mee tu letak cili kicap mesti bertambah sedap

    BalasPadam
  9. Nampak sedapnyaaa spinach noodles akak niii 😋

    BalasPadam
  10. Meriahnya. Kalau masak macam ni untuk sarapan, pukul berapa agaknya kak Amie bangun

    BalasPadam
  11. Menarik Spinach noodles...warna pun menarik...

    BalasPadam
  12. Selalu terliur tengok masakan kak amie sebab bahan bahan dia banyakkkkk, memang puas hati kalau makan.

    BalasPadam
  13. sihat mkn mee bayam. kt mne nk cari mee bayam tu kak amie?

    BalasPadam