Hari ini Amie rebus tulang lembu sembelihan korban yang dikirim oleh adik ipar dari Silabukan. Amie namakan Sup Bujang Tulang Korban. Ini gaya masakan zaman bujang-bujangan dulu. Tak perlu banyak bubuh aksesori dan hanya rebus sahaja. Kalau Bonda masak mesti nak tumis dahulu segala perencah dan tulang hingga layu. Anakanda pula rebus saja bulat-bulat begitu.
Sebaik sahaja Amie padamkan api dapur tempat renih sup tulang, terdengar bunyi pintu pagar dibuka. Encik Suami sudah pulang dari hospital. Nampak gembira saja wajahnya kerana sudah selesaikan suntikan untuk dos kedua.
Dah siap masak? Laparlah!
Hidangan sudah tersaji di atas meja. Firdaus bacakan doa makan.
|
Sup Bujang Tulang Korban |
Walaupun kurang bersemangat dari bangun pagi, tetapi setelah menghidu aroma Sup Bujang Tulang Korban rasa bertenaga pula untuk terus berada di dapur. Akhirnya siapkan hidangan makan tengahari kami hari ini.
- Nasi Putih.
- Sup Bujang Tulang Korban
- Ikan Pari Ketuka @ Kiampau Rebus Air Asam Tomato
- Sayur Campur.
- Telur Dadar
- Ulam Yumak & Timun Jepun
- Buah Honeydew
- Dambal Tomato Versi Ikan Bilis
|
Ikan Pari Ketuka @ Kiampau Rebus Air Asam Tomato |
|
Sayur Campur
|
Nak habiskan saki-baki sayuran. Jumpa 3 biji kacang bendi, 4 batang putik jagung dan kobis bunga. Tambah hirisan bawang putih, bawang merah dan cili merah serta udang. Tumis sekali harung jadi sayur campur.
|
Ulam-ulaman : Yumak & Timun Jepun. |
|
Honeydew. |
|
Telur Dadar. |
Firdaus minta telur dadar. Katanya nak makan dengan Sambal Tomato Versi Ikan Bilis yang Amie masak kelmarin.Memang dia makan nasi dengan lauk telur dadar dan sambal tomato. Semua udang dalam sayur campur berpindah ke dalam pinggan nasinya.
|
Sambal Tomato Versi Ikan Bilis. |
Belum pun habis makan nasi, Firdaus bertanya: Bolehkah esok Mommy buat sambal begini lagi? Aduhai sayang Mommy! Kelmarin Mommy buat banyak sambal ini. Seminggu makan pun tak habis!
Jom kita lihat resipi Sup Bujang Tulang Korban. Rasanya sudah tentulah sedap sebab tulang masih segar dan manis!
Bahan-bahan:
- 800 gram tulang lembu segar
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 cm halia - hiris
- 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
- 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
- satu bonggol pokok daun sup - diketuk
- 3 ulas bawang putih - kupas - belah 2
- 1 labu bawang besar - kupas - belah 4
- 2 liter air
- 2 biji ubi kentang - kupas - belah 4
- garam / perasa pilihan
Cara memasak:
- Masukkan kesemua bahan di atas kecuali garam / perasa pilihan ke dalam periuk.
- Didihkan dengan menggunakan api besar selama 10 minit.
- Perlahankan api (Amie gunakan api kecil) dan tutup periuk.
- Biarkan merenih sehingga daging tulang empuk.
- Masukkan ubi kentang dan renih lagi sehingga kentang empuk.
- Akhir sekali taburkan garam / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali. Biarkan seketika dan kemudian padamkan api dapur.
Sup bujang pun ada guna rempah.
BalasPadamIni hirup panas-panas sedap dengan sambal kicap.
Hahahaaa... bujang pun ada rempah juga ye. Rempah tu buat syarat jew.
PadamSedapnya daging qurban...Sup simple rebus tanpa tumis macam cikgu masak ni bagi saya lebih sedap sebab manis & tak muak.Kalau kat kampung sup rebus macam ni lah selalu dihidang semasa kenduri qurban.Dagingnya dicicah air asam tomato.Perut & paru rebus dicicah air asam tomato yang dicampur kerisik & santan pekat.Sebenarnya kerabu perut namanya tapi versi kuah berasingan tidak digaul untuk mengelakkan cepat basi.Nak makan ambil perut rebus & cedok air asam keriaik tu cicah sahaja.
BalasPadamMemang betul tu. Manis daging yang sangat sedap.
PadamDapat bayangkan daging, perut & paru fresh direbus, cecah air asam . Pernah dulu kami buat korban di sekolah, kawan-kawan dari Kelantan & Kedah pakat rebus perut cecah air asam. Ramai-ramai kami rewang di surau sekolah.
sedapnya sup tulang.
BalasPadammak syu pon bru buat menu yg sama smlm. klau dkt kg, msti dpt mkn dah..
Susah juga nak dapat tulang segar. Kalau ada pun harga kayangan sungguh. Time raya korban bgeinilah baru rasa daging dan tulang yang betul-betul fresh.
PadamMenyelerakan sup tulang, sambal tomato mesti sedap...
BalasPadamYa, dua-dua menu memang sedap.
PadamAkak pun buat menu sup daging korban hari ni..ikan pari air asam tu mmg sedap sangat
BalasPadamSama menu kita hari ini ye.
PadamIkan pari air asam memang sedap! Tak boleh berhenti makan selagi tak habis hehehehee.
Haaa.. stail sy rebus semua sekali arung, malas nak tumis2 kak Amie, macam ni pun dah sedap sgt
BalasPadamBenda mudah nak buat, kenapa cari yang susah kan SK.
PadamJemput Wak.
BalasPadamtakut tengok sup tulang tu.. sebab besar sgt. tak biasa makan yg besar macam tu
BalasPadamTak ada kapak nak potong. Dapat tulang memang dah begitu, campak jew dalam periuk heheheee.
PadamSaya suka sup bujang macam ni kak Amie. Tak terlalu banyak rempah dan terasa originalnya. Hirup kuah panas panas terasa segar badan terus. makan dengan sambal kicap bikin berpeluh. Pedas campur panas.
BalasPadamwah sedap2 menu amie, semua kesukaan. saya if masak sup tulang lembu pun suka simple je, bwh putih+ halia+serai+perasa. sedap!
BalasPadamTahun ni takde siapa hantar daging korban kat rumah ni.. Orang taman dah maklumkan, tahun ni daging terhad, ramai yang tak dapat. Tapi takpelah, saya tak berharap pun. Elok beri pada yang lebih memerlukan..
BalasPadamaduhh terus craving kak..sedapnya
BalasPadamTERBAIKLAH SUP TULANG DAGING BERTAMBAH TAMBAH NASI NI
BalasPadamTu dia.. Tak semangat pun penuh dulang. Kalau saya, Foodpanda je la. Hihi. Sup kalau tumis rempah dulu lagi sedap tapi stail cam ni pun ok
BalasPadamSetuju dengan kak sal, kak amie tak bersemangat ke semangat ke, dulang tetap penuh hahahaha. Kalau saya, memang order foodpanda terus hehehe.
BalasPadamSedapnya sup tulang....SA ni dah makan sup tulang sehari sebelum raya hari tu...
BalasPadamDpt sup tulang ni mkn dgn nasi kosong pun dh sedap
BalasPadamKebetulan semalam merasa makan sup tulang jiran bagi. Memang berselera saya makan lawan dengan cili kicap.
BalasPadam