Pages

Jumaat, 23 Julai 2021

Sukun Goreng Tepung BESTARI

Jumpa lagi di hari Jumaat nan mulia. Semoga apa yang kita lakukan sepanjang hari ini adalah dengan niat kerana Allah Taala. Mudah-mudahan akan mendapat berkat dan rahmat dari-Nya. In shaa Allah.

Pagi ini tidak berani buka WhatsAap dan Telegram. Masuk dapur sediakan sarapan pagi. Encik Suami pula sudah keluar lebih awal. Amie telefon Encik Suami supaya beli sayur. Tutup telefon, dan kembali membuat kerja dapur. Kemudian ingin sambung semak kertas peperiksaan.

Entah kenapa, tiba-tiba tangan gatal buka Telegram. Padahal sudah tekadkan hati tak mahu buka. Aduhai! Ada program online JPNS! Bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. Sempat jugalah daftar kehadiran. Ada dua slot. Satu slot sudah berakhir dan Amie tidak sempat ikut. Amie hanya sempat ikuti slot kedua iaitu penggunaan aplikasi Canva. Sebenarnya Amie sudah kuasai cara penggunaannya. Sewaktu Abang Farid cuti dahulu, Amie belajar daripadanya. 

Beginilah kalau dunia sudah di hujung jari. Memang sangat memudahkan, namun apabila ada arahan secara tiba-tiba boleh putus jantung dibuatnya kerana lambat menyertainya!

Wokey!

Kita sambung sarapan pagi. Amie goreng sukun salut tepung BESTARI. Mudah dan sedap. Hidangkan bersama Sambal Tomato Versi Ikan Bilis. Sambil goreng sukun sambil renih serbuk Kopi Cap Kuda. The Original Sabah Coffee. Kopi ini edaran bersama dalam Bakul Makanan PKP 3.0.  Amie campakkan seketul gula sarang lebah ke dalam periuk berisi kopi yang sedang direnih.


Sukun goreng tepung BESTARI, Sambal Tomato Versi Ikan Bilis & Kopi Cap Kuda.

Sukun Goreng Tepung BESTARI.

Sambal Tomato Versi Ikan Bilis.

Kopi Cap Kuda Gula Sarang Lebah.

23 ulasan:

  1. Dah lama sangat sy tak makan sukun goreng. Tengok banyak sangat tayangan dari kawan-kawan, terasa teringin sangat pulak. Tapi, sy sorang suka, hurmm.. kat kedai goreng pisang, tak ada pulak sukun goreng. Kita pandang sajalah sukun goreng Kak Amie

    BalasPadam
  2. sedapnya, kita cucuq sukun ni klau goreng suka cicah dgn gula, pelik tak? hihi..

    BalasPadam
  3. bertabahlah kak Amie pagi pagi ada je program kena attend. Mujur juga Kak Amie dah belajar dari Abang Farid. Lega sikit. Sedap tu digoreng dengan tepung bestari. Cicah pulak dengan sambal dilawankan dengan air kopi. Sedap menjamu selera di pagi hari.

    BalasPadam
  4. cantiknya kejadian sukun tu..elok je tepung melekat

    BalasPadam
  5. Cantiknya pinggan mangkuk...
    Sukun dah biasa tengok..hihihi
    Nak jamu mata dengan pinggan mangkuk tu.Cantik sangat dimata saya...

    BalasPadam
  6. Salam Jumaat, terjebak menimba ilmu, menguntungkan, sedap tu sukun dengan minuman panas.

    BalasPadam
  7. Dah lama benar tak makan sukun goreng :( Dulu-dulu pergi juga ke pasar pagi atau pasar tani, sejak COvid ni memang tak pernah perggi, tak jumpalah sukun.

    BalasPadam
  8. Sedap nya minum ptg sukun.. Lama x makan.. Mana plk nk cr sukun time2 cobid ni hehe

    BalasPadam
  9. Macam manalah rupa gula sarang lebah itu?

    BalasPadam
  10. Tepung biasa tak dapat jadi macam ni ke?

    BalasPadam
  11. Itu tepung Bestari original atau spicy? Tak terfikir pun guna tepung bestari untuk goreng-gorengan.. good idea ni.

    BalasPadam
  12. sedapnya sukun goreng. slalu mkn kalau kt kg.

    BalasPadam
  13. Fave tapi susah nak dapat. Biasa makan pun sebab orang bagi je.. :)

    BalasPadam
  14. Terbayang bayang kesedapan sukun pastu dicicah sambal tomato pulakkkkk

    BalasPadam
  15. Saya dah lama tak makan sukun goreng. Nampak sedap Amie buat.
    Selamat menjalankan tugas, Amie. Cuti pun ada juga kerja, ye.

    BalasPadam
  16. memang dah lama tak jumpe sukun, apetah lagi makan sukun goreng macam ni

    BalasPadam
  17. Petang tadi mak buat cekodok pisang..SA jarang makan cekodok pisang, hari ni melayan plak...sedap betul makan

    BalasPadam
  18. Sedap juga sukun, tapi jika dibandingkan dengan keledek, saya lebih suka keledek goreng dan cicah dengan sambal. Sedap.

    BalasPadam
  19. sukun ni x pernah xsedap. sedapppppp ja :)

    BalasPadam
  20. Kegemaran saya ni. Tak cukup sepotong dua hihi

    BalasPadam