Assalamualaikum. Apa khabar semua? Moga baik-baik sahaja sepanjang hari ini. Nampaknya pagi ini kurang bersemangat untuk memulakan hari. Mungkin asyik memikirkan beratus timbunan kertas peperiksaan yang belum habis ditanda. Sebelum 26 Julai 2021, markah perlu diisi dalam sistem ISIS. Sebenarnya mata dan fikiran yang letih. Barangkali perlu rehat beberapa ketika sebelum sambung semula kerja di waktu cuti.
Terima kasih Encik Suami kerana sediakan sarapan pagi ini. Katanya, hanya dapat beli karipap sahaja sebab tak banyak makanan yang dijual di warung. Encik Suami goreng mee untuk sarapan kami bertiga.
Semangat yang makin pergi jauh perlu dipanggil semula! Cepat-cepat mandi dan tunaikan solat dhuha. Kemudian baca doa untuk hilangkan rasa malas seperti di bawah ini.
اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَـمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْـِز وَاْلكَسَلِ .وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُـبْنِ وَالْبُخْـلِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَتِ الدَّيْنِ وَقَـهْرِ الرِّجَالِ
Ertinya: "Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, Aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia." (HR Abu Dawud 4/353)
Sumber : Doa untuk Menghilangkan Rasa Malas
Encik Suami kata, selepas solat Zohor akan ke hospital untuk suntikan vaksin dos 2. Katanya hendak berehat dahulu untuk tenangkan fikiran. Dari kelmarin lagi Encik Suami kelihatan risau. Kita pun dahulu ketika menanti hari suntikan begitu juga. Macam-macam yang difikirkan sehingga tekanan darah mencanak naik!
Pukul 11 pagi tadi Amie rebus tulang lembu pemberian sembelihan korban dari adik ipar. Amie nak masak sup bujang sahaja. Rebus dengan rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang merah, bonggol daun sup dan lada putih campur lada hitam. Amie renih gunakan api paling perlahan. Biarlah aromanya terus semerbak sehingga Encik Suami pulang dari hospital.
Oleh kerana masih belum muncul semangat untuk menanda kertas, Amie ajak Firdaus kemas buku teks, buku aktiviti dan buku latihan. Terjumpa satu halaman kosong dalam buku latihan. Apabila disemak semula, rupanya Firdaus tidak lengkapkan peta i-Think bentuk peta buih. Cepat-cepat Amie suruh Firdaus lengkapkan. Allahu Akbar! Tarikh latihan pada 19 Mei 2021. Hari ini 22 Julai 2021! Sudah 2 bulan berlalu.
Kelam- kabut Firdaus lengkapkan peta buih!
Selesai menyiapkan tugasan yang tertangguh sekian lama, Firdaus ajak Amie sediakan susu hangat untuk Comella.
Kemudian Amie ingatkan Firdaus supaya buat ulangkaji mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Sebelum cuti sekolah, ustazah berpesan supaya menguasai bacaan dalam solat sebagai pengukuhan. Selepas cuti, ujian bacaan solat akan diadakan.
Penanda buku bahagian hadapan. |
Tiga hari lepas, ketika sambutan Aidil Adha, Firdaus dapat siapkan tugasan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan : Bersyukur dan Kasih Sayang. Guru mata pelajaran beri tempoh selama seminggu bermula dari tarikh tugasan diberi pada 14 Julai 2021. Murid dikehendaki menghasilkan satu penanda buku daripada 5 frasa yang diberikan. Firdaus memilih frasa : Terima kasih kepada ibu bapa.
Firdaus perlukan bimbingan untuk menghasilkan penanda buku. Amie hanya beri cadangan dan selebihnya Firdaus yang menyiapkan. Akhirnya terhasilkan sekeping penanda buku hasil tulisan Firdaus. Yang penting perlu menepati tema yang dipilih. Entahlah! Sesuai atau pun tidak gambar-gambar bercuti yang Firdaus lekatkan itu. Amie tolong print gambar-gambar tersebut. Sambil tunjukkan gambar-gambar itu, Amie tanya Firdaus.
Sayang Mommy seronok tak dapat ikut jalan-jalan?
Iya. Daus seronok sangat. Daus suka sangat.
Siapa bawa sayang jalan-jalan?
Mommy dengan Baba.
Kalau sayang gembira Mommy dan Baba bawa jalan-jalan, sayang patut cakap apa?
Terima kasih Mommy. Terima kasih Baba.
Harap-harap betullah penanda buku yang dihasilkannya itu dan gambar-gambar tersebut mampu menterjemahkan rasa syukur dan kasih sayang.
Di belakang penanda buku, ada lagi gambar-gambar yang Firdaus tampal, dan bubuh lukisan bunga-bunga yang diwarnakannya.
Pendanda buku bahagian belakang. |
Aroma sup bujang tulang korban semerbak menyelinap masuk ke bilik bacaan. Mungkin dagingnya sudah cukup empuk. Baiklah jenguk dapur. Boleh masak nasi. Tak lama lagi Encik Suami akan pulang dari hospital.
Cukuplah coretan setakat ini.
Mudah-mudahan semangat yang diseru akan pulang sepenuhnya!
Adakalanya pada waktu-waktu tertentu mood kita tenggelam ke laut!
Ciannya Daus,cuti sekolah tapi tak cuti dari homework.
BalasPadamDoa tu memang mujarab sebagai penguat semangat & mengubat hati yang bersedih.Alhamdulillah,saya juga jadikan sebagai amalan harian.
Semoga Allah mudahkan urusan cikgu menanda kertas2 ujian & mencatatnya sebagai pahala..
Alhamdulillah. Syukur seribu syukur walau dalam keadaan apa sekali pun kita masih ada kekuatan doa sebagai amalan harian terutama selepas solat.
PadamYa kadang-kadang semangat boleh hilang.
BalasPadamHarap kembali semula nanti.
Betul tu. Mudah-mudahan bersemangat kembali.
PadamTerima kasih atas perkongsian doa, kekadang memang hilang semangat perlu kembalikan dengan doa, syukur suami membantu, tengok Firdaus rajin, berinspirasi, good idea letak foto kat bookmark tu..
BalasPadamAlhamdulillah. Doa memiliki keajaibannya yang tersendiri.
Padamharap semangat kak amie segera pulih. kadang-kadang kalau memikirkan kerja yang banyak, memang boleh jadi macam tu. InsyaAllah, semangat tu akan pulih macam biasa
BalasPadamTerima kasih Afeezz. Betul tu. Salah satu punca hilang semangat sebab memikirkan kerja yang banyak. Dari situ mula rasa kurang sihat. Mujurlah ada kawan-kawan dalam group WA yang saling meluah perasaan dan bertukar-tukar fikiran.
PadamAlhamdulillah ada kawan2 yg memahami dan boleh dijadikan tempat meluah perasaan.. memang membantu..
Padamsemangat juga baca entri ni... panjang lebar walaupun tajuknya macam takder semangat. hehehe
BalasPadamHehehe semangat yang takde semangat ye.
PadamSemangat yang hilang? Macam lagu xpdc pulak!
BalasPadamSaya mencari.... semangat yang dah lari itu Uncle.
PadamSemangat hilang memang ambil masa untuk kembali.. InshaAllah semangat akan kembali semula..
BalasPadamAamiin ya Allah! Itulah perlunya memiliki semangat yang kuat.
Padamsemoga semangat kak amie dtg balik ya..
BalasPadamcantik penanda buku hasil kreativiti daus.
In syaa Allah Syu. Penat fikir kerja hakiki sebenarnya.
PadamSemangat yang hilang biarkan pergi
BalasPadamgantikan dengan semangat yang baharu
OOoo gitu ye Wak.
PadamTak payah dipanggillah semangat yang pergi tu kan.
Alamak, lamanya, dah dua bukan tak siap2 peta buih 🤣🤣🤣
BalasPadamHahaaaa... semakan terakhir ni. Terjumpa satu tak siap. Maknanya semua latihan yang diberi sepanjang PKP sudah siap! Firdaus dah tak ada hutang latihan dengan mana-mana guru mata pelajarannya hihihiiii. Hanya tinggal Pendidikan Seni, sebab cikgunya suruh hantar sewaktu bersemuka nanti.
PadamMujur semangatnya hilang sekejap. Teruskan semangat kak. Bagus Firdaus siap dah tugasan kerja sekolah. cantik bookmark hasil kreativiti Firdaus dengan bantuan Mommy. Bagus Firdaus jaga comella. Siap buat air susu hangat lagi
BalasPadamterima kasih kak perkongsian bacaan doa tu, kami ni selalu je MALAS...hihihi
BalasPadamSemoga semangat kak Amie akan kembali. Melayan Firdaus boleh buatkan mood datang balik. Comel penanda buku tu. Moga cepat habis covid, Firdaus boleh jalan-jalan lagi
BalasPadamSemoga semangat kak amie kembali semula. Memang boleh hilang semangat kalau kerja banyakkk, take care kak amie! Jangan stress stress :)
BalasPadamCantikkk penanda buku tuu, tampal gambar dengan ibu ayah, memang kreatif! ;)
2 hari SA demam...semangat SA tu merudum betul...pv blog pun kelaut dalam
BalasPadamSemangat firdaus hasilkan ya. Betul nk update blog ni semangat kena ada
BalasPadam