Cepatlah musim durian sampai! Tak sabar menunggu lebih lama. Kena zikir banyak-banyak macam Mama Cella hihihiiii. Sesungguhnya kita sangatlah berjimat cermat apabila gunakan tempoyak. Maklumlah tempoyak buatan sendiri. Tiba musim durian boleh buat tempoyak lagi.
Jomlah kita buat Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai. Banyak kali juga kongsi resipi di dapur maya ini:
|
Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai. |
|
Hidangan makan tengahari: Ikan Bawal Panggang, Air Asam Tomato, Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai, Sayur Bening Ubi Rambat dengan Cekur Manis & Hirisan Limau Sunkist & Jambu Air Madu. |
|
Ikan Bawal Hitam Panggang |
|
Air Asam Tomato |
|
Sayur Bening Ubi Rambat & Cekur Manis |
|
Hirisan Limau Sunkist & Jambu Air Madu |
|
Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai |
Bahan-bahan untuk Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai:- 1/2 cawan isi petai
- 1/2 cawan ikan bilis - bilas - toskan
- 1/2 cawan tempoyak
- 1 labu bawang besar - mayang kasar
- 1 helai daun kunyit - siat dan simpul
- 1 biji cili merah - hiris
- 1/2 cawan air
- 4 sudu besar cawan minyak
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
- 30 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 cm kunyit hidup
Cara memasak:- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan tempoyak dan gaul rata. Tambahkan air.
- Masukkan ikan bilis, petai, bawang besar, hirisan cili merah dan daun kunyit.
- Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Kalau suka sambal pekat, masak lebih lama sedikit. Kalau suka yang agak berkuah, bolehlah padamkan api dapur .
Wah ada simpanan tempoyak.
BalasPadamKena berjimat cermat guna. Datang musim durian makan puas-puas dan simpan banyak-banyak.
Pasal tak sabar nak makan tempoyak la, hari tu sy belasah aje durian dengan sambal belacan dan masak lemak, hihi
BalasPadamAdoiii....memang kita ada chemistry....Saya pun masak tempoyak hari ni..Pun td dok detik dalam hati kena jimat tempoyak sebab kalau durian tak turun harga..macam gelaplah peluang nak buat tempoyak musim ni.hihihi
BalasPadamEsok kita up...
4 hari berturut2 SA makan lauk semua ada petai..pening dah bau petai...hehehe....tapi kat rumah Kak Amie ni SA tertarik dengan ikan bawal panggang tu..x pernah buat lagi ikan bawal panggang
BalasPadamRasa lapar lah pulak malam-malam nampak bilis petai tempoyak tu.. kena cari lah petai weekend ni.
BalasPadamSedapnya.. Rajin memasak pelbagai lauk hari-hari.
BalasPadamSedap sambal tempoyak cara kak amie. Nak buat sambal tempoyak daun kayu tapi tak ada pulak. ada daun kunyit je. Mungkin boleh buat cara kak amie ni.
BalasPadamterus lapar tengok pepagi buta nih
BalasPadamsedapnyaaaaa
masakan sambal tempoyakmmg mengait selera
BalasPadamMeleleh aie liur nengok sambal tempoyak tu… kak share resepi air asam tomato tu…
BalasPadamDah lama tak makan petai... btw jemput join GA As ya :)
BalasPadamhttp://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html
dulu2 masa duduk kampung je dana tak pernah jumpa tempoyak, kt kampung dana jarang sgt orang jumpa tempoyak... bila dah merantau baru kenal, bila dah kenal tempoyak dengan petai memang tak tolak
BalasPadamtempoyak & petai ni mcm perfect couple, kan :)
PadamMok mok nyaaaa petai tuu 😋
BalasPadamDi sana belum musim durian ke? Di Malaya sedang meriah sana sini orang makan durian termasuk ahli politik. Eh.
BalasPadampetai. ikan bilis. tempoyak.
BalasPadamsemua ada dlm peti ais, kak.
kerajinan je lom ada ni :) hi hi hi
ari tu buat sambal tempoyak.
cili padi dan tempoyak je.
dgn nasi panas. ikan goreng.
hmmmm bertambah nasi!
apatah lagi versi akak ni, aduh, selera sgt!
Walaupun tak makan petaii, tapi tetap nampak menyelerakan! Gemok jugak petai petainya hehehe
BalasPadamwahh petai. fav ni. susah nak cari dkt kk ni. eh, ke syu yg xpndai cari. haha
BalasPadam