Pages

Ahad, 11 Julai 2021

Sedapnya Kerabu Umbut Kelapa!

Hari ini waktu solat Zohor di LD pada pukul 12.14 tengahari. Selepas solat nanti Amie akan bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Sebelum itu Amie kongsikan hidangan tengahari kami kelmarin. Amie buat Kerabu Umbut Kelapa. Panggang peha ayam guna air fryer untuk Firdaus.  Suka sangat Firdaus makan ayam panggang dengan sambal hijau @ ijo. Amie kukus ikan cencaru dan sediakan air asam budu. Firdaus makan ayam, kami makan ikan dan ratah Kerabu Umbut Kelapa.

Kerabu Umbut Kelapa.

Hidangan tengahari dengan lauk-pauk kampung.


Ayam Panggang Air Fryer

Sambal Hijau @ Ijo

Ikan Cencaru Kukus

Air Asam Budu

Hirisan Limau Sunkist & Honeydeow
Kerabu Umbut Kelapa


Jom lihat resipi Kerabu Umbut Kelapa. Amie olah ikut selera sendiri.  Sedap diratah begitu saja. 

Bahan-bahan:

  • 400 gram umbut kelapa - hiris /potong ikut saiz yang disukai
  • 2 batang kacang panjang - hiris serong
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 4 sudu besar kelapa parut yang disangai / kerisek - tumbuk halus
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
  • 5 biji bawang merah - hiris
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan isi ikan temenong siap ditumbuk
  • 3 biji limau kasturi - perah jusnya
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara:
  1. Celur umbut kelapa hingga lembut. Toskan.
  2. Dalam sebuah bekas, masukkan isi ikan temenong, kerisek, bawang merah dan cili merah, garam / gula / perasa pilihan secukupnya. Gaul  sebati.
  3. Kemudian masukkan umbut kelapa, kacang panjang, dan santan pekat.
  4. Taburkan lada hitam dan tuangkan jus limau kasturi.
  5. Gaul rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

16 ulasan:

  1. Kak Amie..SA tunjuk resepi umbut kelapa tu kat mak..mak cakap nampak sedap tapi mana nak cari umbut..sini memang susah kalau nak jumpa...hehehe...tengahri ni rasa nak bakar ikan cencaru and cicah budu la...sedapnyaaa....

    BalasPadam
  2. time kenduri kawen baru dpt mkn ni kalau kg sy Amie
    sbnya kena tebang pokok kelapa dulu
    ingat kawen kakak dulu ayah terpaksa korbankan pokok kelapa besar tepi umah

    BalasPadam
  3. Hadoi...tak ada pula pokok kelapa DBKL yang tumbang ditiup angin.Hahahaa
    Kalau tidak,jadi mangsa dah...hihihihi

    BalasPadam
  4. teringin nak cuba umbut kelapa. nak tau mcm mne rasa dia..

    BalasPadam
  5. Tak pernah jumpa lagi kerabu umbut kelapa Kak Amie. Sedap nampaknya tu. Hebat Firdaus makan ayam cicah sambal ijo. Tahan pedas ye dia. Semoga dipermudahkan urusan kerja Kak Amie harini. Aaaminn...

    BalasPadam
  6. Nampak sedap, kerabu umbut kelapa Amie buat. Saya last makan, rasanya 20 tahun lepas, masa kenduri kawin saya. :)

    BalasPadam
  7. Sedapnya kerabu umbut kelapa tp srjak dok kedah ni sekalipun tak pernah jumpA org masak atau jual umbut kelapa..kalau tebang kelapa pun dok terbiar mcm tu ja

    BalasPadam
  8. tak pernah rasa lagi apa2 makanan berasaskan umbut kelapa ni

    BalasPadam
  9. Susah jumpa lauk umbut selalu waktu kenduri baru jumpa.
    Hehe banyak lauk tiada kuah Puan Amie buat hari ini.

    BalasPadam
  10. Kalau di tempat wak, umbut kelapa ni ada dijual di pasar minggu

    BalasPadam
  11. Kat sini, klu ke pasar besar, kalu nasib baik jumpa umbut kelapa, tapi dah lama sy tak ke pasar besar, hihi

    BalasPadam
  12. Lamanya tak makan umbut kelapa kak... susah nk jumpa, pasar tani pun takde.. rindu betul

    BalasPadam
  13. Kalau duduk bandar hanya mampu berangan nak makan umbut kelapa. Sedap tapi susah dapat.

    BalasPadam
  14. Nampakkk sedappp tapi tak pernahh makannn hehehe

    BalasPadam
  15. Teringin nak makan umput kelapa. Hehe kat sini mcm xpenah jumpa kak

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah.. hr ni dpt mkn kerabu umbut kelapa..
    Jiran bagi.. Jazakumullahu khair

    BalasPadam