Pages

Ahad, 11 Julai 2021

Salad Kentang Makaroni

Jumpa lagi. Hari ini tidak masak nasi. Balik dari bertugas, terus sediakan Salad Kentang Makaroni, Ayam Panggang Air Fryer, buah-buahan dan sayuran. Cukuplah untuk memenuhi keperluan tubuh badan. Encik Suami buat jus timun Jepun campur epal hijau. Sebaik sahaja hidangan siap, azam Maghrib pun berkumandang. Bismillah.

Salad Kentang Makaroni



Hidangan makan malam: Salad Kentang Makaroni, Ayam Panggang Air Fryer, buah-buahan dan ulam-ulaman. 

Ayam Panggang Air Fryer

Coral Lettuce Green & Red, Tomato Ceri Merah & Kuning


Limau Sunkist, strawberi, honetdew & mangga.
Kurma 


Salad Kentang Makaroni

Salad Kentang Makaroni ini Amie sediakan tanpa ada perancangan. Apa sahaja bahan yang boleh digunakan, Amie campak masuk ke dalam mangkuk.

Bahan-bahan:

  • 3 biji Australian Potato White Washed- kupas kulit - potong dadu - rebus hingga empuk - toskan
  • 1 cawan makaroni -rebus hingga empuk - toskan
  • 1 cawan isi jagung - celur seketika - toskan
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji telur - rebus - kupas kulit - belah 8
  • 200 ml mayonis
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2  sudu kecil hitam - tumbuk
  • 1/2 biji lemon - ambil jusnya 
  • garam /perasa pilihan secukupnya
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, masukkan kentang, makaroni, isi jagung dan bawang cincang.
  2. Kemudian tuangkan mayonis dan gaul rata.
  3. Seterusnya taburkan garam / perasa pilihan, lada hitam tumbuk, tuang minyak zaitun dan masukkan telur.
  4. Akhir sekali perahkan jus lemon. 
  5. Gaul beberapa kali,  dan hidangkan bersama ayam panggang dan daun salad.

Bismillah.

21 ulasan:

  1. nak trylah nanti salad kentang makaroni ni...nampak menyelerakan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah .
    Selamat beriftar...

    BalasPadam
  3. Syukur sempat siap sebelum azan.. semuanya nampak lazat dan sihat

    BalasPadam
  4. Sedap betul tengok ayam panggang air fyer dan Salad Kentang Makaroni tu Kak Amie. Alhamdulillah dinner simple simple pun rasa kenyang dah :)

    BalasPadam
  5. lengkap gizi makanan..Alhamdulillah..pasta mmg sedap dibuat salad..

    BalasPadam
  6. makanan seimbang banyak sayur n buahan sedap tu

    BalasPadam
  7. Oh menu berbuka ya. Aduh saya belum mula puasa bulan Zulhijjah lagi.

    BalasPadam
  8. Sedap semua menu akak..salad kentang tu kalau buat mau dana sorang makan hheheheh ..

    BalasPadam
  9. wah bole ni sebagai pengganti nasi, sebab pak suami hendak kurangkan nasi untuk berdiet. Terima kasih, kak Amie ^_^

    BalasPadam
  10. Makan makaroni pun boleh kenyang juga macam makan nasi. Tambah pulak dengan kentang.

    BalasPadam
  11. Nasib baik sempat siap sebelum azan berkumandang.
    Nampak sihat sihat menu kak amie buat tuuuu! Dan menyelerakan.

    BalasPadam
  12. Ayam tu nampak dimasak dengan sempurna.. Cantik warnanya.

    BalasPadam
  13. macam sedap salad kentang macaroni tu.. boleh lah try nanti bile dah bosan dengan makanan biasa

    BalasPadam
  14. sihat menu kak amie kali ni. tp nmpk sangat sedap juga mcm selalu..

    BalasPadam
  15. Ayam pangang tuu cantik rupa dia. Da lama xbuat ayam pangang ni.hehe

    BalasPadam
  16. sungguh sihat menu salad ni.
    penuh nutrien yg wajib.
    rupanya pun cantik.

    tq kak bagi idea. otak ni da abis pusing bab nak masak sayur / ulam.
    gini pun nice nih. couple dgn ayam / ikan panggang, kan.

    BalasPadam
  17. Nampak menyelerakan betul salad kentang Kak Amie. Rasanya kalau didinginkan salad ni mesti lagi best kan... Thanks for the recipe, kak.

    BalasPadam
  18. sedapnya salad kentng makaroni tu, boleh try jugak ni sebab semua bahan memang ada, tapi tak terfikir pulak boleh buat resipi ni ya..cik timm ni kalau masak2 ringkas mcm ni pandailah, kalau masakan melayu kurang mahir sikit, masih belajar..hehe..

    BalasPadam
  19. Ayam panggang air fryer tu ..kakau la dpt ratah..

    BalasPadam