Pages

Jumaat, 2 Julai 2021

Sarapan Mee 3 Jenis

Awal pagi tadi sekitar pukul 6 Encik Suami ajak ke pasar. Matahari dari Laut Sulu memancar terang sepanjang jalan. Pasar ikan belum beroperasi sepenuhnya. Ikan-ikan segar dari laut belum lagi sampai. Pasar sayur sudah dibuka dan nampak meriah dengan pelbagai jualan sayuran, buah-buahan, kelapa parut, ayam dan daging. Pasar ikan kering baru sebahagian sahaja dibuka. Nanti, sekitar pukul 7 pagi semua pasar dibuka sepenuhnya kerana para peniaga sudah bersedia untuk urusan jual beli.

Kami sempat melihat para peniaga sayur di tepi jalan segera membungkus jualan masing-masing. Terdengar bisikan mereka: Cepat kita lari. MDLD sudah datang!

Aduhai! Tidak sampai dua minit kawasan menjadi lapang dan kelihatan seorang pekerja MDLD dengan berpakaian seragam meronda di kawasan itu. Dalam perjalanan pulang sempat Amie luahkan kepada Encik Suami:

Kasihan sungguh penjual sayur kecil-kecilan. Sentiasa berhadapan dengan tindakan pihak penguatkuasa. Berapalah juga mereka dapat untung. Di mana lagi mereka hendak mencari pendapatan? Macamana nak tampung kehidupan keluarga?

Terbayang sayur-sayuran yang dijual hanyalah sayur-sayur kampung seperti bayam, kangkung, cili padi, serai, limau kasturi, pucuk ubi, jantung pisang, bunga betik dan seumpamanya.

MDLD pun serba-salah juga. Mereka terpaksa jalankan tugas, sahut Encik Suami.

Sudah begitu jawapannya, kita pun diam sajalah.

Kami singgah membeli sarapan di kedai makan tepi laut. Encik Suami beli 3 jenis mee mengikut selera kami 3 beranak. Untuk dirinya, dibelinya kuey teow goreng. Untuk Amie, mee hoon goreng dan untuk Firdaus, Encik Suami belikan mee goreng. Selain itu, Encik Suami beli terung sumbat, peria sumbat, tauhu sumbat dan cili sumbat. Semuanya disumbat dengan isi ikan. Amie pula minta wantan goreng.

Hidangan sarapan pagi 3 jenis mee, wantan goreng & sayur-sayuran sumbat ikan.

Kuey Teow Goreng.

Mee Hoon Goreng.

Mee Goreng.

Peria, terung, tauhu dan cili sumbat ikan.

Wantan Goreng.

Sambal Kicap.



16 ulasan:

  1. rasa mi sorang sikit...cili sumbat ikan sedap tu

    BalasPadam
  2. hah smp 3 jenis mee..bole pilih nk mkn yg mana kan

    BalasPadam
  3. Selera jenis mi pun berbeza. Kalau saya suka kuey tiaw.

    BalasPadam
  4. Sy suka kuey teow, tapi bihun goreng putih tu nampak menyelerakan pulak. Minta satu cili sumbat, boleh?

    BalasPadam
  5. wantan goreng sedap ni cicah sambal kicap...

    BalasPadam
  6. cerita menarik dan gambar pun menarik.

    treingin pulak nak makan mee

    BalasPadam
  7. Wahh ada 3 jenis mee untuk sarapannn, kalau saya, saya pilih kueh teow goreng!
    Nampak sedapp pulak wantan goreng tuuuuu.

    BalasPadam
  8. Sayur sumbat tu makan dengam kuah sup walla wei...Kadang macam betul pulak cerita Ali Baba tu.Jual belacan kena sembunyi2 jual c*nd* boleh.Tapi tak tau siapa yang nak disalahkan...huhuhu

    BalasPadam
  9. Ni boleh kenyang sampai tengahari. Kesian penjual sayur, patut bagi kelonggaran sikit la musim pandemik ni

    BalasPadam
  10. Sedapnya wantan goreng...Kak Amie..lately ni SA kuat makan la...berat dah naik skit ni...hahaha...singgah rumah kawan2 pun nampak makanan je...terus lapar..dah lapar apa lagi..makan la kan?

    BalasPadam
  11. Kesian kan pada penjual kecil kecilan tu padahal mereka hanya nak cari rezeki je. Semuga Allah mempermudahkan rezeki mereka. Aamiin

    BalasPadam
  12. kesian kan kak, dahla nak menjual susah musim covid lagi...
    dalam 3 jenis mee tu, mehun putih tu menggoda betul di pandangan

    BalasPadam
  13. wantan goreng nmpk paling menyelerakan di situ. hehe..

    BalasPadam
  14. Betul juga skrg ni nk jalankan tugas kena ambil gambar rondaan klau tak mesti bos besar tanya nanti. Peniaga pun xdpt nk cari rezeki. Berselera tgk sarapan akak

    BalasPadam
  15. semua menu sedap sedap kak amie..menyelerakan 3 mee kak amie ni :)

    BalasPadam
  16. Kesian dengan peniaga kecil yang terpaksa berniaga begitu. Yang menjalan tugas pun kena bertugas juga. Semoga rezeki berpanjangan buat peniaga kecil semua. Aaaminn...
    Peria, terung, tauhu dan cili sumbat ikan tu menarik kak Amie. Tak pernah nampak selain solok lada nasi kerabu. Masing masing order 3 jenis mi berbeza. Boleh cuit mi orang lain merasa.

    BalasPadam