Pages

Jumaat, 2 Julai 2021

Ikan Talapia Bakar & Air Asam Cili Picit

Berehat seketika dari berBDR. Ada yang sudah masuk dapur untuk masak hidangan tengahari? Amie dah siap masak tapi hidangan kelmarinlah...hihihiiii!

Kelmarin tak sempat buat entri, jadi tunda ke hari ini. Hanya sekadar perkongsian mudah. Tak adalah masak yang berat. Amie bakar seekor ikan talapian. Rebus siput dollen @ sikad-sikad, buat air asam cili picit, tambahkan latok serta ulam-ulaman.

Siap!

Cili picit itu boleh makan dengan semua benda dalam hidangan! Tarik isi siput dolleh @ sikad-sikad, celup dalam air asam cili picit. Begitu juga dengan latok, ulam-ulam dan ikan talapia goreng. Mudah bukan?

Hidangan makan tengahari.

Ikan Talapia Bakar

Ikan Talapia Bakar ini Amie panggang dalam kuali ajaib saja. Bubuh garam dan kunyit.


Air Asam Cili Picit

Air Asam Cili Picit ini Amie tambah belacan Tawau. Warnanya sangatlah menyerlah! Seperti biasa, Amie hanya bubuh belacan bakar, hirisan bawang merah, hirisan cili padi, hirisan limau kasturi, air asam jawa. jus limau kasturi dan bahan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan.


Latok @ rumpai laut.


Tidak ketinggalan ulam-ulaman segar seperti daun salad, kacang panjang, hirisan timun dan tomato ceri.
Wokey!
Nak sambung BDR.
Happy cooking!

18 ulasan:

  1. Kalau cikgu yang masak,ikan talapia tu pun nampak sexy sedap...apatah lagi gu dengan cabai picit

    BalasPadam
  2. Talapia ni goreng garing-garing pun sedap

    BalasPadam
  3. air asam dengan latok tu menarik selera sayaaaaaaa, kakkk hehehe

    BalasPadam
  4. Sedapppp tuu makan ikan talapia, dah lama takkk makannnn.

    BalasPadam
  5. Oh nama siput itu siput dollen. Pernah makan di kedai makanan laut Sabah.

    BalasPadam
  6. Siput tu memang menarik perhatian SA...x pernah makan..tapi SA ni jenis suka explore dan suka mencuba...nanti pi sana SA nak la makan siput tu...gemuk ikan talapia tu eh kak..semalam SA masak ikan talapia merah..tapi masak lemak cili api la..campur buah kundang

    BalasPadam
  7. Nampak simple tapi emmm mengecurkan apa lagi nasi panas-panas lawannya.

    BalasPadam
  8. sedapnya semua tu kak, lagilah latok tu... tak pernah dana cuba lagi

    BalasPadam
  9. Talapia cicah cabai picit..terangkat tu

    BalasPadam
  10. sedap btul nmpk ikan talapia bakar..

    BalasPadam
  11. menu simple tp cukup membuka selera dah tu :D

    BalasPadam
  12. Tak pernah makan latok atau rumpai laut.

    BalasPadam
  13. Tak pernah mkn latok hehehe tp ada nampak org jual di utara ni. Ikan talapia fav nina. Sedap dimkana goreng ataupun bakar

    BalasPadam
  14. dalam byk2 menu..latok xpernah mkn lg hehee :)
    sedap sedap belaka kak AMie..

    BalasPadam
  15. beberapa hari lepas ada kawan datang rumah bawak latok tu....

    BalasPadam
  16. Siput dollen tu baru nak kenal. Rasa macam siput sedut jugak tak? Hidangan yang ringkas dan menyelerakan. Sambal dan ulam tu wajib ada.

    BalasPadam