Pages

Khamis, 1 Julai 2021

Firdaus Menang Tempat Pertama Nyanyi Lagu Main Gasing

24 Jun 2021 yang lepas, guru mata pelajaran Pendidikan Muzik memberikan tugasan bertulis untuk Firdaus siapkan. Kemudian ada lagi satu tugasan iaitu rakam persembahan dalam bentuk video. Murid dikehendaki menyanyi mengikut tempo dan melodi yang betul. Gurunya turut kongsikan video muzik berserta vokal & minus one. 

Gurunya juga pesan, pakai pakaian yangg sesuai dan bergaya semasa menyanyi. Video dan persembahan terbaik akan diberikan hadiah. Buat ikut kreativiti masing-masing.

Saat inilah yang paling menakutkan Firdaus.

Setiap hari Amie suruh Firdaus bersedia, hafal lagu, ikut tempo dan melodi yang betul. Setiap kali itu juga Firdaus ketakutan. Amie cuba pujuk perlahan-lahan. Tarikh akhir hantar video ialah pada hari ini.

Akhirnya pagi tadi siap jugalah merakam persembahan Firdaus berpusing-pusing macam gasing di bawah pokok mata kucing Brazil di Taman Firdaus.


Nampak sangat muka takut. Tapi hatinya berani. Berani-berani takut gitu. Kali pertama Amie rakam rupanya lupa tekan butang video....Allah! Terpaksalah rakam sekali lagi.

Menjelang petang, keputusan diumumkan. Senarai pemenang dan persembahan masing-masing dibuat dalam bentuk video oleh gurunya. Amie hanya baca sahaja, tapi tak buka video! Amie sangka nama Firdaus tidak tersenarai sebagai pemenang. 

Beberapa saat kemudian, rasa terdetik di hati untuk melihat gaya persembahan murid yang menang. Mula-mula Amie lihat persembahan pemenang ketiga dan kedua. 
Amie tidak lihat persembahan pemenang yang pertama.
Amie pun stop video.
Entah, tiba-tiba berasa ingin melihat pemenang pertama pula.
Buka lagi video.

Eh!
Firdaus dapat tempat pertamalah!
Aduhai!
Sayang Mommy menanglah!
Amie terus panggil Firdaus!
Sukanya dia.

Firdaus Menang Tempat Pertama Nyanyi Lagu Main Gasing.

Di bawah ini, komen  guru Pendidikan Muzik Kelas 2 Efektif, kelas Firdaus.

➡️Kemahiran Menyanyi merupakan salah 1 kemahiran yg perlu murid kuasai dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik.

➡️ Tahap penguasaan kemahiran Menyanyi di Nilai apabila murid boleh menghafal lirik lagu, Menyanyi mengikut Tempo & melodi yang betul. 

➡️ Melalui Nyanyian juga, murid di nilai dari segi sikap, keyakinan, keberanian & kesungguhan semasa menyanyi.

Oleh itu, pengelibatan murid dalam setiap tugasan yang diberikan sangat perlu. Sekiranya murid tidak menghantar kerja yang diberikan, guru2 tidak dapat memberi penilaian yg tepat.

18 ulasan:

  1. tahniah dek firdaus... uncle nak tgk video tu bole tak?

    BalasPadam
  2. Wah,Tahniah Daus....
    Kwnangan zaman persekolahan ni...hihihi

    BalasPadam
  3. Tahniah firdaus.. nk tgk video firdaus nyanyi.. hehehe

    BalasPadam
  4. Hehe dorongan dan bimbingan Puan Amie jadikan Firdaus menang. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. Tahniah, Firdaus.. wahhh.. berpusing2 macam gasing la ya. Penat agaknya berpusing rupanya mummy lupa nak rakam, nasib baik Firdaus tak merajuk untuk buat lagi sekali.

    Hari tu Iman tunjuk satu video, rasanya tugasan muzik jugak, budak perempuan nyanyi sambil dayung sampan, terhibur sungguh 🤩

    BalasPadam
  6. Tahniah! Ada bakat jadi penyanyi lah macam tu. 😅

    BalasPadam
  7. wahhh... hebat firdaus. Anak saya semua malu malu ayam itik bila nak rakam nyanyian

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. kalau pandai menyanyi, mesti petah bercakap.

    BalasPadam
  9. Wow tahniah! Menarik juga tugasannya. Saya dulu masa kelas pendidikan muzik, selalu cikgu buat kelas subjek lain, haha. Recorder pon tak belajar

    BalasPadam
  10. Yay..tahniah Firdaus! Mesti sedap suara awak. Ok lah sesekali release tension PDPR

    BalasPadam
  11. Ala siannya firdaus tapi berjaya akhirnya dan menang. Tahniah

    BalasPadam
  12. Budak2 skrg pun dh lain tak mcm dulu. Nk nyanyi malu2 kucing hehe. Beraninya firdaus

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah..Seronok bila Firdaus menang. lepas ni mesti Firdaus lagi seronok dan yakin depan camera. Tak takut takut lagi dah. Tahniah Firdaus!

    BalasPadam