Pages

Sabtu, 31 Julai 2021

Pulut Kuning Rendang Daging Aidil Adha

Salam ceria dari LD buat semua warga Borneo dan Malaya serta negara jiran tetangga. Mari kita mulakan hari dengan doa yang baik-baik. Mudah-mudahan semuanya akan baik-baik sahaja.

Sarapan pagi ini:

  • Pulut Kuning
  • Rendang Daging Aidil Adha
  • Kuih Penyaram @ Cucur Jawa @ Topi Mexico
  • Kopi Gula Sarang Lebah 
Sarapan pagi Sabtu.

Pulut Kuning.


Rendang Daging Aidil Adha ini sebenarnya Amie simpankan untuk Fairuz. Bujang satu itu suka makan rendang daging. Oleh kerana tidak dapat rentas daerah sewaktu sambutan Aidil Adha, Amie simpankan sedikit rendang daging untuknya. Sekian lama menanti kepulangannya, dan beberapa kali dipanaskan akhirnya rendang daging menjadi kehitam-hitaman. Orang kata kalau sudah jadi hitam bermakna sudah cukup sempurna dan tahan lama. Itulah ibu. Makan apa pun mesti teringat makanan kegemaran anak-anak. 
 
In syaa Allah, berkat usaha siang malam Encik Suami, esok Fairuz akan mendapat suntikan vaksin dos pertama. Dalam hal ini Amie memang tabiklah pada Encik Suami. Demi anak, sanggup berusaha tanpa putus asa. Cuma anak-anak di Malaya sahaja Encik Suami tak dapat tolong. Namun begitu, boleh dikatakan setiap hari Encik Suami telefon Abang Farid dan Fuad tentang perkembangan untuk mendapatkan suntikan vaksin yang belum sampai giliran sehingga ke hari ini.

Kuih Penyaram @ Cucur Jawa @ Topi Mexico.

Kopi Gula Sarang Lebah.

Pagi ini minum kopi yang direnih dengan gula sarang lebah. Ini Kopi Cap Kapal Terbang dari Tenom pemberian kakak ipar. Amie renih dalam periuk kecil. Memang semerbak aromanya apabila direnih lama-lama. Tambahan pula cuaca sejuk di pagi hari. Memang tambah menggodalah aromanya menusuk hidung!

Oh ya! Ada yang tanya rasa gula sarang lebah dalam komen-komen entri yang lalu. Gula sarang lebah ini rasanya manis tetapi tidaklah setajam rasa gula pasir. Boleh digunakan dalam minuman, masakan dan dessert. Selalunya Amie gunakan ketulan gula batu untuk direnih dalam minuman panas, tetapi semenjak dua menjak ini Amie gunakan gula sarang lebah untuk habiskan stok.

20 ulasan:

  1. Menariknya pulut kuning kak Amie buat macam tu. Cantik! Alhamdulillah rezeki Fairuz dapat juga merasa rendang daging walaupun lewat sikit daripada raya aidiladha. Syukur juga dah dapat tarikh vaksinnya. Semoga dipermudahkan urusan vaksinasi Fairuz nanti. Jika usaha pasti ada hasilnya.
    Lebih kurang madu lah dia punya manis tu ye kak Amie. Sedap juga manis light light je. Asalkan manis tu lebih baik dari gula pasir :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, syukur sangat. Berbaloi balik LD naik kapal terbang. Tak sampai berapa hari sudah dapat panggilan suntikan vaksin.
      Gula sarang lebah memang lebih sedap berbanding gula pasir. Itu ikut citarasa Kak Amie hehehee.

      Padam
  2. meriahnya sarapan pg kak amie. Siap ada rendang daging lg tu. sedapnyaaa.

    BalasPadam
  3. Kalau anak2 cg Amie ada di daerah Klang boleh bagi details sebab adik ipar ada incharge satu PPV ni. Insyaallah within few days nama masuk MySejahtera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai.... anak-anak Kak Amie satu di Perak, satu di Johor. Doakan mudah-mudahan cepat sampai giliran anak-anak kami dapat suntikan.

      Padam
  4. Sedapnyaaaa...terasa nak makan pulut cicah rendang la...aduhai...

    BalasPadam
  5. Cantik hiasan rendang daging bentuk bintang.
    Begitu rupanya rasa gula sarang lebah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih NA.
      Itu ikut rasa lidah sayalah hehehehe.

      Padam
  6. Wah... sedapnya menu sarapan pagi. Terliuq dah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenyang sarapan pagi begini Deila. Jemput ya.

      Padam
  7. Cantiknya pulut kuning Kak Amie. Selain pndai mengolah resepi, pndai pulak menghias, tak pernah jemu tengok

    BalasPadam
  8. Lamanya tak makan pulut kuning.

    BalasPadam
  9. wah! sedapnya pulut kuning. lama tak makan..kenaa carik nanti ^^

    BalasPadam
  10. Pandai kak amie olah resipi! Nampak sedapppppp dan menyelerakan.

    BalasPadam