Pages

Sabtu, 31 Julai 2021

Aiskrim Kelapa Gula Melaka Campur Buah Kegemaran

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Bagaimana keadaan cuaca di tempat rakan-rakan? Cuaca di LD masih seperti hari-hari sebelumnya. Di luar nampak redup tetapi di dalam rumah rasa berbahang. Kalau mandi pun rasa nak berlama-lama nak bagi sejuk badan. Minum air kosong pun berliter-liter juga sepanjang hari.

Jom sejukkan tekak dengan Aiskrim Kelapa Gula Melaka. Amie tambah buah avocado dan buah mangga. Aiskim Kelapa Gula Melaka memang sangat sedap! Lemak manis tetapi tidaklah terlalu manis. Biasanya Amie tambahkan buah dalam aiskrim perasa vanila tetapi kali ini gunakan Aiskrim Kelapa Gula Melaka pula. Bagaimana pun bagi Amie aiskrim vanilla lebih sesuai ditambah dengan pelbagai buah kegemaran.

Aiskrim Kelapa Gula Melaka Tambah Buah Mangga & Buah Avocado.




Aiskrim Kelapa Gula Melaka & Buah Mangga.

Campurkan hirisan buah mangga dan kemudian gaul dengan Aiskrim Kelapa Gula Melaka. Amie buat dua bekas. Satu bekas bubuh buah mangga dan satu bekas lagi bubuh buah avocado.

Aiskrim Kelapa Gula Melaka & Buah Avocado


Masukkan bekas berisi Aiskrim Kelapa Gula Melaka campur buah tadi ke dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.


Apabila sudah beku, boleh keluarkan.


Biarkan seketika sebelum dinikmati.

Aiskrim Kelapa Gula Melaka Campur Buah Mangga.

Aiskrim Kelapa Gula Melaka Campur Buah Avocado.

12 ulasan:

  1. Sedapnya..nak try jg cari aiskrim ni..

    BalasPadam
  2. Best jugak hidangan aiskrim gaya Kak Amie. Campurkan dengan buah buahan. Betul kak Amie, aiskrim vanilla lagi sedap dicampur dengan buah buahan. Harini cuaca mendung, agak bahang jugalah.

    BalasPadam
  3. Rajin campur-campur buah dalam aiskrim. Kalau saya dahulu suka letak taburan Milo pada aiskrim.

    BalasPadam
  4. Tak terfikir nak letak buah-buahan pada aiskrim Kelapa Gula Melaka tu.
    Selalu beli, makan gitu je.
    Next time nak boleh cuba.
    Nampak sgt menarik.

    BalasPadam
  5. Dpt eskrem vanilla lagi sedap campur ngan mcm2 buah ni.. Slurppp

    BalasPadam
  6. Macam2 cara mengolahnya bila sampai di dapur Kak Amie

    BalasPadam
  7. Tadi nampak aiskrim gula melaka tu.. boleh try lainkali.

    BalasPadam
  8. wahhhh, teringin nya yang campur dengan avocado tuu

    BalasPadam
  9. uuu tampak sedap.. terima kasih ideanya, kak Amie, sangat cocok di cuaca panas sebegini

    BalasPadam
  10. Ya allah terliurnya kita tengok! Teringin pulak, dapat makan time cuaca panas memang nikmat sungguh!

    BalasPadam