Pages

Jumaat, 9 Julai 2021

Pengat Ubi Kayu dengan Ubi Rambat

Petang ini hujan , langit mendung. Rasa nak tidur saja. Tiba-tiba teringat baki sedikit ubi kayu dan ubi rambat di dapur. Uni rambat dalam bahasa kita ubi keledek. Jom kita buat pengat. Kita tambahkan sagu biji dan jagung biji. Boleh dibuat minum petang.

Pengat Ubi Kayu dengan Ubi Rambat.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan  ubi kayu dipotong dadu
  • 1 cawan  ubi rambat @ ubi keledek dipotong dadu
  • 1 cawan jagung biji
  • 1/2 cawan sagu biji -rendam - toskan
  • 3/4 cawan gula melaka parut - boleh tambah / kurang
  • 1 sudu besar gula pasir - boleh tambah / kurangkan
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan - siat dan simpul
  • 700 ml santan cair
  • 200 ml santan pekat
Cara memasak:
  1. Rebus secara berasingan ubi kayu dan ubi rambat @ ubi keledek hingga empuk. Toskan.
  2. Masukkan santan cair, gula melaka, gula pasir, daun pandan  dan sagu biji.
  3. Masak hingga mendidih, gula larut dan sagu biji kembang.
  4. Kemudian masukkan jagung biji, ubi kayu dan ubi rambat@ ubi keledek.
  5. Tuang santan pekat. Perlahankan api.
  6. Taburkan secubit garam.
  7. Kacau, dan apabila mendidih, padamkan api dapur.

18 ulasan:

  1. Tak pernah cuba buat pengat ubi kayu. Ada lagi ubi kayu belum korek, tapi dah tinggi kat rumah saya ni. Nanti, boleh cuba masak pengat. :)

    BalasPadam
  2. Hujan- hujan ni sedap makan kan pengat apa pun..macam biasa la SA x boleh makan keledek dan ubi...so SA mampu tengok je laaa

    BalasPadam
  3. Sini petang panas.
    Makan waktu sejuk memang sedap.

    BalasPadam
  4. Sedapnya!
    Teringin nak buat tapi itulah di rumah ni takde geng nak makan pengat ni:(

    BalasPadam
  5. Sedapnya betikkk.Tengah sedap baca...aduh,ngeri pasal kaki tu.huhuhu
    Tengok Batu Feringgi teringat Ali Setan..hihihi

    Berat 43kg pinggang 27...
    Sebenarnya nak teka lagi ringan...
    Kasut saiz 5...hihihi

    BalasPadam
  6. Sedapnya. Mak saya suka buat pengat macam ni campur campur. Macam macam boleh rasa. Selain ubi kayu, keledek, tambah keladi juga.

    BalasPadam
  7. boleh cuba nnt..terima kasih share resepi kak amie :)

    BalasPadam
  8. Sedappp ni makan time sejukkk sejukkkk!

    BalasPadam
  9. Petang-petang makan pengat memang best

    BalasPadam
  10. sedapnya mkn pengat ubi petang2 time tgh hujan. mmg nikmat.

    BalasPadam
  11. Ilmu baru ni ubi rambat. Thanks for the recipe, Kak Amie.

    BalasPadam
  12. lama juga tak makan pengat.. pengat pisang paling suke

    BalasPadam
  13. Da lama jugak xmkn pengat. Dappnyaaaa rindu nak makan. Last makan masa balik kg.hehe

    BalasPadam