Pages

Jumaat, 16 Julai 2021

Kiriman Hadiah Top 5 Comentators Daripada Ujie Othman

Indahnya persahabatan di alam maya. Walaupun tak pernah bersua dan bertentang mata namun ikatan ukhuwah yang terjalin cukup mesra! Pagi Jumaat yang dingin dan penuh berkah ini Amie terima kiriman cnderahati dari seberang Laut China Selatan. Kecil tapak tangan, nyiru Amie tadahkan. Terima kasih yang tidak terhingga buat blogger Ujie Othman yang menyambut ulang tahun ke-10 tahun berblog yang jatuh pada 27 Jun 2021 lalu. Amie tersenarai di antara 5 TOP COMENTATORS SEPANJANG 365 HARI. Tahniah buat semua pengomen, dan Amie berada di tempat ke-5 di antara 5 Top Comentators.

Tak sabar nak tahu apa isi bungkusan yang dihantar melalui khidmat Pos Laju. Jom kita buka dan lihat sama-sama. Taraaaaa.......!

Ujie kirimkan senuah beg sandang warna hijau yang sangat cantik!

LIVING TRAVELLING SHARE
 FROM YOURS
NICE TO MEET YOU!


Ujie juga kirimkan key chain siap dengan nama Amie sekali! Terima kasih untuk kedua kalinya ye Ujie. Sebab rasa suka sangat, Amie terus gantung key chain di tali beg sandang. 

Nampaknya tak cukup ucapkan dua kali terima kasih kerana ada lagi kirim lain di bawah ini. Yeay! Ujie hadiahkan juga sebuah novel berjudul Guru Aini hasil karya Andrea Hirata. Buat pertama kalinya Amie akan membaca tulisan Andrea Hirata. Sebelum ini, kalau karya dari Indonesia  Amie lebih banyak membaca tulisan HAMKA dan Pramoedya Ananta Toer sahaja.

Guru Aini - Andrea Hirata
Author of International Bestseller The Rainbow Troops

Menyelak helaian paling hadapan, beginilah kisahnya:

"Nun, mengapa kau lambat sekali memahami matematik?"
"Sebab saya pintar dalam pelajaran bahasa Indonesia, pak."
"Macam mana Sa'diah? Mengapa kau bebal matematik?"
"Sebab saya pintar menjahit, pak."
"Kau, Nuraini?"
"Sebab saya pintar menjahit dan masak, pak."
"Sekarang saya mengerti mengapa markah ujian matematik Enun dan Sa'diah selalu dua, dan markahmu selalu sifar, Aini. Kerana kau pintar bahasa dan memasak sekali gus!"




Novel setebal 295 halaman ini ringan sahaja, dan boleh Amie usung ke sana ke mari untuk membacanya. 

Selain penanda buku, terselit sekeping poskad yang bertulis :
Kepada: Pembaca Guru Aini
Daripada: Jejak Tarbiah (Penerbit),
dan button badge di bawah ini.

Button Badge Guru Aini.


Terharunya Amie terima cenderahati dari rakan blogger! Moga ukhuwah di antara kita akan berpanjangan. Tanpa rakan blogger yang saling kunjung ziarah ke rumah maya, sepilah rumah kita. Terima kasih Ujie Othman kerana sering bertandang ke dapur Amie juga.  Jemputlah rakan-rakan blogger singgah-singgah dan memeriahkan Blog Ujie Othman : TITIAN PERJALANAN.

Banyak paparan menarik Ujie kongsikan seperti ulasan buku, isu-isu semasa yang berkaitan dengan agama, masakan, catatan perjalanan dan sebagainya.


Pemberian yang ikhlas, diterima dengan rasa ikhlas akan membuahkan kegembiraan di antara kedua-duanya, iaitu pemberi dan penerima. Alhamdulillah. Semuanya rezeki Allah. 
Sekian.


34 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih Mama Sara Nur. Rezeki berblogging.

      Padam
  2. tahniah kak... cantik beg hijau tu kak
    indah betul ukhwah walaupun tak boleh berjumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dana. Alhamdulillah. Indahnya persahabatan maya.

      Padam
  3. Wah,tahniah cikgu..
    Benar sungguh ungkapan..Semakin banyak memberi banyak Allah mengganti..
    Cantik warna hijau zamrud tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mama Cella. Rezeki Allah. Hijau warna menyegarkan.

      Padam
  4. Cantiknya kak amie..tahniah tau...best kan persahabatan di alam maya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SA.
      Alhamdulillah. Rezeki ppersahabatan maya.

      Padam
  5. Saya pula hampir habis baca buku Margaretta. Hehe setiap orang dapat buku berbeza. Boleh buat ulasan juga ya Puan Amie. Menarik juga baca sinopsis yang Puan Amie berikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa agaknya isi buku Margaretta tu ye.
      Saya tak sabar nak habiskan novel Guru Aini. Lama tak baca karya dari Indonesia.

      Padam
  6. Wahhhh... Tingginya Kak Amie gantung hadiah tu. Tahniah, Kak Amie 🥰

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah Amie suka dengan kiriman saya 🥰
    Moga ukhuwah kita berkekalan hendaknya.

    Selamat menikmati karya Andrea Hirata. Antara penulis kegemaran saya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ujie atas kiriman istimewa ini.
      Amie ingin turut menghayati hasil karya penulis kegemaran Ujie. Mana tahu terpikat. Boleh buat koleksi karya-karyanya yang lain.
      Aamiin. Moga persahabatan kita berpanjangan.

      Padam
  8. Tahniah kak Amie. Cantik beg warna hijau tu. Lama tak jalan-jalan blog kak Ujie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sal.
      Cantikkan warna hijau tu. Sejuk mata memandang.

      Padam
  9. apasal digantung kat pokok kak beg tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Afeezz..... lama juga kakak termenung nak jawab pertanyaan Afeezz. Akhirnya kakak ketawa sendiri.

      Padam
    2. Hahaha…. Mungkin sebab kalernya hijau, so lebih mesra alam klu gantung kat pokok. Jgn lupe amik balik dah ler…

      Padam
  10. Alhamdulillah..bungkusan dari jauh dah selamat sampai. Cantik beg tu boleh buat jalan jalan. Keychain comel dan buku tu menarik isinya pun. Suak tengok cover buku dengan lukisan menarik. Tahniah kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh lupa pulak. Cantik gambar dan angle shoot kak Amie. Guna natural light luar nampak gambar lagi cantik.

      Padam
    2. Terima kasih banyak Fizah!
      Terima kasih sekali lagi. Komen kedua Fizah barangkali boleh jawab pertanyaan Afeezz hehehehee.

      Padam
    3. Ok.. ok… tak tanya lagi dah

      Padam
  11. Alhamdulillah, tahniah kak amie! Cantikkkk warna begnya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Atiqah. Cantikkan. Sedap mata memandang.

      Padam
  12. Alhamdulillah. Tahniah. Rezeki tu.

    BalasPadam
  13. tahniah kak amie. cntik beg nya. novel guru aini pon nmpk best, sesuai utk kak amie..

    BalasPadam
  14. Tahniah, Amie! Menarik hadiahnya. Alhamdulillah, rezeki rajin mengomen. :)

    BalasPadam
  15. tahniah kak! beg nya pon cantik ^^

    BalasPadam