Pages

Jumaat, 16 Julai 2021

Sup Ayam dengan Umbut Kelapa Tumis Darat

Masih ada baki umbut kelapa dalam peti sejuk. Petang tadi Amie masak sup dengan ayam, tumis darat. Aduhai! Aromanya cukup menggamit selera!

Encik Suami tolong sediakan jus timun. Firdaus pula nak makan ikan goreng. Amie gorengkan ikan biji nangka. Lepas goreng ikan, Amie goreng petai pula. Seperti biasa ada ulam daun salad, sambal belacan belimbing buluh dan buah-buahan. Sambal belacan kali ini agar cair sedikit tetapi tetap sedap!

Sup Ayam dengan Umbut Kelapa Tumis Darat


Hidangan hari ini:
  • Nasi putih
  • Sup ayam dengan umbut kelapa tumis darat
  • Ikan biji nangka goreng
  • Petai goreng & ulaman lettuce, coral red & tomato ceri merah kuning
  • Sambal belacan belimbing buluh
  • Buah nanas & strawberi
  • Jus timun
  • Kurma 
Kurma

Ikan Biji Nangka & Petai Goreng

Ulam-ulaman : Coral red, lettuce, tomato ceri merah & kuning.

Sambal Belacan Belimbing Buluh

Hirisan nanas & strawberi.

Sup Ayam dengan Umbut Kelapa Tumis Darat


Bahan-bahan:
  • 1 bahagian sukuan peha ayam - bersihkan - potong 6
  • 400 gram umbut kelapa - potong ikut suka
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 3 cm halia - diketuk
  • 1.5 liter air
Cara:
  1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk. 
  2. Rebus dengan api sederhana hingga ayam dan umbut kelapa empuk.
Bahan tumbuk: / kisar:
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1/2 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
Bahan penumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  •  kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 labu bawang besar - hiris kasar
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu besar rempah sup
Bahan lain:
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
  • hirisan daun bawang dan daun sup
  • cili padi - jika suka
Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis kecuali rempah sup hingga harum.
  2. Kemudian masukkan rempah sup bersama bahan tumbuk dan tumis lagi hingga sebati. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit kuah sup ayam  yang sedang direnih. Tumis sehingga mendidih.
  3. Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk  berisi sup ayam dan umbut kelapa yang sudah empuk.
  4. Taburkan garam / perasa pilihan serta hirisan daun sup dan daun bawang serta cili padi.
  5. Kacau beberapa kali.
  6. Tutup periuk beberapa minit sebelum dihidangkan supaya bahan tumis meresap sebati dan terbit aroma yang lazat.



16 ulasan:

  1. Selalu makan umbut kelapa dalam gulai.. Tak pernah lagi makan dlm sup..

    BalasPadam
  2. Sedapnya.. pelbagai lauk pauk ada.

    BalasPadam
  3. mesti beza n enak rasaya dgn sup ayam biasa

    BalasPadam
  4. Sedapnya umbut kelapa...
    Ala-ala rebung tapi lagi sedap kan..Pernah kawan kerja bagitahu katanya di tempat dia ..felda..kalau kenduri mereka tebang sepohon sawit untuk ambil umbut masak kari bersama daging.Katanya rasa sama macam umbut kelapa.

    BalasPadam
  5. Pelbagai betul masakan Puan Amie masak.
    Umbut boleh letak dalam sup ayam rupanya.

    BalasPadam
  6. Bila Amie buat sup tumis darat ni, teringat Rizalman, dalam rancangan masak dia tu, selalu buat gulai tumis darat.

    BalasPadam
  7. Sedapnya.. Terliur tengok masakan kak Amie. Saya tak lunch lagi ni

    BalasPadam
  8. Sedapnya umbut campur dalam sup ayam. Sedap makan sayur kampung yang rare dan lama tak makan. Lain macam kalau tumis darat ni. Aroma naik terus rasa tak sabar nak makan.

    BalasPadam
  9. Tak pernah tak menyelerakan lauk pauk di rumah Kak Amie

    BalasPadam
  10. Tak pernah makan lg sup umbut..biasa dok makan yg digulai ja

    BalasPadam
  11. Umbut kelapa boleh buat sup ye Kak Amie...baru SA tau ni...

    BalasPadam
  12. Sedapnya tengok juadah makanan kak amie! Tak pernah tak menyelerakan walau tengok dalam gambar je.

    BalasPadam
  13. sedap betul tgk menu2 kak amie. Setiap hari menu lain…

    BalasPadam