Sepanjang minggu ini sibuk menanda kertas pentaksiran menengah atas. Pagi tadi sempat susun modul latih tubi untuk calon SPM. Kemudian ambil gambar dan kongsi dalam setiap kelas. Pesanan : Boleh ambil modul mulai hari ini. Jangan lupa tandatangan setelah ambil. Kemudian sambung PDPR. Nanti buat laporan SPDPR & isi link PDPR JPNS di rumah saja.
Letak kotak berisi modul di dewan terbuka.
Siap sediakan hand sanitizer.
Sapu tangan terlebih dahulu dengan hand sanitizer sebelum tanda tangan di atas borang pengambilan modul.
Bawa pulang oleh-oleh buah belimbing buluh pemberian kawan yang sama-sama datang uruskan modul mata pelajarannya. Terima kasih Jusna. Bolehlah buat sambal cencalok bubuh belimbing buluh.
Selepas solat Zohor, rasa ingin lelapkan mata seketika. Kebetulan hujan turun. Memang syok betul kalau tarik selimut! Rupanya Firdaus pun ikut masuk bilik. Alahai, nak lelapkan mata pun tak boleh sebab Firdaus ajak bercerita. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
Teringat belum hantar laporan PDPR.
Pesan sama Firdaus: Nanti ingatkan Mommy buat laporan ya? Mommy nak tidur kejap.
Ok. Ok! Itu jawapan Firdaus sebelum turun kerana Encik Suami memanggilnya.
Tak sampai berapa saat pejamkan mata, Firdaus datang semula.
Mommy!
Rumah banjir!
Kita pun bingkas bangun.
Allah! Air sudah masuk ke halaman rumah.
Air sudah naik atas jalan depan rumah.
Kiri kanan jalan sudah penuh air!
Taman Firdaus pun mula ditenggelami air.
Paling teruja melihat air banjir sudah tentulah Firdaus!
Sibuk selamatkan kucingnya dari terkena air!
Hairan melihat selipar terapung-apung atas air.
Sempat lagi jadi dugong di bawah ini:
Aduhai!Dalam sibuk-sibuk Firdaus main air terlupa pula kena ikuti PDPR!
Hari ini Firdaus perlu siapkan:
- Rakaman Quran Tasmik
- Kuiz PSV
- Pendidikan Muzik
Air banjir mula surut. Encik Suami bersihkan bekas banjir. Kita bagi alasan tak dapat tolong sebab sibuk siapkan laporan. Takut terlupa dan terlepas hantar laporan, nanti ada yang meroyan! Syukurlah banjir kali ini, air tidak masuk ke rumah. Firdaus mandi dan tukar pakaian. Kemudian Amie panggil untuk PDPR.
Latihan Pendidikan Muzik perlu dicetak. Tajuk hari ini ialah Bunyi di Sekeliling Kita. Sedang Firdaus hendak menjawab latihan, Encik Suami panggil untuk solat Asar.
Sudah masuk waktu Asar rupanya.
Nak lelapkan mata tak sempat pula.
Lepas solat Asar nanti, teruslah ke dapur.
Itulah ......
Sempat jeling parcel yang belum dibuka!
Inilah antara benda yang membuatkan sedikit rasa happy!
Alhamdulillah settle urusan kerja di sekolah. Syok dapat lelap waktu hujan ni. Hujan lebat sampai banjir jadinya. Seronok pulak Firdaus main hujan. Dah macam kolam jadinya bila banjir. Terus leka nak ber PdPR. Hihi
BalasPadamMemang best dapat lelapkan mata waktu hujan. Akhirnya terpaksa bersengkang mata pula.
PadamBanjir kilat ke kak? Mcm br sekejap je baca cerita akak trs klimaks banjir
BalasPadamYa, banjir kilat. Air mengalir dari Seri Perdana. Mulanya hujan biasa-biasa saja, tiba-tiba terus lebat dan air naik dengan pantai ke arah taman kami.
Padamtypo# pantas
PadamTak sampai berapa saat dah banjir?? Ke.. Kak Amie dah tidur lama ni?? Hehehe
BalasPadamSebenarnya kami semua dalam rumah sewaktu hujan turun yang tak berapa lebat. Tiba-tiba Encik Suami baca whatsaap taman perumahan, ada penduduk taman beritahu air naik. Encik Suami buka pintu rumah , dan memang air dah cecah tangga. Jiran-jiran pun tak perasan air dah masuk kawasan rumah. Encik Suami pula yang telefon jiran tetangga beriahu ada banjir kilat.
Padamsejuk nampak airnya tu. seronok ye firdaus main air banjir tu. hehe.
BalasPadamYe, airnya sejuk kata Firdaus.
PadamSaya tak berani masuk air tu heheheee.
Lebat betul tu hujannya sampai banjir.Seronok Daus menikmati fenomena alam..Rasa nak join jer..hihihi
BalasPadamSelamat beriftar...
Ada masalah saliran air tu di kawasan sebelah. Tu pasal air melimpah naik ke kawasan kami dengan cepat.
PadamOh banyak betul dugaan, gangguan untuk tidur.
BalasPadamWah beli apa itu? Mesti pakai an.
Hahahaa... kadang-kadang kalau dah letih, terus tertidur sampai ke senja pula. Memang tak sempat masaklah jawabnya.
PadamParcel tu isinya tudung.
Mesti sangat lebat hujan, kejap pun boleh banjir.
BalasPadamKemain seronok ya Daus jadi dugong..hehe
Banjir kilat tu.
PadamAlhamdulillah
BalasPadambanjir kilat tak masuk rumah
Dulu pernah masuk rumah beberapa kali Wak. Encik Suami sudah 'tembokkan' bahagian pintu dan dapur. Syukurlah air tak masuk.
PadamMemang syok tidur kalau time hujan kak amie hahaha. Sedar sedar rumah naik air dahh, tapi nasib baik tak bahaya. Happy firdaus dapat jadi dugong kejap hahahaha.
BalasPadamMujurlah air tidak sampai masuk ke rumah. Risau juga kalau tiba-tiba banjir kilat begitu.
BalasPadamTake care, Kak Amie.
Nasib baik banjir kat luar sahaja. Firdaus la yang seronok lebih. Hehe. Rajin cikgu sampai ke subjek muzik ada pdpr
BalasPadamseronok Firdaus main air banjir... mujur tak tinggi sangat air bah nya ye kak
BalasPadamtinggi jugak naik nyer air tu smpi si firdaus bole berenang. nasib baik tak masuk rumah
BalasPadam