Cerita petang kelmarin. Selepas solat Asar, sudah bersedia masuk dapur. Sudah garamkunyitkan ikan sebelah @ ikan sisa nabi. Belum sempat cuci beras, tiba-tiba dapat kiriman nasi kuning dari Sandakan. Adik biras Amie kirim ke LD untuk dibahagi-bahagikan kepada keluarga dan jiran tetangga di kampung. Walaupun tak boleh rentas daerah, tapi nasi kuning sampai melalui khidmat bas.
Nasi kuning dilengkapkan dengan lauk ayam goreng, bergedil jagung dan sambal. Masih terasa hangatnya nasi kuning walaupun lebih 2 jam dalam perjalanan. Terima kasih Nurul ( adik biras). Moga rezeki berniaga nasi kuning semakin bertambah. Entah bila boleh rentas daerah berkunjung Sandakan.
Jadinya, petang kelmarin Amie hanya goreng ikan sahaja.
|
Nasi Kuning & the gang. |
|
Kurma ais. |
|
Ikan Sebelah @ Ikan Sisa Nabi Goreng. |
|
Nanas & tembikai. |
|
Nasi Kuning Kukus. |
|
Ayam Goreng. |
|
Sambal Tumis |
|
Bergedil jagung, telur rebus & hirisan timun. |
bergedil jagung tu menarik perhatian aida.
BalasPadamduduk sama dgn ulam :)
nasi kuning ni ada rempah yang perlu ditumis bersama atau sekadar pewarna?
BalasPadamRawiwa,
PadamNasi kuning tu dimasak bersama santan dan serbuk kunyit.
Tq amie.. saya dah google resepi ni dari blog amie. Lebih kurang nasi lemak. Insyaallah nak buat nanti.
PadamIkan tu sedap je nampak makan dengan sambal tumis dan nasi kuning..
BalasPadamYa Allah...Google memang boleh detect apa yang kita fikir ek...hihihi..
BalasPadamsaya ada lengat ikan tongkol kerana tekak nak makan nasi kuning ala Sabah.Datang sini dah terhidang nasi kuning
Kuat betul kimianya tuh
PadamRindunya Sandakan.. masa ke sana, tak sempat merasa nasi kuning padahal masa tu ada pesta makanan tempatan. Yg banyaknya makanan hipster, hihi.
BalasPadamIkan sebelah tu, sedap. Sy suka buat masak sweet sour
Alhamdulillah jauh makanan Puan Amie sampai dengan selamat. Nasib baik belum masak nasi.
BalasPadamikan goreng ni kalau dapat panas2 mmg la membuka selera..
BalasPadamha lebih2 lagi klu dapat meratah ikan pastu cicah kicap cili api..perghhh ahhaha
lapo2 ini ikan goreng tu nampak soo yummy hehehe
BalasPadamAlhamdulillah rezeki :)
BalasPadamDari hari tu lagi nak tanya, kurma ais tu Kak Amie frozen-kan ye? Nampak sedap!
Kurma tu memang kurma frozen dari Makkah / Madinah. Kurma segar dibekukan.
Padamwahhh rezeki dari jauh. nmpk sedap begedil jagung tu..
BalasPadamAlhamdulillah..rezeki. Senang kerja masak Kak Amie goreng ikan je.
BalasPadamSedapnya tembikai tu kak amie! Makan tembikai sejuk sejuk masa waktu panas memang nikmat!
BalasPadamRasa macam nak tumpang lunch di sini hahaha
BalasPadamIkan sebelah tu menggoda selera betul!
Sedapnya nasi kuning. Rindu nak gi Sandakan lagi
BalasPadamsyukur rezeki datang hari tu..
BalasPadam