Pages

Jumaat, 4 Jun 2021

Sira Pisang Nangka

Selain pengat pisang, ubi kayu, keledek, keladi dan pisang kami selalu menikmati sira pisang yang Bonda sediakan di bulan puasa. Bahan yang digunakan pun mudah didapati dan olahannya sangat ringkas. Biasanya Bonda gunakan pisang awak atau pisang kepuk. 

Pada mulanya kami sangka Bonda tidak ada santan kelapa untuk buat pengat! Rupanya memang ada 'pengat' tanpa santan kelapa iaitu sira! Sira membawa maksud gula yang dicairkan untuk digaul atau menyalut kuih.

Bonda pernah gunakan air tebu untuk membuat sira pisang. Dahulu, selain tanaman nanas, arwah Ayahanda mengusahakan berekar-ekar tanaman tebu. Ketika musim menuai tebu, datanglah lori mengangkut batang-batang tebu untuk di bawa keluar dari kampung. Waktu itu akal kanak-kanak Amie tidak terfikir pun ke mana lori itu akan bawa tebu.

Apa yang Amie rasa seronok ketika itu ialah sewaktu Ayahanda dan Bonda perah air tebu gunakan mesin getah keping! Ketika itulah Amie nampak Bonda masak 'sira' pisang dengan air tebu!

Sira Pisang Nangka


Sira Pisang Nangka gambar di atas ini diambil sebaik sahaja dikeluarkan dari periuk. Gambar bawah pula, Sira Pisang Nangka setelah 2 jam di dalam peti sejuk. Amie gunakan gula Melaka untuk membuat Surat Pisang Nangka. 


Bahan-bahan:
  • 5 biji pisang nangka masak - kupas kulit - belah 2 dan kerat 2 (ambil 1/2 sudu kecil air kapur dan tambahkan 2 cawan air - rendam pisang dalam air kapur selama 5 minit - toskan)
  • 100 gram gula Melaka
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan - siat dan simpul
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • secubit garam
Cara memasak:
  1. Masukkan air dan gula Melaka ke dalam periuk.
  2. Didihkan sehingga gula Melaka larut.
  3. Kemudian masukkan daun pandan, garam, bunga cengkih dan pisang nangka.
  4. Perlahankan api.
  5. Masak sehingga pisang nangka lembut dan kuah gula Melaka menjadi pekat.
  6. Padamkan api dapur.
  7. Sedia untuk dihidangkan. Jika suka, boleh sejukkan di dalam peti dahulu sebelum dinikmati.


Masakan manis bukanlah menjadi pilihan utama, tetapi Sira Pisang Nangka ini tidaklah begitu manis seperti yang kita selalu sangkakan. Maklumlah melihat warna gula yang 'menyira' itu pun sudah terasa-rasa kemanisan yang amat sangat. Rasa pisang nangka ini masam sedikit, jadi apabila Sira Pisang Nangka dinikmati, rasanya tidaklah manih leting! Dulu pernah gunakan gula pasir, tapi manisnya tak boleh Amie layan ....ahaks! Jadi Amie pilih untuk masak sira dengan gula Melaka.
Jemputlah makan.
Sedap tau!

25 ulasan:

  1. kecur air liur
    kena cari pisang nangka jugak ni he hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari, jangan tak cari. Kita memang suka guna pisang nangka, dapat seimbangkan rasa manis gula dan masam pisang.

      Padam
  2. tengok ja terasa suda rasa manisnya

    BalasPadam
  3. Menu org kelantan ni..sira labu Amie pernah mkn tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa makan sira labu, tapi jarang buat.

      Padam
  4. Teringat dulu, ibu Sk pun suka masak Sira Pisang ni. Selain pisang, kadang-kadang ibu masak sira ubi tapi Sk lagi laju kalau makan sira pisang, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... tudia! Bonda kita pun suka masak sira ubi, biasanya ubi pulut, rasanya lemak melekit. Sira pisang memang cepat hilang dari pandangan kalau Bonda hidangkan hihihiii.

      Padam
  5. Jaman dulu2 mak wak pun selalu buat.
    Pakai pisang awak atau pisang nipah.
    Kalau pisang nangka ni masam sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah Wak, Bonda saya selalu gunakan pisang nipah atau pisang awak. Saya gunakan pisang nangka sebab nak seimbangkan rasa manis dengan masam, maklum dah berusia ni seram sikit nak jamah yang manis.

      Padam
  6. Rupanya boleh buat dengan air tebu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini belum pernah dengar orang buat sira pisang dengan air tebu. Agaknya Bonda saya jew yang pernah buat hehehehee.

      Padam
  7. Saya tak pernah makan sira pisang. Buat jauh sekali.maybe sebab saya kurang gemar makanan manis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang dulu-dulu selain pengat, memang siralah hidangannya terutama waktu berbuka puasa.

      Padam
  8. Wah,sedapnya..
    Pasal sira guna air tebu tu saya pernah dengar & pernah tengok tapi gunakan ubi kayu.Dulu2 ada penduduk kampung tanam tebu banyak & perah menggunakan tenaga kebau.Air tebu dimasak dalam kawah hingga pekat hitam menjadi nisan tebu.Rupa dia macam gula apong.Masa rebus air tebu tu la ubi kayu dimasukkan dalam jaring & dimasukkan dalam rebusan air tebu.Bila ubi empuk mudah nak angkat sebab dalam jaring.Jadi kudapan manis sambil menanti air tebu likat.Sorry syok pula cerita..Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah! Suka saya dengar. Maknanya bukan sesuatu yang peliklak kalau guna air tebu. Kreatifnya orang dulu-dulukan Mama Cella. Saya teringat lagi Bonda masaka air tebu tu sampai pekat likat.

      Padam
  9. Adoi... Sedap ni puan. Dapat makan petang-petang dengan secawan kopi. Nikmat sekali.

    BalasPadam
  10. Kecur air liur tengok sira pisang kak amie ni, dah terasa manisss tuuu sebab saya penggemar makanan manis hehehe

    BalasPadam
  11. Really good recipe blog

    https://weekin2.blogspot.com/2020/09/seo-ready-blogger-template-for-free-in.html

    BalasPadam
  12. mmg nmpk sgt manis sira pisang ni. nsib baik rasa dia x semanis rupa kan

    BalasPadam
  13. SA x pernah makan sira pisang kak...nampak sedap plak tu ha..nak cuba kalau buat takut x terhabis nanti..nanti cari la kalau ada yang jual

    BalasPadam
  14. Sedapnyaa memang wangi sbb masuk bunga cengkih. Hehehe nampaknya kena buat ni

    BalasPadam
  15. Baru tahu pengat tanpa santan dipanggil sira. Kiranya pengat versi tanpa santan lah kan. Tak pernah juga makan sira pisang ni. Okay juga tu gunakan gula melaka tak semanis gula pasir.

    BalasPadam