Jumpa lagi di pagi Jumaat yang penuh keberkatan. Berehat seketika dari berBDR. Buka tudung saji. Apa sarapan untuk alas perut pagi ini?
Nasi Goreng Isi Ikan Tongkol |
Bangun pagi ini rasa sangat segar. Maklumlah kelmarin, dari pagi sampai petang bergelut dengan pelbagai tugas. Apabila tidur awal, dan cukup rehat memang dapat kembalikan semula tenaga yang sudah tidak muda lagi ini. Amie sangka Amie orang paling awal bangun. Rupanya, Encik Suami sudah terlebih dahulu 'berketuk-ketuk' di luar rumah. Katanya hendak pasang pintu bilik anak-anak. Pintu yang lama perlu diganti sebab sudah ada bahagian yang rosak.
Entah bila Encik Suami beli pintu!
Allah! Teruk betul sang bini. Asyik duduk dalam rumah, sampai tak tahu apa benda yang ada di luar rumah!
Kita berdiri di balik pintu sambil keluarkan kepala memandang Encik Suami buat kerja.
Sarapan apa pagi ini? Tanya Encik Suami.
Kalau tak buat sarapan, kejap lagi nak pergi beli. Encik Suami jawab pertanyaannya sendiri.
Mmmm... ada lebih nasi semalam. Bolehlah goreng kejap lagi. Kita sahut.
Encik Suami berhenti mengetuk, dan mengambil satu bungkusan lalu dihulurkan kepada Amie yang masih tercegat di pintu.
Ada orang bagi kuini, kata Encik Suami.
Wah! Pagi-pagi sudah datang rezeki yang semerbak harum.
Siapa bagi?
Ada kawan hantar tadi.
Kita pun sambut bungkusan berisi kuini.
Alhamdulillah. Rezeki di pagi Jumaat datang ke rumah. Moga tambah rezeki buat yang memberi. Ada 7 biji kuini yang sudah masak harum!
Buah kuini. |
Sarapan pagi : Kacang Kuda Tumis & Nasi Goreng Isi Ikan Tongkol |
Kacang Kuda Tumis |
Semalam sebelum tidur sempat rendam kacang kuda. Pagi ini sudah kembang. Amie rebus hingga empuk. Kemudian Amie tumis bubuh hirisan bawang merah, cili kering, daun kari dan biji sawi. Kali ini tak bubuh rempah kari.
Ikan Bilis Sgar Goreng Tepung |
Ikan Bilis Segar Goreng Tepung ini lebihan makan semalam. Amie panaskan lagi dengan menggunakan air fryer selama 5 minit. Bolehlah makan dengan nasi goreng.
Hirisan Buah Kuini |
Ada lebihan isi ikan tongkol masak singgang lauk semalam. Amie tumbuk hancur dan goreng dengan nasi sejuk.Nampak Mama Cella goreng nasi dengan isi ikan tongkol, macam sedap sangat. Mama Cella gunakan nasi beras basmathi. Cantik kejadiannya. Nasi goreng kelihatan berderai.
Amie kongsikan resipi Nasi Goreng Isi Ikan Tongkol di bawah ini. Amie tambahkan sedikit budu sebagai penambah rasa.
Bahan-bahan:
- 3 cawan nasi putih
- 1 cawan isi ikan tongkol yang sudah ditumbuk
- 2 ulas bawang putih + 3 biji bawang merah tumbuk
- 1 biji cili merah hiris
- 1 sudu besar budu
- 1 pokok sayur sawi - potong
- 3 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Cara:
- Gaul nasi putih bersama isi ikan tongkol.
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah serta hirisan cili merah.
- Kemudian masukkan sawi. Gaul beberapa kali.
- Masukkan nasi, tuangkan budu, taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul rata dan kemudian padamkan api dapur.
Terima kasih Firdaus. Budak kecil ini selalu letakkan segelas air suam di atas meja sewaktu Amie buat kerja. Pagi ini, dia nampak lebihan air lemon di atas meja dapur. Dia tambah dengan air panas dan letak atas meja kerja Amie. Terima kasih sayang Mommy!
Wahhhh...sukanya saya nasi goreng isi ikan tongkol.Saya suka sangat ikan tongkol sebab isi pejal.Alhamdulillah rezeki buah kuini.Kalau berjiran nak juga sebiji..hihihi.
BalasPadamRajin betul En Majid bertukang.Buat stor la bagai..Daus pun bila abang-abang takdak jafi "anak tunggal" la yer ..hihihi
Amie, kita suka sangat33 kalau nasi goreng guna isi ikan, x pernah jemu kalau dpt,
BalasPadamBuah kuini suka betul dgn bau dia tu, xdpt mkn pun x apa asalkan dpt bau dia
Kreatif Puan Amie gunakan lebihan ikan tongkol buat nasi gotreng.
BalasPadamTeringin hendak buat kacang kuda tumis. Nanti hendak buat. Insya Allah.
Rajin Firdaus pertolongan kecil amat dihargai.
Rezeki datang bergolek..sedap sgt kuini tu..
BalasPadamSweetnya Firdaus..
BalasPadamTentu sedap nasi goreng isi ikan tu, saya pernah buat juga guna ikan sardin.
Masuk blog Kak Amie mesti automatik rasa lapar. Nasi goreng tu sedapnya!! tengok pun dah sedap.. makan tak cukup sepinggan ni..
BalasPadamTak pernah goreng nasi, letak budu. Lawan ikan tongkol, memang sesuai.
BalasPadamPandai Firdaus, buat air untuk mommy. :)
Sedapnya nasi goreng isi ikan tongkol..lama x buat..eh nak buat la nanti...sedap tu...pandai Firdaus layan mummy eh...
BalasPadamTahu tahu ada aktiviti tukar pintu ye. Semoga dipermudahkan urusan tukar pintu anak anak. Rezeki dapat buah kuinin lagi.
BalasPadamTak pernah lagi makan nasi goreng ikan tongkol. Tengok kak amie masak pasti sedap ni.
Tak pernah tak sedappp kalauu nasi goreng dengan ikan tongkol! Wahhh, bagusnyaaa firdaus sediakan air untuk mommy dia :)
BalasPadamSedapnya nasi goreng kak Amie.
BalasPadamsedapnyaa buah kuini
BalasPadamrasa nk cari kuini skrg jg!😆
BalasPadamkacang kuda tumis tu mcm sedap...
BalasPadamjangan kak amie salah rumah plak nnt sebab dah tukar pintu.. heheh
Nasi goreng isi ikan memang sedap! Tengok ikan goreng tepung tu tiba-tiba teringat sanggar pappek Kak Amie :)
BalasPadamPandai ek budak comel itu ambil hati mummy. Nak buat menantu, kecik lagi la pulak, ahaks!
BalasPadamSha pun suka guna isi ikan untuk buat nasi goreng.. lebih terasa.. hehehe..
BalasPadamAlhamdulillah.. pagi-pagi dah dapat kuinin..
menariknya kacang kuda tumis tu. ikan goreng tepung pon nmpk sedap
BalasPadamSedap kacanh kuda tu. Lama xmkn memang menyejukkan bdn. Buah kuini sedap dimakan mcm tu sebab wangi
BalasPadam