Pages

Isnin, 28 Jun 2021

Rindu Seorang Adik!

Kami patut bersyukur kerana Firdaus jenis anak yang tidak menyimpan perasaan seorang diri. Adakalanya Firdaus menangis kerana rindukan abang-abangnya. Firdaus faham Abang Farid dan Fuad jauh di Malaya tetapi Firdaus tidak dapat terima Fairuz yang sudah sekian lama tidak pulang ke rumah. Dengan mulutnya yang becok dan banyak cakap, kami layan sahaja sebab tidak mahu dia rasa kesunyian. 

Kalau boleh 24 jam minta kita layan dia, dari bangun pagi sehinggalah masuk tidur waktu malam. Baca doa sebelum tidur pun dia kongsi separut-separuh dengan kita. Dia baca satu kalimah dia suruh kita sambung satu kalimah lagi!

Petang tadi, Firdaus minta Amie buatkan sandwich untuk dia. Encik Suamilah yang keluar mencari roti dan bahan-bahan lain. Bukan main seronok Firdaus apabila Amie ajak buat sandwich tuna mayonis di dapur. Senyum lebar dia sampai ke malam kerana berjaya lapis roti dengan mentega, salad, tuna mayonis dan juga hirisan timun! Bertambah banggalah budak kecil ini dapat potong roti! Nampak macam sedap sangat dia makan!

Firdaus dengan Sandwich Tuna Mayonis.


Firdaus masih ingat tarikh 2 Jun 2021 rumah kami didatangi oleh seekor kucing. Firdaus minta izin daripada kami untuk memelihara kucing tersebut. Pada mulanya kucing tersebut kelihatan seperti sakit cirit-birit kerana najisnya merata-rata di tempat letak kereta. Firdaus bersihkan kucing itu. Firdaus meminta Encik Suami belikan makanan kucing dengan duit dari tabungnya. Setakat ini sudah 2 kali Encik Suami tolong belikan makanan kucing.
Setiap hari sebaik bangun pagi Firdaus akan beri kucingnya makan. Firdaus beri makan sebanyak 3 kali sehari, waktu pagi, tengahari dan petang. Nampaknya mereka berkawan baik. Selalu terdengar Firdaus bercakap dengan kucingnya. Dengan kehadiran kucing ini kuranglah sedikit rungutan Firdaus tentang rasa sunyi tanpa Fairuz!
Dan rajin pula Firdaus mencari maklumat di you tube bagaimana cara untuk menjaga kucing!

Minggu lepas, Firdaus dapat kiriman dari Kota Kinabalu.
Rupanya Fairuz kirim kereta kontrol mainan untuknya!


Senyum gembira Firdaus terbayang di wajah sewaktu menerima bungkusan kereta kontrol mainan!


Barangkali Firdaus selalu rasa tertekan dengan jadual PDPR yang ketat setiap hari! Itu sebabnya asyik nak marah saja. Kita pun tertekan berganda-ganda juga sebab kena pastikan semua tugasan yang diberi diselesaikan dengan sempurna. 


Amie lihat walaupun Firdaus dapat kereta kontrol mainan tetapi Firdaus lebih gembira bersama kucingnya. Sang kucing pula sentiasa dengar cakap dan arahan Firdaus! Sekarang sudah hampir sebulan Firdaus pelihara kucing. Nampak perubahan emosi pada dirinya. Firdaus nampak lebih ceria dari hari-hari sebelum kedatangan sang kucing! 
Tapi sekali-sekala Firdaus akan bertanya, bila Fairuz akan pulang?

15 ulasan:

  1. Sedihnya bila Firdaus rindukan abang abangnya. Kalau tak covid ni, bolehlah jumpa bila bila masa cuti. Terubat rindu. Syukur ada kucing peneman Firdaus boleh main sama sama. Sesekali boleh main kereta control pulak.

    BalasPadam
  2. Kesian Firdaus. Syukur Allah datangkan kucing untuk Firdaus.
    Pandai Firdaus, siap cari info di internet cara jaga kucing. Hehe

    BalasPadam
  3. terlalu lama tak bertemu. tu yg rinduuuuu sgt.
    alahai.

    BalasPadam
  4. Bagusnyaaa firdaus nak bela kucing, siap suruh belikan makanan kucing pakai duit tabung nya lagi.
    Best bela kucing, boleh hilangkan stress. At least boleh jadi peneman, walaupun kucing tak boleh bercakap tapi dia dengar je kalau manusia bercakap dengan dia :)

    BalasPadam
  5. Kanak-kanak baya Daus ni memang tengah excited nak explore macam-macam kan.Kalau zaman kita dah merata hutan,paya & permainan budak kampung kita terokai.Dah zaman mereka kini lain pula keadaannya + norma baharu lagi..Apapun semoga Daus jadi anak soleh..gud luck

    BalasPadam
  6. Mujur ada peneman sang kucing yg peramah. Betullah kucing ni boleh menghilangkan stress dan bosan. Semoga terubat rindu Firdaus terhadap abang2nya

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah kucing peneman lawan cakap. Hikmah kucing Allah pada dia.
    Apapun fikir positif setiap kejadian walaupun nampak tidak seronok.

    BalasPadam
  8. sedih pula baca kisah firdaus meanggung rindu pada abangnya...cengkaman rindu mendera perasaansiapa saja

    BalasPadam
  9. Alahai.. sedih pula baca kisah Firdaus.. Mujurlah ada si kucing sebagai peneman..

    BalasPadam
  10. Sebagai langkah berjaga2 elok lah hantar kucing tu gi suntik vaksin dan bg ubat cacing .. kucing mudah dpt jangkitan virus... Nanti dah sayang tiba2 pulak sakit... Sian firdaus.... Sabar ya nak moga pkp cpt berakhir ...

    BalasPadam
  11. Alahaiiii kesiannya firdaus mesti rindu dengan abang-abangnya sebab selama ini ada je kawan untuk dia berbual. Bukan firdaus je yang rindu abang-abangnya, kak long saya yang dah warga emas pun rindu dengan adik-adiknya. Kalau buat vc mesti kami sama-sama menangis sebab kerinduan. Jauh nak dekat tak boleh. Redho je lah

    BalasPadam
  12. Alahai, kesian dia rindukan abangnya kann. Inshaallah nty lepas kes kurang dapatlaa jumpa abang2 nya nty kan 😉 Nii mcm nadyya ponn sedih da lama xjmpa family..

    BalasPadam
  13. Kalau SA kat tempat Firdaus pun confirm merindu...confirm sedih..tapi tengok air muka Firdaus dia jenis suka pendam kan kak?

    BalasPadam
  14. Faham perasaan firdaus tu. Nakkan perhatian abang2 bila tak ada rindulah

    BalasPadam