Selamat datang Jun!
Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun, namun Covid-19 masih juga bertandang setiap detik di atas muka bumi. Usaha untuk menghantarnya kembali ke kampung lamannya melalui fasa demi fasa PKP diharap membuahkan hasil.
Begitu juga dengan pokok bunga ati-ati. Kepelbagaiannya dan keunikannya tidak dapat dinafikan lagi. Ia mampu menjadi terapi mata. Namun apabila tiba masanya ati-ati kehilangan seri, janganlah dibiarkan layu di hujung laman.
Apabila pokok bunga ati-ati mula mengeluarkan bunga, itulah isyarat yang menunjukkan jangka hayat keindahan dan kecantikannya mulai pudar. Ketika inilah usaha memangkas dahan yang berbunga perlu dilakukan untuk memberi laluan pertumbuhan daun yang baru.
Untuk hasil yang lebih baik, eloklah dilakukan penanaman semula menggunakan keratan batang.
Amie pun tak perasan bila masanya Encik Suami menanam semula pokok bunga ati-ati.
Patutlah sebelum ini nampak beberapa kali Encik Suami meletakkan pasu-pasu bunga di tempat yang lebih teduh. Maklumlah, ati-ati tidak sanggup berada di bawah pancaran matahari terik.
Tadi, sempat meninjau-ninjau tanaman ati-ati di luar rumah.
Ini salah sebuah pasu ati-ati yang Encik Suami letakkan di Taman Firdaus.
Gambar atas dan gambar di bawah Amie jumpa di HP. Oleh kerana Amie akan padam gambar dalam galeri, jadi Amie simpan sahajalah di sini. Gambar pokok bunga ati-ati ini bercampur-campur. Ada dari rumah sendiri, ada gambar yang Amie ambil di sekolah. Ada juga yang Amie ambil sewaktu ikut Encik Suami meronda-ronda kawasan sekolah di bawah seliaannya.
Pokok bunga ati-ati memang kelihatan anggun dan cantik dengan kepelbagaian warnanya. Halaman dan tepian rumah akan nampak berseri dengan kehadiran deretan pasu-pasu dengan rimbunan pokok ati-ati. Namun, tidak sepanjang musim ia kelihatan indah dan rimbun. Jadi, kenalah fahami tabiat pokok ati-ati supaya dapat menikmati keindahannya sepanjang masa.
eh byk jenis eh rupanya bunga ati ati ni....
BalasPadamselama ni hanya tau satu je rupa nya...
Cantik bila tengok ada macam-macam warna gini.
BalasPadamLagi-lagi yang merah kuning tu, menawan.
Banyaknya tanam pokok ati-ati...Pokok bunga nostalgia zaman kanak-kanak ni.Zaman tu setiap rumah akan tanam pokok bunga ati-ati & bertukar2 benih ati-ati dengan jiran tetangga.Ada sejenia bayam merah tu pun saya selalu keliru sebab daunnya macam ati-ati..hihihi
BalasPadamPokok bunga ati- ati ni berbunga rupanya ye kak...cantik betul..nak sangat ada pokok bunga kat laman rumah tapi Pak zain cakap tanam sayur lagi banyak faedah...hurm...
BalasPadamDulu masa kecil, bila demam, emak akan mandikan saya dengan air yang dicampur dengan daun pokok ati-ati. Nostalgia sungguh mengenangkan kisah lama.
BalasPadamOhh macam tu ke Kak Amie cara penjagaan dia. Kalau dah berbunga kena potong ye. Meriah rimbun daun pokok bunga ati ati ni. Meriah laman ada beraneka jenis corak dan warna pokok bunga ati ati.
BalasPadamBanyakk warna rupanya bunga ati ati ini, ingatkan satu jenis warna aje hehehe.
BalasPadamKalau banyak warna ditanam, memang cantikklah persekitarannya.
cantik bunga
BalasPadamJiran satu lorong dengan kita, banyak betul pokok ati2 ni, merimbun macam-macam jenis depan rumah, geram tengok
BalasPadamcantik pkp bunga ati -ati tu
BalasPadamBanyak jenis dan warna. Rajinnya tanam segala. Untung ada suami semua tengok.
BalasPadamOklah ini aktiviti ketika terkurung penuh.
cantik² kaler bunga ati² akak.. sihat pulak tu
BalasPadamBerbunga hati tengok bunga ati-ati. Tapi sakit hati tengok kampung halaman asal penyakit Covid dah mula hidup macam biasa. Sedangkan banyak lagi negara sedang bergelut termasuk Malaysia
BalasPadamHaah kan sal akak pun sakit hati dan geram tenguk mereka bersenang lenang tapi kita masih bertungkus lumus nak mematikan kuman virus covid 19. Ko nyah dari muka bumi ini. Aamiin
Padamsaya ada seorang sahabat cikgu di Segamat. Depan rumahnya penuh pokok Ati-Ati pelbagai jenis hidup subur di halaman. Suka tenguk bila dah banyak-banyak dan pelbagai jenis
BalasPadamCantik2 bunga nya kak. Teringin nak tanam pokok bunga ni.hehe
BalasPadam