Setiap keluarga ada cara dan olahan masakan yang tersendiri. Itu sebabnya, makanan atau masakan termasuk dalam budaya atau cara hidup sesebuah keluarga yang membentuk komuniti kecil lalu berkembang menjadi keturunan kepada generasi seterusnya. Generasi demi generasi inilah yang bertanggungjawab membawa apa jua warisan nenek moyang mereka agar tidak pupus ditelan masa.
Walau bagaimanapun, perubahan masa disertai dengan kecanggihan teknologi dan maklumat, banyak berlaku perubahan dalam pelbagai perkara termasuklah dalam hal makanan. Amie sendiri akui, anak-anak lebih sukakan hidangan moden dan terkini berbanding masakan tradisional termasuk lauk-pauk, kuih-muih dan sebagainya. Kalau Amie hidangkan pengat, memang hanya Amie dengan Encik Suami sahaja yang akan menjamahnya.
Salah satu cara Amie tarik minat anak-anak untuk makan pengat ialah dengan cara mempelbagaikan rasanya. Banyak kali juga Amie memilih pengat sebagai pencuci mulut untuk dibawa ke kampung ketika makan-makan keluarga. Alhamdulillah, anak-anak buah sangat menyukainya.
Sebenarnya, satu sahaja bahan tambahan Amie masukkan dalam setiap pengat atau bubur. Kalau ada sesiapa yang perasan, Amie selalu tambahkan jagung krim. Biasanya kalau masak bubur kacang atau pengat, Amie akan tambahkan jagung sama ada jagung krim atau jagung biji dalam tin.
Pengat Pisang Nangka Amie's Little Kitchen |
Pengat Nangka Amie's Little Kitchen |
- 3 biji pisang nangka masak - buang kulit - potong serong
- 1 tin jagung krim
- 1/2 cawan sagu biji - bilas
- 1 helai daun pandan - siat dan simpul
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 cawan parutan gula Melaka
- 3 sudu besar gula perang
- 500 ml air
- 250 ml santan pekat
- Masukkan air bersama sagu biji ke dalam periuk.
- Jerang sehingga mendidih, dan kemudian masukkan gula Melaka, gula perang serta daun pandan.
- Setelah gula larut, masukkan pula pisang nangka.
- Tambahkan garam.
- Apabila masakan mendidih sekali lagi, tuangkan pula santan pekat.
- Kacau beberapa kali, dan apabila mula mendidih di bahagian tepi periuk, segera padamkan api.
Amie gunakan bekas seramik kiriman Syazni Rahim |
Hahaha..penyengat..Nasib baik tak bengkak mulut Daus...
BalasPadamPenangan terliur pisang goreng cikgu semalam,hari ni sebelum ke tempat kerja saya bersemangat singgah kat pasar nak cari pisang.Rupanya sejak PKP 1,pasae tutup setiap Isnin untuk sanitasi...huhuhu
Meltingnya nampak gambar pengat pisang tu
BalasPadamMrs. A pun suka makan pengat campur jagung macam ni
Suka penat pisang. Oh rupanya tambah jagung.
BalasPadamfuh
BalasPadamsedapnya
dah favorite zaman sekolah nih
hehehe
sedapnya Pengat Pisang Nangka tu :)
BalasPadamterliur tengok
sedapnya nmpk pengat pisang tu.
BalasPadamhaha. comel je Daus ckp nak penyengat
bln puasa aritu ada MIL masak pengat pisang
BalasPadammemasak pun perlu kreatif kan
BalasPadamAduh, Daus.. aunty baru nak feeling2 makan pengat mommy buat, kamu dah buat lawak pulak.. penyengat pun boleh 🤣🤣🤣
BalasPadamTeringat Iman masa baya2 Firdaus dulu.. antara yg Sk masih ingat...
Kedai Peragut - Kedai Perabut
Pahala - Piala
Bomba - Kotak Kecemasan
😆😆😆
one of my fav ni...dapnye...
BalasPadamNampak sedap tu ha...tapi SA kureng sikit pengat pisang..tapi boleh la layan kalau sesekali buat
BalasPadamSedapnya pengat pisang..
BalasPadamMenarik cara masakan kak amie tambah krim jagung dan isi jagung tu. tambah ada sagu. lagi sedap penyengat pisang. eh pengat pisang. Lawak lah daus cakap penyengat :p
BalasPadamSedapppp nya kak amie. Favorite saya kalau makanan berunsurkan pisang ni!
BalasPadamPenyengat pun boleh lah firdaus hahahaha, comel je sebut penyengat
sedappnya
BalasPadammemang feberett la pengat2 ni tak kira pengat apa
tp pisang nangkaaa lg sukaaaa
Wuu sedapnyaaa kak.. da lme xmkn pengat ni
BalasPadampengat pisang my peberet. Oh rupanya lagi sedap tambah jagung krim ya. Emmm boleh cuba lah. Selalunya suka letak sago biji tu banyak2 dan suka letak dalam peti sejuk. Makan bila sejuk emmm daus dah jadi peminat penyengat le tu.
BalasPadamni nama nyer pengat yg menyengat!
BalasPadampengat pisang kerap buat time pkp ni, kak.
anak yg buat, aida tolong tgk kan aje.
mudah sgt nak buat nyer kan :)
tips letak jagung manis tu, nice. next aida nak cuba.