Pages

Selasa, 1 Jun 2021

Ayam Goreng Berlada Pedas Berapi & Kerabu Pucuk Paku

Hari ini masak lauk kering-kering saja. Seperti biasa, masak tengahari sekali harung untuk makan petang / malam. Masak sekali, makan dua kali. Senangkan?

Selepas Zohor, kami makan bertiga bersama Firdaus. Fairuz masih di Kota Kinabalu. Katanya, buat masa ini tidak banyak bekalan ikan yang diperoleh dari Semporna. Jadi mereka beralih arah mencari bekalan ikan di bahagian Kudat pula. Oleh kerana mereka sudah mula menyewa apartment di Garden Condominium, jadi tidak perlulah lagi Fairuz selalu berulang-alik ke Lahad Datu.

Kadang-kadang kasihan juga dengan Encik Suami. Mungkin rasa sunyi atau rasa rindu dengan anak-anak sehingga lewat malam pun masih ingin bertanya khabar mereka. Malam tadi, walaupun sudah lewat pukul 11, seorang demi seorang ditelefonnya. Selepas telefon Abang Farid, di telefonnya pula Fuad dan yang terakhir sekali, Fairuz. Semuanya belum tidur. Terasa lucu juga, sebab sebelah siangnya kami sekeluarga sudah bervideo call.

Huurrmmm... itulah hati seorang bapa. Kita tak tahu apa yang bersarang di dadanya. Orang kata kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa.

Jom kita lihat menu hidangan tengahari kami hari ini. Apa lauk yang kering-kering itu? Dalam setalam hidangan ada:

  • nasi putih
  • kerabu pucuk paku
  • ayam goreng berlada
  • ikan masin keropok 
  • ikan sulig goreng
  • nanas

Hidangan Makan Tengahari.

Pagi tadi Encik Suami bawa masuk ke dapur kepingan ayam bahagian peha yang masih segar, sayur-sayuran, nanas dan lada serta beberapa barang keperluan dapur.  Melihat peha ayam segar, tentu sedap kalau digoreng berlada. Pucuk paku pula bolehlah dibuat kerabu. Gorengkan beberapa ekor ikan masin keropok, memang sedap sungguh makan dengan nasi putih. Goreng sekali ikan sulig. Cukuplah.
Encik Suami pula bantu kupas nanas. Sambil masak, sambil makan nanas!


Kerabu Pucuk Paku ini Amie olah ikut cara Bonda. Cuma tak bubuh hirisan daun cekur. Malas nak cabut pokok cekur di belakang rumah sebab hujan! Kalau cara Bonda kita buat kerabu, kelapa parut tak perlu disangai. Biasanya kelapa akan dibakar bersama tempurungnya di atas bara api. Wangi jew aroma kelapa bakar! Kemudian barulah diparut. Encik Suami beli kelapa siap diparut, jadi tak perlulah dipanggang. Gaul terus dengan bahan perencah.

Ikan Masin Keropok.


Biasanya Amie gunakan cili merah untuk goreng berlada, tetapi kali ini hanya gunakan 2 biji saja cili merah, dan selebihnya cili hijau. Amie tambahkan cili padi untuk rasa lebih pedas. Untuk aroma lebih enak, Amie tambahkan serai dan daun limau purut.

Bahan-bahan:
  • 2 kepingan ayam bahagian peha - potong 4 setiap bahagian - gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - perap seketika
  • 2 batang serai - diketuk
  • 3 helai daun limau purut - buang urat belakang
  • 2 keping asam gelugor
  • gula perang / garam / perasa pilihan
  • minyak
Bahan kisar kasar:
  • 20 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 cm halia
Cara memasak:
  1. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ayam dalam kuali.
  3. Masukkan serai, diikuti dengan bahan kisar.
  4. Gaul rata dan masukkan asam keping serta gula perang secukup rasa.
  5. Setelah tumisan terbit minyak, masukkan ayam goreng, diikuti dengan daun limau purut.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  7. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

Bahan-bahan:
10 batang paku pakis - ambil pucuk dan batangnya yang muda serta daun-daunnya - celur
2 biji kacang panjang - potong serong
1 cawan parutan kelapa 
1/2 biji bawang besar - hiris
garam / gula / perasa pilihan
1 sudu besar jus limau kasturi

Bahan tumbuk / kisar:
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih - goreng
3 biji bawang merah - goreng
1 sudu kecil belacan - goreng
1 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut

Cara:
1. Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan bahan tumbuk / kisar, kelapa, garam / gula / perasa pilihan. Gaul sebati.
2. Seterusnya masukkan paku pakis, hirisan kacang panjang dan  bawang besar.
3. Tuangkan jus limau kasturi.
4. Gaul semua bahan.
5. Hidangkan.

22 ulasan:

  1. Wahm..lauk taste saya ni kering-kering macam ni.
    Sedap tu makan time hujan pulak..KL panas membahang beberapa hari ni..

    BalasPadam
  2. Menu akak kali ni mmg citarasa tekak saya la haaha... Adoii ni yg tetiba lapar gila ni��

    BalasPadam
  3. Kita ni kan, lauk kering macam ni pun suka, lauk basah sampai banjir pun suka, dua2 boleh buat periuk nasi bocor 🤣🤣🤣

    BalasPadam
  4. sedapnya ayam balado tu. mkn 1 lauk tu je pon dh ckup. ni tmbh lg dgn ikan, msti lagi sedap

    BalasPadam
  5. kita pun suka ayam goreng balado ..

    BalasPadam
  6. Dapat kerabu pucuk paku dengan ikan goreng punnnn dah sedap dah kak amie

    BalasPadam
  7. kerabu pucuk paku? lom pernah buat lagi

    BalasPadam
  8. Sedap2 belaka
    selamat menjamu selera

    BalasPadam
  9. Ayam berlado memang sedap. Tak pernah tolak walaupun waktu tak ada selera. Menu kering2 macam ni Syu selalu masak untk bekal mkn dlm kereta. Senang, x comot

    BalasPadam
  10. fuh pedas berapi..saya tk bole mkn kalo pedas sgt

    BalasPadam
  11. sedapya kerabu pucuk paku nsemua hidangannya

    BalasPadam
  12. Berangan makan di rumah Kak Amie. Lauk yang jarang dimasak di rumah saya. Hehe.

    BalasPadam
  13. semua menarik
    tergodaaa tgk pucuk paku tu

    BalasPadam
  14. Abe Kie suka menu spt ni. mcm ala-ala selera kampung gitu!

    P.S. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang 'Abam Kie Birthday Giveaway'! Untuk maklumat lanjut sila klik link di bawah. Terima kasih dan harap maklum.

    http://www.zukidin.com/2021/06/keputusan-happy-birthday-giveaway-by.html

    BalasPadam
  15. pucuk paku tu sedapnya..dah lama tak makan pucuk paku..susah nak dapat

    BalasPadam
  16. goreng lada memang sedap kak amie..tambah dengan lauk pucuk paku kan, memang padu..hehe.Alhamdulillah, rezeki :)

    BalasPadam
  17. Dah pedas, berapi lagi tu.. Memang sedap.

    BalasPadam
  18. Ya allah,.menu macam ni la buat makan bertambah- tambah kan kak amie

    BalasPadam
  19. Ikan kering keropok tu sedapnya lawan dengan sambal belacan. Aduhaiiiii kecur tenguk

    BalasPadam
  20. Hati seorang ayah mmg begitu kak. Dia yang call dia suh ibu yang suh tanya.haha

    Sedapnyaaaa lauk niii. Sejak ada budak kecik ni.. semua lauk kite yang jenis xpedas. Huu

    BalasPadam
  21. Wahhh lauk kering2 mcm ni pun sedap sesangat Amie..kerabu pucuk paku tu..ikan kering grg..waduhh

    BalasPadam
  22. Cara saya lain pulak. Masak siang lain makan malam lain sebab suka makan makanan masak fresh dan selera berubah ubah. Tapi kalau malas, sekali masak je untuk 2 meals. Ikut keadaan tapi mostly menu lain lain.

    Kasih ayah, begitulah. Sentiasa fikir keadaan anak anak kalau tak ada depan mata.

    Tiga tiga menu tu favourite saya. Cuma ikan masin keropok tu susah nak dapat. Nak masak pun husband tak makan.

    BalasPadam