Petang kelmarin ada 3 bungkus mee hoon di atas meja bersama timun, bawang besar, kicap dan cili padi. Dalam hati berkata, nampaknya hari-hari kena masak mee hoon, dan sarapan mee hoon. Pagi tadi, awal-awal lagi Encik Suami sudah keluar ke tempat kerja. Tinggallah kami berdua dengan Firdaus di rumah.
Ambil sebungkus mee hoon dan rendam. Sementara menunggu mee hoon lembut, sempat terfikir untuk goreng mee hoon dan buat sedikit mee hoon sup. Jadi, keluarkanlah bebola ayam dan kobis Cina untuk dijadikan aksesori mee hoon sup.
Mee Hoon Goreng & Mee Hoon Sup |
Mee Hoon Sup itu senang sangat Amie buat. Jerang air dan masukkan bebola ayam. Amie hanya tumbuk sedikit lada putih, halia dan bawang putih dan masukkan sekali. Bahan tambahan lain, Amie masukkan hirisan kobis Cina. Kemudian Amie ambil sedikit mee hoon yang sudah direndam (sebab dan goreng), dan masukkan dalam periuk. Perasakan dengan garam / perasa pilihan. Padamkan api dapur. Mee Hoon Sup Bebola Ayam dah siap!
Kalau ada bawang goreng, bolehlah taburkan di atasnya ketika menghidang. Amie hanya ada hirisan daun sup dan daun bawang sahaja. Mee Hoon Sup Bebola Ayam bertambah lazat apabila ditambah dengan kicap lada!
cili kicap tu mmg penambah selera sungguh hehee
BalasPadamsy plak dh kehabisan stok meehoon dh.. weekend ni kena tambah stok lah nmpknya kak
BalasPadamDua-dua sedap.. kena pulak dengan cili kicap. Perghhh terangkat dibuatnya
BalasPadamMeehoon gorwng sambal kicap memang mantop..
BalasPadamTelur ceploknya cantik banget....
wah peberet ni meehoon. Kobis cina tu kobis apa ya bukan kobis biasa ka
BalasPadamSedap..lama x buat bihun sup tu..nanti nak buat laa
BalasPadamMata terpandang pada telur goreng. Cantik digoreng.
BalasPadamRingkas cara masakan bihun.
Telur kuning cair tuuu menggoda sungguh! Hehehe
BalasPadamCantik kejadian telur goreng akak tu
BalasPadamDua dua yummy! Yang penting, cili kicap kena ada :)
BalasPadamdua2 meehoon ni sedapppppp!
BalasPadamsedapnya. ada bihun grg dan supp. msti daus happy bleh mkn 2-2
BalasPadamMenu simple tp sedappp. Kalau harraz dh besar boleh masak mcm2
BalasPadamBanyak beli meehoon tu tandanya kena selalu masak meehoon lah pasni. senang cara kak amie masak meehoon sup tu. Meehoon goreng tu sedap tambah ada cili pulak tu. Lagilah sedap makan ada rasa extra sedap :)
BalasPadamsedapnyaa
BalasPadammakan dgn keropok keping lg sedap kan