Jom makan nasi lauk Sotong Kering Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas. Bubuh kuah banyak-banyak atas nasi sampai banjir... ahaks! Sediakan segelas air suam-suam panas. Kalau rasa pedas sangat, minum seteguk dua dan teruskan suap nasi. Peluh pun akan merecik di dahi. Dan jaga-jaga juga kalau tanpa disedari keluar air dari hidung. Ambil tisu atau tuala kecil, terus lap! Sambung makan lagi.
Amie rendam sotong kering semalaman dengan air abu. Kemudian cuci bersih dan rebus sehingga empuk. Tapis dan bilas sekali lagi sebelum dipotong-potong dan diolah ikut resipi masakan yang digemari. Oleh kerana hampir setiap hari ada bekalan nanas masak, dan ada yang rajin kupas jadi Amie ambil kesempatan ambil sedikit untuk ditambah dalam masakan lemak cili padi sotong kering. Amie suka gunakan nanas masak dalam masakan. Walaupun rasa manis tetapi tetap juga ada rasa masamnya walaupun sedikit. Jika inginkan lebih rasa masam, bolehlah tambahkan asam gelugor.
Sotong Kering Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas. |
Encik Suami bawa pulang cili padi. Katanya, bukan cili padi beli tapi ada pekerja pembersihan bagi. Suka sangatlah kita sebab cili padi yang baru dipetik ini nampak segar belaka. Apalagi! Sotong kering yang direndam sudah mengembang, jadi dengan kedatangan cili padi yang cantik-cantik ini kita carikan temannya iaitu kunyit hidup dan serai!
Kali ini memang Amie nak masak lemak kuah pedas menyengat! Ditambah nanas masak.... perggghhhh!
Bahan-bahan:
- 3 ekor sotong kering saiz sederhana - rendam dengan air abu semalaman - cuci bersih - rebus hingga lembut - toskan - bilas - hiris ikut saiz yang disukai
- 500 gram kepingan isi nanas masak
- 2 keping asam gelugor -optional (kalau nanas cukup keluarkan rasa masam, tak perlu masukkan asam gelugor)
- 2 batang serai - diketuk
- 250 ml pati santan
- 500 ml air
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
- 35 tangkai cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 4 cm kunyit hidup
Cara memasak:
- Masukkan air di dalam periuk dan jerang di atas api dapur.
- Kemudian masukkan bahan kisar, nanas, sotong dan serai.
- Setelah mendidih, masukkan asam gelugor. Biarkan masakan sehingga nanas layu.
- Seterusnya tuangkan santan pekat, diikuti dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Kacau selalu sehingga kuah mendidih.
- Keluarkan asam gelugor, dan padamkan api dapur.
Oh,belum pernah cuba nanas dimasak dengam sotong.Nampak sedap.Cili padi tu geramnya ....
BalasPadamMusim PKP ni memang masak saja apa yang boleh dimasak. Asalkan boleh dimakan, kira menjadilah masakan tu hihihiiii.
Padamoh masak style rebus ya...tak yah tumis...sedapnya ada nenas\
BalasPadamTumis dulu pun boleh. Lagilah wangi bahan perencahnya.
PadamNampak macam besar sotong kering tu Amie, tebal plak dagingnya. Teringat dalam peti sejuk kita memang banyak sotong kering, selalu lepas rendam air abu, kita tos terus masak, patutlah sotong kita liat liut, hehe
BalasPadamDulu pun saya masak tak payah rebus dulu. Hasilnya memang liat liut macam getah hahahahaa. Lepas tu cuba rebus hingga empuk, barulah diolah ikut resepi kegemaran. Masalahnya bila dah lembut, macam tak cukup pulak meratahnya hihihiiii.
Padambaru tahu kena rendam dengan air abu yea..
BalasPadamYa, nak bagi kembang sotong tu.
PadamBaru first time tgok ni Kak Amie...biasa SA masak sotong kering untuk sambal nasi lemak..nampak sedap la...boleh cuba nanti ni
BalasPadamYa, biasanya begitulah. Memang sedap sambal sotong kering, lagilah kalau sotong lembut, rasa nak ratah saja.
PadamMerecik air peluh makan.
BalasPadamJarang sotong kering buat masak lemak selalu buat sambal.
Resipi musim PKP ni. Memang selalu buat sambal saja.
Padampeminat sotong mesti suka ni
BalasPadammcm en suami sy
Ya betul tu. Yang penting masakan sedap mesti suka punya.
PadamCCL selalu masak sotong kering buat sambal je . Tak pernah lgi cuba menu ni . Next time boleh laa cuba
BalasPadamSesekali tukar cara masakan memang ada kelainan. Pada kami memang sedaplah masakan lemak cili padi begini.
PadamNi sekali makan, memang menambah! Dari jauhh dah nampakkk sedappp!
BalasPadamMemang menambah-nambah ni. Sedap!
PadamSedap ni kak, dana suka kalau msk lemak cili api boh nenas
BalasPadamMasak lemak cili padi memang buka selera!
Padamuihh ni cili kampung kan kak Amie..pedas kak..shida cnfrm x tahan kalau guna cili ni ^_^
BalasPadamCili padi kampung apabila bertemu dengan santan segar, kurang rasa pedasnya.
PadamSuka sotong kering masak sambal.
BalasPadamYa, masing-masing ada citarasa sendiri sebab selera tak sama.
PadamIni first time saya tengok sotong kering diolah buat masak lemak cili padi. Digabung dengan nanas pula tu... memang menyelerakan!
BalasPadamwowww sedapnyaaa. adakah sy kene beli sotong kering nii. hikhik
BalasPadamsedapnya nmpk msk lemak cili padi ni..
BalasPadamTak pernah masak atau mkn sotong masak lemak hehehe kalau ayam tu pernah la
BalasPadamTak pernah makan sotong kering masak lemak campur nanas. Sedap masakan bila guna cili api fresh baru dipetik.
BalasPadam