Selamat petang semua. Dalam suasana PKP ini, tak bolehlah terlalu banyak songel nak makan itu dan ini. Apa yang ada itulah patut disyukuri. Oleh kerana pergerakan terhad, dan lebih baik duduk di rumah saja jadi bekalan makanan yang ada janganlah dibazirkan. Dalam seminggu mungkin 3 atau 4 kali makan dari bahan yang sama. Kalau ada pisang, kelmarin buat pengat pisang, hari ini buat pisang goreng dan esoknya mungkin boleh buat sira pisang. Kelmarin rebus jagung, hari ini buat perkedel jagung, mungkin esoknya boleh buat bubur jagung pula. Haaaa.... betul tak?
Lempeng ubi kayu campur kelapa parut ini Amie temankan dengan sambal tumis bawang. Amie tak ada ikan bilis, jadi gantikan dengan sedikit belacan saja. Sedaplah juga rasanya. Makan lempeng ubi kayu dan minum kopi ini teringat zaman purbakala sewaktu ke kebun atau menoreh getah. Inilah makanan orang kampung kami. Kalau bawa bekal lempeng ubi, mesti ada kopi hitam! Terbayang-bayang Bonda di dapur dengan cahaya pelita minyak tanah sedang memarut ubi dan kelapa. Kemudian melempeng dalam kuali atas dapur kayu api!
Lempeng Ubi Kayu, Kopi Cap Kuda Terbang dan Sambal Tumis Bawang |
- 2 cawan ubi kayu parut
- 1 cawan kelapa parut
- 1 sudu besar gula pasir
- garam secukup rasa
- sedikit minyak
- Letakkan kuali di atas dapur. Gunakan api kecil. Oles minyak di atas kuali.
- Masukkan adunan ubi kayu mengikut sukatan yang dikehendaki dan ratakannya.
- Terbalikkan lempeng supaya kedua-dua belah masak sekata. Jika suka lempeng yang garing, tambahkan masa lempeng di atas kuali sehingga lempeng kelihatan kuning keemasan.
- Angkat dan hidangkan bersama sambal tumis dan kopi panas.
Travelog Backpack Jejak AVATAR di China. |
Sedapnyaaaaa..esok nak melempeng la...nak buat sambal sardin jugak...cicah sambal sardin kan...
BalasPadamSyoknya banyak ubi kayu....
BalasPadamTry buat bengkang ubi dalam air fryer la cikgu.Semalam tengok Adah buat burn cheese cake dalam air fryer.Saya macam nak try buat bengkang la dalam air fryer.Cikgu cuba la dulu.Nanti saya follow...hihihi
Tak pernah makan lempeng ubi. Tapi, mesti sedap.
BalasPadamAkak baru buat lempeng kelapa ja cicah kuah kari..ubi kayu tak pernah cuba lagi
BalasPadamHehe rajin Puan Amie mempelbagaikan masakan untuk bahan yang ada maka tidak jemu makan.
BalasPadamBetullah tu, Kak Amie.. memang kalau ada satu bahan asas, macam2 menu yang keluar nanti, seminggu makan jagung, seminggu ubi, hihi.
BalasPadamTapi lempeng ngan kopi tu betul2 memanggil2
Sedap ni . Ni antara menu wajib bila balik kampung
BalasPadamKalau barang dah simpan dan susah nak ambil tu memang rasa malas betul nak keluarkan. Nampaknya kena rajinkan olah makan. Betul kak Amie, musim sekarang makan apa yang ada je. Bersyukur masih ada rezeki. Mujur jugalah Firdaus tak memilih sangat makan. Ikut taste mommy. Orang dulu memang sukakan Kopi O pekat. saya suka kopi pun sebab dulu nenek selalu hidangkan Kopi O. Sedap juga diolahkan ubi kayu jadi lempeng.
BalasPadamSedappppnyaa lempeng, tapi lempeng ubi tak pernah makannn hehehe. Biasa makan lempeng kosong atau lempeng nyior.
BalasPadamSaya pun kurang rajin nak masak kalau kena guna oven. Nak tunggu panas lagi. Oven tu guna setahun sekali time buat kuih raya je
BalasPadamLempeng tuu nampak sedapp.. tapi kat uma nadya ada kelapa jaaa. Kene buat nii ptg nii. Hehe
BalasPadamhahaha ingatkan minum kopi terbang rasa nak terbang rupanya basah kuyup dengan peluh. hehehehe
BalasPadamOrang dulu2 memang suka kopi apa lagi kopi kampung. Pekat likat manisnya. Kalau tak pekat kopi cair memang kena marah lah dengan aruah mak. Aruah bapak suka minum kopi bila malam sebelum tidur layan radio siaran singapura. Cerita seram pulak tu sambil dengar sambil tarik bantal takut. hehehe kenangan tu
BalasPadam