Pages

Khamis, 10 Jun 2021

Ikan Cencaru Panggang Sumbat Kelapa

Sebagai penghargaan kepada Encik Suami yang bersusah payah cari kelapa di kampung dan mesin kelapa 4 biji, tengahari tadi Amie panggang ikan cencaru sumbat kelapa. Sudah tumbuk cili merah, bawang putih dan bawang merah dan kelapa, terlupa pula nak masukkan hirisan serai. Tak masukkan pun tak jadi masalah, tapi sebab sudah dihiris jadi gaul sajalah dengan semua bahan yang lain. Oleh kerana serai dihiris halus dan ayu-ayu, apabila dimakan tidaklah terasa kasar tetapi sedaplah pula mengunyahnya!

Ikan Cencari Panggang Sumbat Kelapa.

Hidangan Makan Tengahari : Ikan Cencaru Panggang Sumbat Kelapa, Tongkeng Ayam Goreng Tepung Bestari & Pucuk Paku Tumis Belacan dengan Udang.


Tongkeng Ayam Goreng Salut Tepung Bestari.


Pucuk Paku Tumis Belacan dengan Udang.

Apabila ditumis, pucuk paku jadi kecut dan tinggal seco'et. Jadi Amie tambahkan air untuk dijadikan kuah. Firdaus suka mencari kuah sewaktu makan nasi. 


Bahan-bahan untuk Ikan Cencaru Panggang Sumbat Kelapa:
  • 1 ekor ikan cencaru saiz sederhana besar - belah bahagian belakang - bersihkan
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 biji cili merah - buang biji
  • 3 biji cili padi 
  • 1 helai daun kunyit muda - hiris halus
  • 1 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil belacan
  • 1/2 sudu kecil pati asam jawa
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara:
  1. Tumbuk cili merah, serai, belacan, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.
  2. Masukkan kelapa parut, serbuk kunyit, asam jawa, garam / gula / perasa pilihan dalam lesung dan tumbuk lagi tetapi jangan sampai kelapa parut hancur.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daun kunyit dan gaul sebati.
  4. Masukkan bahan tadi ke dalam  belakang ikan cencaru.
  5. Lumur sedikit garam pada ikan cencaru.
  6. Boleh panggang atau goreng. Amie suka panggang.

15 ulasan:

  1. Sedapnya ikan cencaru panggang sumbat kelapa. Lama gak tak makan pucuk paku. Susah betul nak jumpa pucuk paku. Mesti Fuad tergoda tengok tongkeng ayam tu. Favourite dia kan.

    BalasPadam
  2. Dah lama tak buat ikan caru sumbat kelapa.. malas nak membuatnya hehehe... sedapnya tongkeng grg ranggup tu

    BalasPadam
  3. Ikan cencaru asal antara ikan kegemaran saya. Buat sumbat kelapa, bertambah sedap.

    BalasPadam
  4. Biasa dok buat cencaru sumbat cili ja...rajin betul Amie

    BalasPadam
  5. Tongkeng ayam tu sukanya saya ...
    Dapat meratah berminyak-minyak mulut..lemak...sedapnya

    BalasPadam
  6. SEDAPNYA MASAKAN MRSA HIDANGAN DLM NYIRU LAGI KLASIK TU

    BalasPadam
  7. Saya kalau dapat ikan ni memang kena tambah nasi..sedap ni kak amie..tp ank sy tak reti makan tu kdg malas nk buat.

    BalasPadam
  8. Menariknya tengok seni fotografi ni... bertambah terliur tengok makanan ni semua.. As singgah sini dan follow. Jemput follow blog As ya...

    BalasPadam
  9. Wahhh.. memang sy berangan-angan nak masak ikan caru ni, Kak Amie

    BalasPadam
  10. Dulu kat asrama femes ikan jaket sebab tak buang kulit dia. Tapi kalau goreng garing2 apa lagi di buat cencaru sumbat kelapa perghhhh menambah2 ni layan dengan sambal belacan.

    BalasPadam
  11. Sedapnya! Suka ikan cencaru sumbat. :)

    BalasPadam
  12. Sedappnya tongkeng ayam tuuuu, memang favorite!

    BalasPadam
  13. SA suka jugak bakar dan goreng ikan cencaru..biasa buat goreng kunyit hidup ngan bawang putih kalau belah belakang suka sambal merah tu...kelapapun suka gak tapi x pandai buat...hahaha

    BalasPadam
  14. Kalau rumah saya ikan cemcaru sumbat sambal.
    Sedap hidangan Puan Amie.

    BalasPadam
  15. Woww. Sedap. Boleh try resepi 😁

    BalasPadam