Pages

Isnin, 28 Jun 2021

Pulut Kukus & The Gang : Serawa Kuini, Kelapa Parut, Ikan Masin & Kopi Cap Lampu

Lepas solat Subuh terus masuk dapur. Encik Suami tegur : Awal bangun pagi ini? Iyolah. Kita nak berBDR pukul 7 pagi nanti. Kali ini perlu lebih masa sedikit untuk sediakan sarapan pagi. Di luar hujan masih renyai-renyai. Sejuk!

Sudah siap sediakan sarapan, minta Firdaus panggil Encik Suami ke dapur.

Bau apa ni? Macam bau durianlah, kata Encik Suami.

Durian apanya? Bau serawa kuini tu!

Pagi-pagi lagi kami bertiga duduk bersarapan di meja, mengadap pulut kukus & the gang:

  • Pulut Kukus
  • Serawa Kuini
  • Ikan Masin Goreng
  • Kelapa Parut
  • Kopi Cap Lampu


Kopi Cap Lampu itu baki pembahagian bakul makanan sewaktu PKPD bulam Mei lepas.

Serawa Kuini

Pulut Kukus

Jom jamah pulut kukus cecah serawa kuini. Bismillah.

Ikan basung (selayang) masin dan ikan (?)

Selain serawa kuini, Amie goreng ikan masin. Dua hari lepas masuk pasar ikan masin. Beli ikan masin dan udang kering. Peniaga ikan masin masukkan 5 ekor ikan masin tambahan. Amie tanya ikan apa tu? Ikan masin basung (selayang). Sedap ni. Kamu goreng lepas tu perahkan limau, makan dengan nasi, kata peniaga ikan masin. 
Terima kasih banyak!
Pagi ini Amie goreng dan makan dengan pulut kukus.
Ya ampunuuunn!
Very very sodap!

Kelapa parut & secubit garam.

Sudah ada serawa kuini dan ikan masin goreng, kelapa parut dilupa jangan!


Sementara menunggu pulut kukus masak, mari kita buat serawa kuini. Amie gunakan dua biji kuini, dan dua sudu besar gula pasir. Santannya pula, kisar 1/2 biji kelapa parut dengan 400 ml air.Bubuh secubit garam untuk rasa lebih lemak-lemak manis.

Bahan-bahan:
  • 2 biji kuini - kupas kulit - cincang /potong ikut suka
  • 400 ml santan dari 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu besar gula pasir - boleh tambah / kurang
  • secubit garam
Cara memasak:
  1. Masukkan santan, gula pasir dan kuini ke dalam periuk.
  2. Jerang di atas api perlahan hingga mendidih dan gula larut. Kacau selalu.
  3. Tambahkan garam.
  4. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.


18 ulasan:

  1. Wahhh.. kita tak pernah masak Serawa Kuini tu.. mesti lebih sedap makan pulut serawa kuini jika dibanding Pulut Mangga, kan.

    Tapi, kalau diberi pilih, sy pilih makan pulut dengan kelapa, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sementara menunggu musim durian di Borneo (penghujung muasim durian di Malaya nanti), berserawa dengan kuinilah dulu hihihiiii.

      Padam
  2. sedap tu pulut kukus ngan serawa durian

    BalasPadam
  3. Sedapnya Kak Amie buat serawa kuini tu.. Susah nak jumpa Kuini kat sini.. hehehe..
    Sha tak pernah makan serawa tu dengan pulut.. Selalu makan serawa je.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Sha. Kalau tak ada pulut saya makan serawa dengan lempeng heheheee.

      Padam
    2. dengan lempeng pun boleh ye Kak Amie.. Menarik..

      Padam
  4. Kreatif Puan Amie buat serawa pula buah kuini. Pertama kali tahu boleh buat serawa. Selamat menunggu buah durian pula ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan tiba jua musim durian di Borneo.

      Padam
  5. Terliur saya, Amie. Sedapnya, pulut! :D

    BalasPadam
  6. Wah,memang macam serawa durian la....belum pwrnah try ni..

    Ikan masin basung tu selalu nampak dalam group open order barangan dari Indonesia.Tapi tak pernah pula cuba order.Boleh try la pasni..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laku keras serawa kuini tu. Kita nak ulang makan pun tak dapat! Ada orang habiskan dulu.
      Tak tahulah sama atau tidak ikan basung tu dengan yang Indonesia punya. Rasa ikan yang saya makan ni ada asam-asam sikit, sedap.

      Padam
  7. kuini pon bole buat serawa ye, selama ni asik makan serawa durian jer. semalam ada rezeki saya makan pulut dengan serawa durian..

    BalasPadam
  8. Waahh Serawa kuinin. Pertama kali tengok. Menarik jugak dibuat serawa ye makan dengan pulut. Ada ikan masin ada kelapa parut bergaram, berselera betul peminat pulut kalau makan.

    BalasPadam
  9. First time tengok serawa kuini, biasa dengar serawa durian ajeeee. Sedapppnyaa pulut makan dengan kelapa pastu ikannnnnn.

    BalasPadam
  10. Wah sedapnyaaa kak.. tetiba rindu nak makan serawa durian pulak 😆

    BalasPadam
  11. Pulut makan dgn durian memang best tp kena pantang pulut hehehe

    BalasPadam