Hari ini Firdaus ada temu janji dengan doktor gigi lagi. Dua hari lepas, gigi kacip kedua di bahagian rahang bawah sudah kena cabut. Sepatutnya cabut sebatang lagi gigi kacip kedua di bahagian rahang bawah sebelah kanannya juga. Firdaus tidak mahu. Encik Suami kata Firdaus sudah berjanji dengan doktor gigi untuk cabut giginya pada hari yang lain.
Kelmarin Encik Suami hubungi petugas klinik gigi untuk buat temu janji lagi yang dijadualkan pada hari ini, Rabu pukul 11 pagi.
Pada masa yang sama diumumkan Taman Seri Perdana dikenakan PKPD bermula 9 - 22 Jun 2021. Bermakna bermula pada hari ini. Setelah menghubungi pihak klinik sekali lagi untuk kepastian sebab klinik gigi tersebut berada di kawasan Bandar Seri Perdana, Encik Suami kata boleh lepas SJR untuk ke sana.
Jadi, sebaik sahaja kedua beranak ini meninggalkan rumah Amie pun cepat-cepat masuk dapur dan masak bubur nasi tambah jagung krim dan juga hirisan isi ayam. Amie tak bubuh banyak perencah kecuali halia dan bawang putih cincang saja. Malam tadi Firdaus berpesan supaya Amie masak bubur untuknya. Selepas balik dari cabut gigi, bolehlah makan bubur katanya.
Nanti sempatlah bubur sejuk sedikit, dan bolehlah Firdaus makan. Maklumlah 2 batang gigi sudah hilang!
|
Bubur Nasi Jagung Campur Isi Ayam |
Seperti dua hari sebelumnya, Encik Suami lambat sampai ke rumah. Jam menghampiri pukul 2 petang. Bubur pun sudah sejuk. Kali ini Amie tak telefon Encik Suami. Amie bersangka baik mungkin berlaku kesesakan jalan raya di Bandar Seri Perdana memandangkan mesej bergambar kawan-kawan menunjukkan kenderaan bersusun di bulatan Seri Perdana.
Tidak lama kemudian Encik Suami pun sampai. Amie sambut dua beranak di depan pintu.
"Kena saman RM650," beritahu Encik Suami. Penutup mukanya belum dibuka.
"Saman?"
Terus dalam kepala memikirkan tentu disaman sebab bawa Firdaus, budak kecil melalui kawasan PKPD.
Tapi kenapa RM650 pula?
Amie tak bertanya lagi sebaliknya menunjukkan kepada Firdaus semangkuk bubur nasi jagung yang sudah sejuk. Melihat mangkuk berisi bubur tiba-tiba Firdaus hentakkan kaki.
"Mana ais krim? Mana ais krim Daus?" Berteriak pula budak kecil ini sambil menangis.
"Kenapa nak makan ais krim? Bukankah Daus minta Mommy masak bubur?"
"Tadi dah janji nak bagi aiskrim," katanya lagi sambil menyapu air mata.
"Mana ais krimnya?" Amie bertanya kepada Encik Suami pula. Mungkin mereka singgah di kedai untuk beli aiskrim. Mungkin Encik Suami pula telah berjanji membelikannya ais krim.
"Mana ada ais krim," balas Encik Suami pula.
"Tadi doktor bilang mau bagi aiskrim," Firdaus menyampuk.
"Doktor belikan ais krimkah?" Amie semakin bingung.
"Oooohhh! Doktor bilang lepas cabut gigi bolehlah makan aiskrim. Bukannya doktor belikan ais krim," jawab Encik Suami.
"Laaaa.... bukannya doktor belikan adik ais krim. Doktor bilang lepas cabut gigi bolehlah makan ais krim," Amie terangkan kembali kepada budak kecil ini.
"Ooooo begitukah?" Tanya Firdaus kembali.
"Haaa... Daus salah dengar. Mari makan bubur," Amie memujuk.
Ketika Firdaus makan bubur Amie mengambil kertas 'saman' yang Encik Suami letakkan di atas meja.
Ini rupanya bayaran 'saman' yang dikenakan tadi.
Rupanya Encik Suami meneruskan rawatan giginya. Ada dua tunggul gigi yang dicabut, dan 3 batang gigi yang ditampal. Ditambah RM50 untuk bayaran cabut gigi Firdaus, menjadikan jumlahnya sebanyak RM649.00.
Ini pula resit bayaran rawatan pergigian 2 hari lepas. Bayaran untuk rawatan gigi Encik Suami sebanyak RM270.00 manakala Firdaus pula dikenakan sebanyak RM80.00. Apabila dicampurkan kedua-duanya berjumlah RM999.00. Cantik pula jumlahnya.
Adui, suami kak Amie bergurau pulak. Ingat betulla kena kompaun. Saya pun lepas cabut gigi dentist pesan makan ais krim, katanya bagus untuk cepat bekukan darah kat tempat cabut. Get well soon Firdaus
BalasPadamwah tak tahu kak amie letak jagung krim tu menarik je tengok..
BalasPadamkalau tak silap company tanggung kan klo kos dental tapi ada limit..ish saya pon nk buat scaling la..tahun ji tak buat lagi
Gulp!
BalasPadamTelan air liur tengok "saman"..
Itu nak buang gigi.Kalau nak tanam gigi lagi la riban-riban.Tapi kalau sakit gigi,rasanya itulah sakit yang paling sakit pernah dirasa.
Semoga Daus dapat makan ais krim lepas ni.Abang Farit pun boleh order lori Nestle boleh hantar terus ke rumah kan..hahaha boleh buat kenduri 1 taman
Ingatkan kena saman betul
BalasPadamRupanya bil rawatan gigi.
mahal juga ek.
Ingatkan saman lalulintas tadi rupanya rawatan gigi hahaha.
BalasPadamMahal jugak ye rawatan gigi tapi berbaloi la banyak benda yang dirawat kan.
Untung orang kena cabut gigi, hari-hari makan sedap. Hihi
BalasPadamRajinnya melawat doktor gigi. Hehe aduh banyak kena cabut.
BalasPadamBelum apa apa dia dah request siap siap. Salah faham pulak Daus, Mujur makan pujuk. Lahh ingatkan saman apa tadi. Boleh tahan harga rawatan tu. Tapi okaylah gigi pun dah okay.
BalasPadamsusu omega 3
BalasPadamsusu tepung rendah lemak
jenama susu
waktu sesuai minum susu
Aduhai..dekat seribu rawatan gigi..SA belum guna lagi elaun gigi tahun ni...tahun lepas guna RM40 je itupun rawatan pergigian utk abah..aduhai...kena pergi scaling ni..rugi kalau x claim
BalasPadamFuh..harga.. Rawatan gigi memang mcm tu. Nak tampal je pun dah berapa dah sekarang ni kalau di swasta..
BalasPadamhaha comel je firdaus. trus nk mkn ais krim lps cabut gigi.
BalasPadamkak amie ada resipi bubur jagung? nmpk sedap, mcm nak try buat..
BalasPadam