Pages

Selasa, 18 Mei 2021

Sate Ayam Oh Ayam!

Setiap kali menjelang Aidil Fitri, rumah wajib dikunjungi ialah rumah Mak Ana, salah seorang keluarga terdekat Encik Suami. Kalau kami tak datang, Mak Ana akan telefon dan mengingatkan kami bahawa hidangan sate sudah tersedia. Begitulah Mak Ana dan Pak Ana suami isteri menjamu selera kami di pagi hari raya saban tahun. Hidangan wajib ialah sate, sama ada sate ayam atau sate rusa. Kalau kami tidak beraya di Malaya memang kami akan berkunjung ziarah ke rumah Mak Ana.

Syawal kali ini kami teragak-agak untuk datang kerana SOP yang perlu dipatuhi. Bagaimana pun setelah anak buah telefon Mak Ana, kami dijemput datang tetapi tidak boleh sekaligus datang beramai-ramai seperti kebiasaannya.

Rupanya hanya Mak Ana dan Pak Ana sahaja ada di rumah. Semua anak menantu dan cucu tidak boleh rentas daerah, dan tidak dapat berhari raya bersama. (Panggilan Mak Ana dan Pak Ana merujuk kepada nama anak sulung mereka.) Dalam masyarakat Cocos, panggilan ibu bapa merujuk kepada panggilan nama anak pertama. Misalnya Amie dan Encik Suami akan kehilangan nama sendiri. Orang kampung akan panggil kami Pak Farid (Encik Suami) dan Mak Farid (Amie), merujuk nama Abang Farid sebagai anak sulung.

Walaupun menyambut Aidil Fitri tanpa kehadiran anak-anak, namun Mak Ana dan Pak Ana tetap membuat persediaan untuk menyambut tetamu. Seperti biasa, kami dijamu dengan sate yang baru diangkat dari tempat pembakaran. Kali ini kami makan sate ayam. Dan seperti biasa juga, rebut-merebut sate pun berlaku di antara kami sambil ditertawakan Mak Ana! Kami berebut sate bukan disebabkan sate tidak banyak, tetapi sekadar untuk seronok-seronok sahaja. Mak Ana akan jamu kami makan sate sampai kenyang. Berkali-kali pinggan sate ditambah dengan sate yang masih panas sekiranya berkurangan atau habis.


Firdaus pula sebaik sahaja turun dari kereta, terus mengejar ayam peliharaan Mak Ana dan Pak Ana! Tidak cukup kejar ayam, kucing dan itik pun jadi mangsa Firdaus!


Firdaus sedang memujuk ayam yang menyembunyikan diri supaya keluar dari celah-celah pasu bunga di halaman rumah Mak Ana.

Sementara itu di tingkat atas pula, masing-masing berebut sate ayam yang masih panas!
Beginilah suasananya setiap tahun.... ahaks! Walaupun selalu makan sate tapi sate hasil air tangan Mak Ana tetap rasa sangat enak! Tidak kiralah sate ayam atau sate rusa, semuanya sedap belaka. Makan sate tanpa kuah kacang pun sudah cukup lazat.


Sambil makan sate sambil mata berkeliling memerhatikan pergerakan Firdaus di halaman rumah.

Firdaus bukan peduli orang lain makan sate!


Dik!
Mari makan sate!


Sekarang Firdaus beralih pula ke belakang rumah mengikut pergerakan ayam-ayam tadi.

Laju jew dia lari mengejar ayam!


Haaaah! Kenapa tu dik?


Kan sudah kena kejar ayam jantan! Kelam-kabut lari sambil pegang songkok!


Sudahlah dik!
Mari naik makan sate!


Nampaknya Firdaus tak makan pujuk dengan sate!


Dia tetap nak pegang ayam, nak main dengan ayam!


Okey dik!
Kamu mainlah dengan ayam.
Mommy nak makan sate ayam.

Sate Ayam Mak Ana.

17 ulasan:

  1. Rasanya dari bulan puasa lagi tak merasa makanan sate.. ����

    BalasPadam
  2. Haha hero pun lari kena kejar ayam jantan

    BalasPadam
  3. Sedapnya sate homemade panas-panas...

    Kat kampung saya juga ada panggilan ikut nama anak sulung macam masyarakat Cocos jugak la cikgu,kerana ada sejarahnya.Tapi hanya 1 generasi sahaja

    BalasPadam
  4. nampak menyelerakan sungguh sate tu.. nak plak panas2 ...memang dap la kan

    selamat hari raya!

    BalasPadam
  5. main2 dgn ayam di hari raya seronok juga kan daus

    BalasPadam
  6. Sedapnya sate…
    Ya Allah, terhibur saya baca kisah Firdaus dengan ayam, kak😊

    BalasPadam
  7. Kah kah kah.. tergelak tengok Firdaus lari sambil pegang songkok. Rambut pun dah serabai dibuatnya, hahahha. Sanggup tak makan sate demi mengejar ayam. Mungkin sate bukan makanan kegemaran Firdaus atau dia sudah kenyang.

    BalasPadam
  8. mula-mula dana ingat nama macik tu Ana tapi kenapa suaminya pun pak Ana, nasibla akak beritahu sebabnya hehehe...

    sudahla satay panas-panas lagi mesti sedap makan ya kak, mesti berpeluh-peluh Daus mengejar ayam tu, mujur la Mak Ana takde bela angsa, kalau tidak habisla kene kejar Daus tu heheheh...

    BalasPadam
  9. tak pernah lagi beraya rumah org dijamu sate. kene pi umah mak ana la nampaknye.. hehe

    BalasPadam
  10. Raya ni tak jumpa lagi satay ayam dan daging..alahai..terus teringin pulak ni...

    BalasPadam
  11. Sedapnya sate rusa. Lama tak makan daging rusa. Daging premium tu. Untung beraya dapat makan sate. Ya ampunnnn daus. seronok kejar ayam, kelakar lak kena kejar dengan ayam. tak putus asa dengan ayam tu. Dia punya seronok, memang tak makan pujuk makan sate pun.

    BalasPadam
  12. sedapnya sate!!!

    hati2 firdaus jgn terkejar anak ayam dgn ibu dia.. habis nnt hehehe

    BalasPadam
  13. wahhh, sedapnyaaaa satey tuu :)

    BalasPadam
  14. Takutnyaaa kalau kena kejar dengan ayammmmmmm >.<

    BalasPadam
  15. Garang juga yek, ayam jantan. Hehe..
    Sedapnya sate. Feveret saya, tu, sate. Nyum nyum.. ^_^

    BalasPadam
  16. sedapnya sate ayam. besar2 sate tu.

    semangat firdaus kejar ayam. last2 dia yg kena kejar haha

    BalasPadam