Pages

Selasa, 18 Mei 2021

Taman Firdaus

Ada sedikit ruang bertanah di penjuru halaman rumah. Sempena kelahiran Firdaus, Encik Suami menamakannya sebagai Taman Firdaus. Di sinilah tempat Firdaus mencari belalang dan melihat rama-rama serta burung-burung kecil yang datang menghisap madu bunga. Kadang-kadang apabila cuaca redup di sebelah petang, kami minum-minum di sini.

Firdaus di Taman Firdaus

Pagi tadi, setelah selesai membuat latihan PDPR Sekolah Agama, Firdaus duduk di tamannya. Suka sangat dia melihat seekor rama-rama hitam hingga di ranting pokok mata kucing Brazil.


Ada pelbagai jenis pokok bunga pasu yang ditanam Encik Suami,



Bunga pokok akar dani sedang rancak berkembang.
Sebahagian bunganya berada di dalam pagar dan sebahagian lagi terjuntai di luar pagar.


Bunganya yang berkelopak kecil dengan warna merah menyerlah menambahkan seri Taman Firdaus.


Kadang-kadang kami terlihat orang yang lalu lalang berhenti di tepi pagar rumah kami untuk bergambar.


Di belakang tempat Firdaus duduk, ada sepohon pokok mata kucing Brazil dan di sebelahnya pula pokok epal bidara yang baru ditebang sudah merimbun semula.



Pokok mata kucing Brazil sudah mula berbunga. Ada beberapa putik buah sudah muncul.

Pokok epal bidara pun sudah mula berbunga.
                       

Buah kelapa sudah keluarkan tunas.
Kata Encik Suami, pokok kelapa ini akan dibuat bonsai. 


Seterusnya Amie belanja gambar bonus ( atas dan bawah).
Firdaus pun ikut ambil gambar gunakan HP.


Dulu, Firdaus bergambar dengan buah mangga udang. Sekarang Firdaus pula yang ambil gambar mangga.  Oppss! Pokok mangga ini di tepi dapur, bukan di Taman Firdaus.                      

16 ulasan:

  1. Taman Syurga... beruntung Firdaus ada taman sendiri. Kalau Sk lalu tepi rumah Amie pun, rasanya nak juga bergambar di tepi pohon yang berjuntaian tu

    BalasPadam
  2. Taman Firdaus, terus mengingatkan saya taman Firdausi taman syurga. Firdaus ada taman sendiri, kenangan dah besar nanti tempat dia bermain. Wahh siap ada orang bergambar lagi. Hot spot ambil gambar tu. Cantik dengan adanya pokok dani dan pagar cantik :)

    BalasPadam
  3. Sesuai... ada Firdaus merata-rata... hehehe

    BalasPadam
  4. Anak bongsu memang menjadi cemburu anak-anak lain kan ....hihihi
    Semoga kita semua ditempatkan dalam syurga Firdausi ......

    BalasPadam
  5. Saya pun suka bercucuk tanam an hijau di hadapan rumah. Di belakang tanam pokok buah-buahan..

    BalasPadam
  6. Taman Firdaus, ada Firdaus..haha..seronoknya ada taman boleh lepak petang-petang kak :)

    BalasPadam
  7. subhanallah..cantik & meriahnya taman firdaus. bunga pun cantik, buah2 pun menjadi..alhamdulillah. seronok melayan ni...

    BalasPadam
  8. Cantik Taman Firdaus, Kak Amie. Seronok ada port tenang begini boleh rehatkan minda 😊

    BalasPadam
  9. cantik taman firdaus nih... pokok akar dani tu dahla cantik wangi pula ya kak.... patut la ada yang nak bergambar

    BalasPadam
  10. seronok ade rumah atas tanah ni. boleh tanam macam2..

    BalasPadam
  11. Geram plak tengok buah mangga tu ha...dah tua dan boleh petik dah tu kak amie...dulu nak sangat tanam pokok mangga depan rumah...tapi tu la tanah sekangkang kera kan..lagipun anti kalau opok besar akar akan pecahkan porch plak...

    BalasPadam
  12. firdaus ada tanam pokok apa kat situ? hehehe...

    geram je tgk mangga tu

    BalasPadam
  13. wah seronoknyaa Firdaus.. siap ada taman tuu.. cantik pulak tuu :)

    BalasPadam
  14. Wahhhhh siap ada taman sendiri lagi firdaus. Taman firdaus. Cantikkkkk tamannya.

    BalasPadam