Hari ini Syawal ke-7. Seminggu lamanya Fairuz tidak ke Kota Kinabalu bersama abang-abang sepupunya menghantar ikan. Bekalan ikan tidak diperolehi. Maklumlah nelayan pun hendak menyambut hari raya juga. Pada masa yang sama, Fairuz membantu abang sepupunya mencuci kereta pula. Katanya, banyak sangat pemilik kereta datang untuk cuci kereta sebelum menjelang hari raya, jadi terpaksalah tambah tenaga kerja. Rupanya beberapa hari selepas hari raya, masih banyak pelanggan datang untuk cuci kereta. Kebetulan pula bekalan ikan belum sampai untuk dihantar ke Kota Kinabalu, jadi buat sementara waktu Fairuz terus bantu cuci kereta.
Kelmarin Fairuz ikut abang-abang sepupunya mengambil bekalan ikan di Semporna. Dengan penuh teruja sebaik sahaja buka pintu dan masuk ke dalam rumah, Fairuz terus bercerita.
Mommy! Tengahari tadi kami singgah makan di Kunak. Kami keluarkan 3 ekor ikan sulig dari tong. Abang Aznan minta tolong tukang masak di restoran gorengkan. Ya Allah! Sedap betul Mommy. Lain betul rasanya ikan fresh dari laut. Sedapnya! Mommy tak mau rasakah ikan fresh? Sedap Mommy!
Amie kata, kalau ada lebihan ikan sulig bolehlah beli sikit. Kata Fairuz, ikan sulig saiz besar sudah diasingkan untuk di bawa ke Kota Kinabalu. Yang ada hanya saiz kecil. Apabila Amie dan Encik Suami lihat, tidaklah kecil sangat. Dari muncung sampai ke ekor lebih 8 inci. Jadi kami borong lebihan ikan sulig seberat 6.5 kg itu.
Nama lain ikan sulig ialah ikan Jepun. Dalam bahasa Inggeris pula ikan ini disebut sebagai ikan tofu. Ada yang panggil ikan tauhu. Di tempat kami, kawan-kawan Cina suka gunakan ikan ini untuk dibuat fishball. Isinya putih, lembut dan sudah tentulah sedap.
Ikan sulig @ Jepun @ tofu @ tauhu. |
Ikan sulig. |
mcm tak pernah jumpe plak ikan sulig tu kat KL ni... atau ade nama laen ke org sini panggil?
BalasPadamCantik rupa ikan sulig tu. Tak pernah dengar/kenal pun.
BalasPadamSeronok Fairuz, banyak pengalaman dia dapat.
bagus betul abang sepupu fairuz ni ye kak, ada je kerja dibuatnya... selain bekalkan ikan , perkhidmatan cuci kereta pun boleh...
BalasPadamtak pernah dana jumpa ikan sulig tu kat sini kak... nampak rupa pun tahu dah sangat fresh... mau kalau goreng gitu je pun sedap tu ye kak...
ikan kerapu tu agaknya berapa rm ye kak sekilo? cantik betul rupa kulit nya
Macam pernah nampak jer ikan ni kat pasar...nanti kalau nampak lagi SA NAK BELI LA...
BalasPadamSuka sangat bila cikgu post info about ikan- ikan di sana.nampak segar2 & cantik2 ikannya.Pasti sedap aeindah rupanya
BalasPadamRajin Fairuz tolong abang sepupu dia. Selaigi ada peluang cari rezeki gitu. bagus dia. Macam macam jenis ikan kerapu kat sana. Ikan sulig tu pun tak pernah tengok. Dapat makan ikan fresh memang sedap.
BalasPadamfirst time dengar ikan suliq..huhu..segar-segar nampaknya, kak
BalasPadamMacam² ikan ada.. Nasib baik tengok entry, kalau baca tajuk je, memula tadi perasan mencari IKLAN.
BalasPadamuncle kurang arif pasal ikan ni... uncle cam ikan jaws je...
BalasPadamKalau pergi KK, macam - macam jenis ikan dan makanan laut yg first time nampak..
BalasPadamNak try makan, kadang-kadang takut ehhehe takut x menepati anak tekak..
Tapi memang teruja tengok, sebab lain dari yang lain...
ikan fresh dari laut memang sangat sedap
BalasPadamuiiii... kalau ada sy kt situ mmg rambang mata dibuatnyaaaa
BalasPadammcm tak penah nampak ikan sulig nii kat sini..
BalasPadamIngatkan kak amie typo, rupanya memang nama ikan tu ikan sulig ye hahaha, adoiii kita ni kenal ikan gitu gitu aje hehehe >.<
BalasPadamSedapnya mkn ikan fresh..manis isinya kan..
BalasPadamSaya pun kurang arif nama ikan ni. Tapi ikan segar ni, memang sedap bila dimasak. :)
BalasPadamGigih Fairuz bekerja, cuci kereta, hantar ikan lagi.
Ikan segar2 best kalau dpt makan. Mcm2 jenis lauk boleh dimasak. Nina mengucapkan selamat hari raya bt kak amie sekeluarga. Maaf jika ada salah dan silap
BalasPadam