Pages

Khamis, 6 Mei 2021

PKPD 3 Taman Perumahan di Lahad Datu, Sabah Ditamatkan Pada 05 Mei 2021

Kami telah selesai menjalani tempoh pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula pada 22 April-5Mei 2021.


Kelmarin pagar kawat duri yang menjadi batas penjara kami telah dibuka. Namun ada rasa sayu di hati apabila melihat video yang dikongsikan oleh penduduk di taman perumahan kami. Jelas terpapar bagaimana anggota keselamatan bertungkus-lumus menyelesaikan tugas mereka dalam keadaan hujan lebat! 
Ya Allah! Kau permudahkan segala urusan mereka serta keluarga mereka sepanjang mereka bertugas. Sesungguhnya mereka ini sebahagian daripada wira yang tak didendang. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah...Semoga kita semua dalam lindungan Allah.Kami di KL pula akan ber PKP 3.0 mulai esok.Ditempat kerja pun result swab test beberapa orang rakan masih pending.Harap semuanya baik- baik sahaja Juga semoga Allah turunkan bersama hikmah untuk kita semua

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dah tamat. Moga moga kes makin menurun, tak ada pkp pkpd pkpb pkpp dah lepas ni. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

    BalasPadam
  3. Allahu, sy tak boleh tengok bila mereka ni bertugas tengah panas, tengah hujan, hati sebak dan airmata terus bergenang

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, dah tamat PKPD. Harap yang terbaik untuk semua orang, moga selamat dari covid.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah lega sikit rasa ye kak, sana memang musim hujan ye kak... sudahla berjaga berpanas berhujan menjaga kawasan pkpd, lepas tu dalam hujan kene juga selesaikan tugasan buka semula kawat besi tu, kalau tidak takut ada yang marah kak

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dah bebas dari PKPD. Allahu..sedih pulak bila kak amie cerita keadaan anggota keselamatan bertugas tu. Penat lelah mereka tak dapat digambarkan. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Aaminn...

    BalasPadam
  7. Alhamdulilllah dah abis PKPD tempat kak amie. Start semalam kami pula di 6 daerah Selangor dikenakan PKP.

    Memang sebak bila tengok fronliner bertungkus lumus kerja dalam memutuskan rantaian wabak ini. Non-stop tanpa rehat sejak tahun lepas. Semoga wabak ini cepat hilang dan kita semua boleh menjalani hidup seperti sebelum ini. Aamiin :)

    BalasPadam
  8. Tabik hormatlah pada frontliners yang bertungkus lumus bekerja. Alhamdulillah akhirnya berakhir PKPD. Semuga tiada yang dijangkiti lagi.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..lega hati kan kak Amie...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. Semoga tidak kembali PKP lagi.

    BalasPadam
  11. Paling sebak bila tengok petugas barisan hadapan yang berkerja menjaga sekatan.. berpanas, berhujan.. Semoga mereka tabah dan kuat melaksanakan tugas.. Sama juga dengan pekerja kesihatan.. sedih..

    BalasPadam
  12. Harap kes di sana berkurang. Kami disini pula yg dikenakan pkp huhu

    BalasPadam
  13. At Home Roots Property Management, we're passionate about helping our clients meet their financial goals. Our team of residential rental experts understands the ups and downs of our market, and we work with our clients to find solutions to their biggest management headaches. Northwest Rental Properties


    BalasPadam
  14. At Home Roots Property Management, we're passionate about helping our clients meet their financial goals. Our team of residential rental experts understands the ups and downs of our market, and we work with our clients to find solutions to their biggest management headaches. Arkansas Property Management


    BalasPadam