Petang tadi sempat jalan-jalan ke rumah jiran tetangga maya. Terjengah dapur SK Tanah Jauhar. Nampak juadah nasi lemak buka puasa pada hari Ahad lepas. Tiba-tiba berasa sangat lama tak makan nasi lemak. Apabila sudah teringin memang tak boleh nak tangguh masak walaupun ada bahan tidak ada. Ah! Itu hanya alasan saja. Masaklah apa yang ada...ahaks! Kalau nak jadi, jadilah. Kalau tak jadi...wassalam aje kan SK hihihiiii.
Maka jadilah Nasi Lemak Beras Pandan Hitam dengan lauk-pauk yang mengelilinginya.
- Nasi Lemak Beras Pandan Hitam
- Sambal Tumis Bawang
- Telur Rebus
- Ayam Panggang Air Fryer
- Timun
- Ikan Bilis Tamban Goreng
- Kacang Tanah Goreng
Nasi Lemak Beras Pandan Hitam & The Gang |
Amie masak nasi lemak gunakan beras pandan hitam. Beras ini jenis tanaman bukit atau padi huma dan berbau wangi. Biasanya Amie temui nasi begini dalam bungkusan atau yang disebut linopot. Nasi linopot ini dibungkus dengan menggunakan daun. Antara daun yang digunakan seperti daun wonihan, daun timadang, daun kobu, daun tintap, daun longkobung, daun punti dan daun toropoi.
Lauknya pula pelbagai jenis, misalnya tuhau, jeruk bambangan, ikan goreng dan sebagainya. Kalau ke Kundasang dan Kota Kinabalu memang Amie tak lepas peluang untuk menjamah nasi linopot.
Eh!
Salah cerita pulak dah.
Salah cerita pulak dah.
Balik semula cerita Nasi Lemak Beras Pandan Hitam.
Amie nak cerita, salah satu lauk nasi lemak Amie kali ini ialah ikan bilis tamban goreng, gantikan ikan bilis biasa yang sudah habis dalam simpanan. Terkenang zaman dahulu, arwah Ayahanda kami seolah-olah mewajibkan adanya ikan bilis tamban di dalam bakul yang tergantung atas dapur. Dalam bakul itu mesti ada kacang tanah dan lobak masin. Itulah kombinasi lauk yang arwah Ayahanda suka makan dengan nasi.
Entahlah! Ketika goreng ikan bilis tamban tiba-tiba terkenangkan arwah. Al-Fatihah.
Di dapur Amie banyak sangat resipi nasi lemak. Cari sajalah kalau rajin. Nak kongsi resipi yang sama banyak kali, nanti jemu pulak yang membacanya.... ahaks!
Perkedel jagung. |
Seperti yang dijanjikan, hari ini Amie buatkan lagi perkedel jagung untuk Firdaus. Tak bosan-bosan budak kecik tu makan benda yang sama setiap hari. Amie buat lebih adunan dan simpan dalam peti sejuk. Kalau esok pagi dia nak sahur makan perkedel jagung lagi, keluarkan saja adunan dan boleh goreng.
Kita geng la Daus ..Aunty pun suka pegedil jagung.Makan panas-panas sedap kan Daus.Tapi tu la bila dah remaja purba(pinjam istilah SK) kalau makan jagung rasa lenguh kaki.Tapi selalunya kalau dah teringin makan jugak..hihihi
BalasPadamBaru tahu makan jagung boleh buat rasa lenguh kaki.
PadamKenapa lenguh kaki ye... jagung tu jenis beranginkah?
PadamMemang jenis berangin sbb dia ada gas... lagi satu mkan jagung ni mempercepatkan buang air besar...itu pengalaman saya dan anak-anak kalau setiap kali makan jagung la.
PadamPerkedel jagung dah jadi macam makanan wajib firdaus hahaha. Senang tu buat adunan siap siap pastu simpan dalam peti. Bila bila masa nak makan, boleh terus goreng hahahaha. Selagi tak boring, selagi tulah akan dimakan pergedel tu hihihi
BalasPadamBudak-budak ni memang ada musim-musimnya kan Atiqah. Nanti dah jemu, beralih pula ke makanan lain.
PadamBetul tu kak amie, ada musimnya. Macam saya haritu, musim makan nasi ayammmmm setiap minggu. Memang wajib lah makan nasi ayam. Dan sekarang, tak boleh nak telan dah HAHAHA dah jemu >.<
Padamnampak sedap kejadiannya
BalasPadamPekedel jagung ye.. menarik.. Kak Amie, sedapnya nasi lemak akak.. Pertama kali Sha lihat sebenarnya.. mengancam..
BalasPadamNasi lemak beras pandan hitam tu Sha, beras kampung /huma.
PadamTak pernah makan beras huma ini.. Rasa dia sama ke kak macam beras biasa.. Sha survey di Shopee, ada jual jenama cap udang.. hehehe.. Macam teringin nak beli dan rasa..
PadamItulah yg Sk suka dgn dapur Amie ni, ada sahaja idea yg lain dari yg lain. Tak pernah lagi jumpa nasi lemak beras pandan hitam ni, yg biasa nampak kwn share, nasi lemak daun lemuni, warnanya sealant nasi lemak Amie ni la
BalasPadamFirst time ni nasi lemak guna beras pandan hitam, tak sangka warnanya macam nasi lemuni. Selalunya kalau nasi lemak beras kampung, saya guna beras bario yang rupanya lebih kurang sama dengan nasi beras biasa.
PadamHaaaa baru nak ckp nasi lemak ni mcm nasi lemuni.. Tu la mula igt kka amie pakai beras pulut ke masak nasi lemak ni.. Tp cam pelik lak kan sbb nak buat nasi lemak... Kang jd lain plk.. Rupa2nya mmg ada eh beras hitam pandan😂
BalasPadamYa, ada beras pandan hitam. Tak tahulah di tempat lain. Saya beli di Kundasang. Semasa cuci beras pun, dah ada bau wangi.
Padamberas pandan hitam baru tau mesti sedap sgt buat nasi lemak
BalasPadamBeras huma / kampung memang sedap Kak PI.
PadamBeras pandan hitam ni mana dapat adakah hanya di sabah sahaja. Amboiiii firdaus makan begedil jagung sorang je ke.
BalasPadamSaya tak pasti pula boleh dapat di mana selain di Sabah. Di Sabah pun, lain daerah kadang-kadang lain pula jenis beras kampungnya.
PadamUnik nasi lemak beras pandan hitam ni. Pulak tu ikan bilis tamban sebagai ganti ikan bilis. Kalau kat kedai ni mahal dah harga dia. Hari hari mintak pekedel ye Firdaus. Tak pernah jemu dia sebab sedap mommy buat :)
BalasPadamIkan bilis tamban tu memang nostalgia betul Fiza. Itulah lauk nasi kami waktu kecil-kecil dulu. Ikan bilis tamban itulah ikan, itulah ayam bagi kami heheheheee.
PadamAda ikan bilis tamban kira mewah juga dulu dulu kan. dan orang dulu suka makan ikan bilis tamban ni :) kira bahan mentah wajib ada.
Padamfirst time dengar beras pandan hitam, first time juga dengar nasi lemak beras pandan hitam. mesti sedap tu... teringin plak nak rasa.. hahaa
BalasPadamTambah pengetahuan baru ye Afeezz. Memang ada beza rasa beras kampung dengan beras sawah.
Padammana nak beli beras tu? teringin juga nak rasa
BalasPadamSaya beli di Kundasang awal Januari dulu. Lama dah saya simpan dalam peti sejuk, takut jadi buruk kalau letak pada suhu bilik.
PadamSaya pun baru pertama kali dengar beras pandan hitam.
BalasPadamIkan bilis tamban tu, saya selalu juga goreng dulu, campur bawang dan cili api, makan dengan nasi panas. Sedap! :)
cantik rupa nasi tu kak... dana tahun ni belum sekali pun berbuka dengan nasi lemak, sekarang ni pun asyikla malas masak, mujurla Edy pun tak kisah
BalasPadamunik beras tu....sedap nmpk tgk ayam tu
BalasPadamKak Amie nanti ajarkan step by step perkedil jagung tu ye...nampak sedap la..SA x pandai buat yang macam tu...suka jugak beras tu..sedap..makan sikit jer dah kenyang...alahai sedapnya nasi lemak..nak buat jugak la nanti ngan sambal kerang/sotong kembang...
BalasPadamMenyelerakan.. 😋😋😋
BalasPadamUnik warna beras tu. Mengiurkan tekak ni hehe
BalasPadammenariknya beras pandan hitam tu. rasa dia mcm mne?
BalasPadam