Apa punya tajuk entri Rumah Terbuka Yang Tertutup! Inilah yang berlaku di rumah kami pada hari raya kedua. Tak pasal-pasal pintu yang sedia tertutup akhirnya dibuka juga. Memang tidak ada persediaan untuk menyambut tetamu, tetapi dah nak dijadikan cerita maka terbukalah pintu rumah kami dalam keadaan 'tertutup'. Maknanya, tetamu yang datang hanya dalam kalangan keluarga terdekat sahaja. Maklum sahaja, walaupun dibenarkan berkunjung raya selama 3 hari, tetapi di sana sini berkeliaran pihak penguatkuasa memerhatikan kawasan sekitar. Kami tidak mahu melakukan kesilapan sehingga dikenakan kompaun yang bukan sedikit jumlahnya.
Encik Suami kata, masaklah apa yang ada untuk menjamu keluarganya seadanya. Hari raya kedua, biasanya perut sudah muak dengan pelbagai hidangan berlemak pada hari raya pertama. Menjelang pukul 1:30 tengahari, selepas selesai solat Jumaat, datanglah tetamu kami ke rumah. Tidak ada ketupat, nasi himpit dan sambal kacang. Yang Amie hidangkan hanyalah nasi putih dan lauk-pauk biasa sahaja.
|
Hidangan tengahari. |
Ayam goreng mangga sos Thai.
Lauk-pauk lain termasuklah rendang daging dan sambal goreng babat. Anak-anak buah memang sudah berpesan dua jenis lauk ini mesti ada kerana mereka tidak puas makan di kampung. (Raya pertama Amie bawa rendang daging dan sambal goreng babat ini ke kampung).
|
Sambal Goreng Babat.
|
|
Rendang Daging. |
|
Asam Pedas ikan Putih. |
|
Terung dan Tempe Goreng. |
|
Petola dan Cendawan Telinga Tikus Masak Lemak Putih. |
|
Udang Goreng Koboi. |
|
Acar Buah dengan Ikan Masin. |
|
Sambal Belacan & Ulam Kacang Bendi |
|
Kuih Raya. |
Kakak ipar dan biras Amie sangat mematuhi SOP dengan mengamalkan penjarakan fizikal yang betul. Masing-masing mencari sudut yang selesa di dalam rumah untuk menikmati hidangan tengahar. Tidak ada seorang pun yang makan di luar rumah seperti kebiasaannya.
Sekian.
Kisah Rumah Terbuka Yang Tertutup.
Betul kak amie, raya kedua tak boleh masuk dah menu raya. Meriah hidangan lauk pauk kak amie. Rezeki tetamu dapat makan macam-macam yang tak puas makan raya pertama tu. Bagus masing-masing ikut SOP :)
BalasPadamBetul² menyelerakan.. puas makan, banyak lauk pauk.
BalasPadamSedapnya..
BalasPadamMacam² kak amie masak..puasati tetamu yg dtg mkn..cantik pulak tengok bekas kuih raya tu..
BalasPadamBanyaknya menu automatik terus on mood raya kalau tengok juadah banyak ni .
BalasPadamSalam aidilfitri
BalasPadammeriahhh menunya
tak pe la kan raya kita tertutup kali ini
meriah nya lauk pauk dia..
BalasPadamuntung betul klu jadi jiran kak amie ni hahaha...
hari2 bole belajar menu baru ni
masak biasa saja tapi tersangatlah sedapnya tu
BalasPadambestnya kak, boleh juga beraya kami hampeh tak boleh langsung huhuhu
BalasPadamsedap menu akak, dana raya kedua pun tak bape lalu menu raya, nak yang lite dan simple je...
Banyaknya akk masak! Sedap-sedap pulak tu menunya...
BalasPadamMeriahnyaaa kak Amie :) Macam-macam juadah ada, confirm kenyang sampai ke malam tu :P
BalasPadamSedap tu, Amie. Macam-macam lauk ada, tambah lagi ada sambal belacan. Makan macam ni lagi sedap bagi saya, banding lemang dan ketupat tu. :)
BalasPadamalhamdulillah masih mengamalkan sop...pssstt menarik la sambal goreng babat...
BalasPadamsila la share resepi heheh
Ayam goreng mangga tu nampak menarik.Sambal goreng tu pun nampak kedur.acar ikan masin pun.Eh,semua pun nampak sedap la.Bekas lauk pauk tu pun menarik..
BalasPadamMenarik sungguh juadah Amie.
BalasPadamMacam biasa, selalu ada menu yang saya tak kenal..mcm sambal goreng babat tu.
salam aidil fitri. macam2 ada tu. sungguh menyelerakan.
BalasPadamP.S. Jom join GA yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
http://www.zukidin.com/2021/05/happy-birthday-giveaway-by-abam-kie.html
Sedapnya tengok hidangan juadah raya Amie, sangat menyelerakan.
BalasPadambanyaknyaaaaaa...
BalasPadammata sy nampak rendang je ;-)
wahhh,meriahhhnyaaa makanan tuu kak :)
BalasPadamBanyaknya la hidangan akak..nanti akak share cara buat sambal belacan macam tu erk..menarik nampak..yang ayam mangga tu pun nampak menarik....
BalasPadamMeriahnyaaaaaaaaa menuuuu. Ni yang tak ada mood raya terus on mood raya lepas tengok juadah makanan yang dihidangkannn.
BalasPadamAdoiii bestnya menu yg dikatakan biasa2 ja tu...
BalasPadamRumah kena tertutup kalau tak kena saman pulak. Meriah juadah raya. Apakan daya tak boleh makan kena berpantang
BalasPadammacam ni rupanya rumah terbuka yang tertutup kak amie, kalau rumah terbuka yang dibuka tak tau la macam mana meriahnya makanan...
BalasPadamwahh meriahnyaa laukk. sedappp nampak
BalasPadamdoa selepas solat
kelebihan surah al mulk
menyambut kelahiran bayi
aqiqah di kemboja
Wah lauk biasa2 katanya tapi ni tenguk semuanya luar biasa macam ni memanag tak sedar menambah nasi ni hehehe
BalasPadam