Pages

Ahad, 9 Mei 2021

Duit Raya Untuk Pengomen Bertuah Bulan April 2021

Tak mahulah fikirkan boleh raya ke tidak. Boleh rentas negeri ke tidak. Boleh rentas daerah ke tidak. Boleh rentas laut ke tidak. Alahai.... baru confirm tiket kapal terbang hari Sabtu lepas nak balik akhir bulan Mei nanti.  Entah berapa kali open tiket dari PKP 1.0 lagi! Tiba-tiba PKP 3.0 pula!

Siapa nak duit raya? Ha.... duit raya tak faham arahan rentas mana-mana ya. Duit raya tak tahu apa itu SOP. Sempena Aidil Fitri yang bakal menjelma beberapa hari lagi, Amie nak kirim duit raya untuk pengomen bulan April 2021. Kali ini hanya pengomen yang bertuah akan terpilih untuk menerima duit raya. Nanti duit raya tu merentas Laut China Selatan untuk sampai ke Malaya tanpa dikenakan sekatan mana-mana stesen ye heheheheee.

Sebelum itu kita lihat dahulu Top 10 Pengomen Bulan April 2021 di bawah ini. Tahniah dan terima kasih buat semua pengomen baik yang top 10 atau yang tak top 10. Semuanya Amie hargai kerana anda sangat sporting memeriahkan blog ini.

                                 

Ada beberapa nama baru yang muncul secara konsisten sepanjang bulan April. Nama-nama itulah yang Amie pilih untuk terima duit raya. Siapa penerima bertuah itu? Yeaaayyyy.... ini dia!



ATIQAH NAJIHAH

AFEEZZ

NOTIE

SHA MOHAMED

Tahniah buat keempat-empat pengomen bertuah yang bakal menerima duit raya. Harap sudi emelkan nombor akaun, nama sebenar dan nombor telefon ke   salamiez@gmail.com

42 ulasan:

  1. Yeay, alhamdulillah rezeki dapat duit raya dari kak amie hehehe.
    Thank youuuu kak amie! Nanti saya email details :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Atiqah hantar details. Dah sampai belum duit rayanya hehehehheh!

      Padam
    2. Dah dapat! Thank youuuuuuu kak amie. Tadi lupa nak tulis, semoga kak amie dan keluarga dilimpahkan rezeki yang berterusan! :)

      Padam
    3. Your welcome dik!
      Mudah-mudahan sama-sama dilimpahkan rezeki Allah.

      Padam
  2. Wah..tahniah buat semua yang terpilih...rezeki tu...

    BalasPadam
  3. wah.. terima kasih kerana memilih saya sebagai komentator bertuah. dah tua2 macam ni rasa happy pulak ade org nak beri duit raya. terima kasih daun keladi kak, next month saya nak lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaaaa... in shaa Allah, ada rezeki boleh dapat lagi.

      Padam
  4. Wah tahniah... Yeay yeay duit raya terbang laut cina selatan eh 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaa aaarrrr bagi duit tu sayap heheheee.

      Padam
  5. Duit sebagai pengganti diri.

    BalasPadam
  6. Wah,Tahniah kepada yang bertuah.Bagusnya cikgu selalu gembirakan kawan-kawan.Semoga selepas ini Allah kirimkan berita gembira jugak untuk cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Aamiin. Mudah-mudahan sama-sama Allah kirimkan berita gembira buat kita.

      Padam
  7. Bukan Mei ada buat lagi tak? Nak komen banyak².. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, mudah-mudahan ada rezeki. Komen banyak-banyak ye, mana tahu nama tersangkut pulak.

      Padam
    2. Hehehe... gurau-gurau apa salahnya kan.

      Padam
  8. Alhamdulillah rezki nk sambut raya tahniah semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rezeki tak salah alamat kan Kak PI.

      Padam
  9. Alhamdulillah.. rezeki Ramadan/Syawal ini.. terima kasih kak Amie.. Sha dah hantar details.. Tahniah juga pada penerima yang lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sha hantar details. Kak Amie dah kirim duit raya ye....happy2 selalu!

      Padam
  10. Tahniah semua yg dpt duit raya dr Kak Amie... walaupun pkp tapi raya tetap raya kak sempena hari kemenangan kita selepas ramadhan... beraya di rumah bersama keluarga je... masak, makan, layan netflix je... hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...
      Tapi kami sudah diarahkan buat segala persiapan sebab pengarah nak datang buat lawatan 18 Mei nanti. Harap-harap tak datanglah sebab masih dalam tempoh PKP. Janganlah kacau mood orang nak beraya hihihii.

      Padam
  11. Yang penting, raya perlu diraikan :)

    Bestnya dapat duit raya. Tahniah buat semua pengomen tegar dan yang terpilih dapat duit raya.

    BalasPadam
  12. Alaaa.. tak aci... cemana kita boleh terkeluar senarai ni, hahahha

    BalasPadam
  13. yay!!!!!!! tahniah kepada nama yg terplh utk dpt duit raya :)

    BalasPadam
  14. tahniah kpd yg terpilih..rezeki Syawal..

    BalasPadam
  15. Tahniah kepada semua yg bertuah. Rezeki duit raya

    BalasPadam
  16. tahniah utk yg bertuah dpt duit raya

    BalasPadam
  17. Tahniah buat yg terpilih. Alhamdulilah..rezeki tuuu

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah terima kasih amie. Semuga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah buat amie sekeluarga. Aamiin

    BalasPadam