Pages

Jumaat, 28 Mei 2021

Anggunnya Tulip, Harumnya Hyacinth!

Bunga! Tiba-tiba cerita tentang bunga pula. Ada bunga tertentu yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Bunga ros atau bunga mawar misalnya, jumlah kuntum dan warnanya boleh ditafsirkan dengan maksud tertentu. Zaman remaja purba dulu, ada orang mengorat kirim jambangan bunga ros tapi tak ingat ada berapa kuntum. Yang Amie ingat, tukang hantar bunga tersalah letak! Jadi, jambangan bunga sampai ke tangan rakan baik Amie. Orang yang mengorat itu terpaksa ambil masa juga untuk terangkan perkara sebenar kepada yang terima bunga.  Kebetulan pula jambangan bunga tidak ada nama penerimanya!

Penerima bunga yang merupakan rakan baik Amie, telah kembali ke pangkuan-Nya 5 tahun lalu. Al-Fatihah untuk arwah M. Moga M tenang di sana, dan berada dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Cerita lama itu tetap menjadi kenangan mengusik rasa yang tak mungkin dilupakan. Dan orang yang mengorat itu tak lain tak bukan Encik Suami sendiri.

Benarkah bunga itu boleh dijadikan sebagai simbol perasaan?  Sebagai anak kampung apakah perasaan yang hendak disampaikan melalui kiriman bunga tanjung? Bunga kenanga? Bunga cempaka? Atau bunga melur? Amie sukakan bunga tertentu untuk dinikmati keindahannya, dan jika ada aromanya yang tersendiri itu dikira sebagai satu kelebihan yang ada pada bunga tersebut. Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta! Setiap ciptaannya adalah sempurna belaka, dengan keunikannya yang tersendiri. 

Kita lupakan dahulu tentang bunga ros atau bunga mawar yang berjaya mengambil tempat teratas sebagai 'orang tengah' dalam menyatakan perasaan. Kali ini Amie ingin teruskan cerita tentang kecantikan dan keanggunan bunga tulip serta aroma bunga hyacinth yang lembut semerbak!

Jom kita jalan-jalan di sini: BERCUTI KE VIETNAM : DA NANG - HOI AN - BA NA HILLS

Kita naik cable car lebih kurang 20 minit ke Stesen Ba Na Hills yang terletak di Pergunungan Truong Son. Kemudian kita jelajah perkampungan Eropah di French Village untuk menikmati suasana abad ke-19 di puncak gunung! Jangan lupa singgah di Golden Bridge.

French Village


Ketika duduk-duduk di sini, menikmati keindahan bunga tulip pelbagai warna, sempat menghidu aroma yang sangat lembut menyamankan, tetapi tidak tahu dari mana puncanya. Setahu kami, tulip tidak mempunyai bau.


Jom kita gerak ke Golden Bridge pula.
Kita meniti jambatan emas yang disanggah oleh dua belah tangan gergasi.

Golden Bridge


Kemudian kita teruskan perjalanan meneroka taman bunga tulip!


Pintu masuk ke taman tulip.


Bunga tulip aneka warna sedang berkembangan.


Ingatkan bunga tulip hanya boleh di lihat di Turki, Belanda, Kashmir dan Australia sahaja. Rupanya di Vietnam pun tidak kurang banyaknya!


Pemandangan taman tulip yang sangat mengasyikkan!







Tak puas-puas ambil gambar tulip sampai rasa nak baring jew di atas hamparan bunga tulip!
Kemudian kami kembali semula ke French Village.
Masih lagi terbau aroma yang sangat lembut mengasyikkan!
Mata pun tak berhenti melilau ke sana ke sini mencari punca aroma...eh boleh ke mata menghidu.... ahaks! Selain kuntuman tulip, banyak pula rimbunan bunga ros pelbagai warna, tetapi aroma ros tidak sama seperti bau yang berjaya mencuri masuk ke lubang hidung ketika itu!






Setelah letih mencari aroma yang lembut, tapi tak bertemu (kalaulah aroma itu boleh dilihat), kami pun duduk semula di tepi kolam pancuran sambil melihat pengunjung yang masih bertali arus di kawasan itu.


A
pabila duduk di sini, wangian lembut terasa berada di sekeliling kami!
Amie berjalan perlahan-lahan di situ sambil mengambil gambar bunga selain bunga tulip. Tertanya-tanya juga di hati kenapa ada bunga lain yang ditanam banyak-banyak di situ selain bunga tulip? Bukankah bunga tulip sudah cukup cantik sebagai penghias taman di situ.
Nampak tak bunga warna ungu dan merah jambu di belakang tempat kami bergambar itu? Jom kita lihat dengan lebih jelas melalui gambar di bawah ini.



Ketika Amie dekatkan kamera dengan bunga ini, barulah Amie tersedar haruman yang Amie cari berjam-jam lamanya datangnya dari bunga ini!  Ya Allah! 
Aroma lembut yang harumnya luar biasa itu terbit dari bunga hyacinth!


Oleh kerana hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk kami tinggalkan French Village, jadi Amie cepat-cepat tangkap gambar beberapa pasu bunga hyacinth pelbagai warna.


Inilah antara pokok bunga hyacinth yang sedang mekar dengan pelbagai warna yang ada di situ.
Ada warna kuning.


Ada warna merah.


Hyacinth kelihatannya seperti pokok bebawang.



Aduhai!
Ada tak minyak wangi hyacinth?



Inilah sahaja antara warna dan jenis bunga hyacinth yang sempat 'ditembak'!



Mungkinkah ada rezeki untuk berkunjung lagi?


Tulip dan  hyacinth dalam satu taman!


Sumber: Google


Haruman hyacinth hanya tinggal kenangan. Akhirnya beli Eau de Parfume Rose Goldea dengan hadiah body lotion dan gel mandian serta toiletry bag di Airport Danang untuk dibawa pulang.
Tinggallah tulip yang cantik.
Yang kekal dalam memori hanyalah haruman kenangan hyacinth!

18 ulasan:

  1. Jarang perempuan tidak sukakan bunga waima sebusuk bunga tahi ayam,tetap ada peminatnya.

    Hahahaha,kelakar orang-orang lama mengorat & bercinta yer cikgu!
    Tapi untungnya dulu orang bercinta dapat surat & bunga real.Orang sekarang dapat whatsApp & boleh di delete.Bunga pun dapat gambar sahaja.Hahahaha
    Apapun menawan sungguh bunga2 di Vietnam tu...

    BalasPadam
  2. Bila baca post ni MCM terbau2 Pula harum Bunga kat sini

    BalasPadam
  3. hahhaha kita pun x minat bunga,,
    bau dia bole kasi pening kepala sampai berhari2...

    BalasPadam
  4. Banyak betul bunga-bungaan.. mesti dijaga dengan rapi.

    BalasPadam
  5. Subhanallah....begitu indah dan sempurna ciptaanNYA..
    Rasa mcm nk petik2 ja

    BalasPadam
  6. terlalu cantik bunga bunga yang ada. First time rasanya dengar bunga hyacinth ni. Ada banyak warna pulak tu. unik golden bridge tu. Seronoklah datang sini. Tak puas berposing rasanya. Tambah pulak menikmati keharuman bunga segar. Untung untung dapat bawa balik perfume sekali :)

    BalasPadam
  7. Haaa.. betullah tu, Amie.. rasa nak baring aje atas hamparan bunga tu, mau patah pulak tangkainya nanti, hihi.

    Pernah la ada pengalaman terima jambangan bunga sempena teacher's day.. memang berbunga2 perasaannya.. kalau pakwe yg bagi lagilah rasa nak terbang agaknya 🤣

    BalasPadam
  8. Banyak jenis hyacinth itu. Hehe kalau saya lebih suka terima coklat daripada bunga.
    Haha suami tersalah beri pada orang. Kelakar juga.

    BalasPadam
  9. Ya Allah kak amie, cantikkk cantikkkk bunganya! Jambatan tangan tu punnn menarikk. Cantikkk tempatnya. Part tersalah bagi bunga tu lawak hahahaha. Nasib baikk lah encik suami terangkan balik hahahaha :D

    BalasPadam
  10. Dikelilingi bunga-bunga sebanyak itu, hati pun turut berbunga sama kan… 😊

    BalasPadam
  11. Saya kalau travel,suka cari bunga. Rasa tenang je dapat hidu keharuman dan menikmati kecantikannya, lagi-lagi yang tak ada di Malaysia.

    Ah.. Kak Amie sebut pasal dapat kiriman jambangan bunga ros, teringat pulak kisah lama. Apa kan daya takde jodoh kami

    BalasPadam
  12. Betul Kak Amie, kat Vietnam pun memang ada banyak bunga tulip..kat Da Nang banyak...rindunya nak travel...ntah bila la border boleh bukak

    BalasPadam
  13. SubhanaAllah.. Cantiknya pemandangan bersama bunga.. Harum baunya tak terbayang..

    BalasPadam
  14. Wah bunga tulip banyaknya. Memang ada dalam wish list nak pergi danang ni tapi belum ada rezeki apa lagi time covid ni

    BalasPadam
  15. bunga hyacith ni banyak jenis warna macam tulip kan. Tapi bila banyak2 cantik

    BalasPadam