Pages

Rabu, 28 April 2021

Resipi Rendang Daging Paling Mudah Tetapi Sedap!

Macam-macam versi rendang di negara kita. Ada rendang bubuh rempah 3 atau 4 sekawan, dan ada yang tidak.  Ada yang tumis terlebih dahulu perencah rendang, dan ada yang terus lebur dalam periuk sekali harung.  Kita raikan perbezaan dalam dunia masakan sebagai satu ilmu tambah bagi memeriahkan lagi dunia kulinari.

Amie biasa masak rendang jenis lebur dalam periuk sekali harung, tanpa tumis terlebih dahulu dan tanpa gunakan sebarang rempah-ratus.  Ini cara yang Amie suka sebab lebih ringkas dan mudah. Untuk lauk ketupat pulut sempena malam ketupat yang berlalu malam semalam, Amie juga masak rendang daging cara begini. Jom kita lihat resipinya di bawah ini.

Rendang Daging

Untuk hasil rendang daging yang lazat, cubalah gunakan santan segar, atau pati santan segar yang dijual di pasar. Kerisiknya pula, Amie suka sediakan sendiri. Amie kisar sehingga keluar minyak. Dengan menggunakan santan segar, akan terbit minyak yang cantik dan aroma rendang semerbak memenuhi ruang dapur.
Kalau tidak ada masa mencari santan segar dan menyediakan kerisek sendiri, gunakan sajalah santan kotak dan juga kerisik dalam paket.
Satu lagi, Amie gunakan banyak bawang terutamanya bawang besar dan bawang merah.  Amie teringat kalau ada kenduri-kendara di kampung, memang banyak gunakan bawang dalam masakan rendang. Bonda kata, kalau pergi rewang, ibu-ibu akan mengupas berkarung-karung bawang. Maklumlah, yang nak direndang bukannya satu atau dua kilogram daging lembu, tetapi sebahagian besar dari seekor lembu! Lebih banyak jumlah bawang, rasa rendang lebih lemak dan rasa manis semulajadi dari bawang.

Bahan-bahan:
  • 1.5 kg daging batang pinang- potong ikut saiz yang disukai
  • 1 kg pati santan
  • 5 sudu besar kerisik
  • 4 helai daun kunyit - dihiris
  • 3 helai daun limau purut - buang urat belakang
  • 3/4 cawan parutan gula Melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
  • 7 ulas bawang putih
  • 500 gram bawang besar
  • 250 gram bawang merah
  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup
  • 5 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris
  • 20 tangkai cili kering
Cara memasak:
  1. Tuangkan santan ke dalam periuk / kuali.
  2. Masukkan daging lembu.
  3. Tambahkan semua bahan kisar.
  4. Masukkan gula melaka, asam gelugor, kerisik, garam /perasa pilihan secukupnya.
  5. Masak bahan rendang menggunakan api besar sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
  6. Kacau sekali-sekala supaya rendang tidak hangus.
  7. Apabila kuah mulai mengering, masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
  8. Jika suka rendang yang agak basah, tidak perlu tunggu sehingga kuah kering.
  9. Padamkan api dapur.
Rendang Daging & Ketupat Pulut

19 ulasan:

  1. Menyelerakan.. Raya nanti mesti meriah dengan aneka rendang... daging dan ayam.. ��

    BalasPadam
  2. Sedapnyer rendang daging batang pinang lembu tempatan

    BalasPadam
  3. resepi rendang daging kak gini juga

    BalasPadam
  4. Amie, resepi rendang kita sama kecuali kunyit hidup tu Sk tak pernah letak, raya ni Sk letak kunyit laaa

    BalasPadam
  5. menu wajib dipagi raya ni tapi saya tak makan rendang yang ada kerisik..
    jadi selalu pagi raya kena sediakan gulai ayam ehehe..

    BalasPadam
  6. Menu wajib time raya! Sedapppnyaaaaa makan dengan ketupat.

    BalasPadam
  7. Tahun ni, saya nak cuba masak rendang cara Amie ni, lebur semua sekali. Mekasih share resepi, Amie. :)

    BalasPadam
  8. rendang daging tk pernh buat..suka mkn...biasa kt rumah mertua suka buat rendang ayam or rendang paru

    BalasPadam
  9. Bahan-bahan rendang lebih kurang sama dengan Mrs. A tapi Mrs.A tumis dulu bahan-bahan kisar tu.
    Nanti boleh try cara ALK

    BalasPadam
  10. Masak rendang tak tumis ni tak pernah try lagi. Saya pun suka buat kerisik sendiri. Walaupun makan masa tapi puas hati

    BalasPadam
  11. belum raya lagi dah tayang ketupat rendang...aduhhh...rindu nya kat kampung halaman

    BalasPadam
  12. Sedapnya rendang daging. Selera saya pulak berbeza, kena tumis dulu. Tak pernah lagi guna rempah. Suka jugak letak bawang banyak sikit. Lama tak makan rendang daging sebab kurang gemar makan daging. cuma makan bila raya atau kenduri je lah. Setuju kak amie, buat kerisik sendiri lagi sedap rasa dia. Rendang letak kerisik lagi bertambah sedap jika dibandingkan dengan rendang tanpa kerisik.

    BalasPadam
  13. Tak pernah buat rendang yg lebur ni. Selalunya rendang tumis

    BalasPadam
  14. tengok resepi ni nampak senang jaaa. boleh try nty :)

    BalasPadam
  15. Sedap rendang.. Resepinya pun tak terlalu rumit..

    BalasPadam
  16. sedapnya rendang daging. time raya je yg slalu mkn. time lain jarang sgt nk jumpa

    BalasPadam
  17. Macam menarik jer kak amie buat rendang campur sedikit gula melaka..SA nak cuba buat...

    BalasPadam
  18. 토토 Wow, fantastic blog layout! How long have you been blogging for?
    you make blogging look easy. The overall look of your site
    is wonderful, let alone the content!

    BalasPadam