Jumpa lagi. Petang ini kita jalan-jalan ke Turki pula. Jom kita berkenalan dengan makanan di negara Turki. Boleh klik di sini: LAHAD DATU - TAWAU - KLIA - DOHA - ISTANBUL
Turki (Jawi: توركي), secara rasmi dipanggil Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah
Masakan Turki mewarisi warisan Uthmaniyyah yang boleh diperihalkan sebagai gabungan dan penghalusan masakan-masakan Turki, Arab, Parsi, India, Pakistan dan Romania, Albania, Yunani, Bulgaria, Brazil dan Portugal. Masyarakat Uthmaniyah menyatukan berbagai-bagai tradisi masakan alam mereka, bersama-sama dengan unsur-unsur Turki dari Asia Tengah seperti yogurt.
Hari pertama tiba di Turki, kami makan tengahari di Tamara Restaurant yang terletak di Sultan Ahmet, Küçük Ayasofya Cd. No:14, 34122 Fatih/İstanbul, Turki.
Menu pembuka sudah tentunya hidangan sup, bersama roti dan salad. Tapi bila nampak nasi, terus tolak dulu roti dan sup ke tepi. Selepas makan nasi barulah cuba sup warna oren yang rasa seperti labu kuning. Bayangkan sebelum sampai ke sini, memang sudah tidak teratur makanan masuk perut. Maklumlah terbang dari Lahad Datu - Kota Kinabalu - KLIA - Doha - Istanbul.
Rasa seperti masuk syurga bila dihidangkan makanan begini! Dalam suhu dingin dan perut lapar, memang bersyukur sangat. Nasi yang dihidangkan ada rasa lemak-lemak mentega. Sepanjang berada di Turki memang tak pernah jumpa nasi putih. Daging ayam tanpa tulang itu yang nampak lubang kecil bekas ditarik dari besi pemanggang ialah Turkisah Chicken Kebab. Ada rasa asap, dan terasa bahan perapannya yang sederhana tapi sangat sedap.
Seterusnya kami dapat berkenalan dengan lebih banyak lagi masakan Turki ketika bermalan di Ida Kale Resort Otel di Canakkale.
Pada mulanya Amie sangka sayur terung, rupanya ikan!
Banyak pilihan makanan tapi tak tahu nama sebab tidak diletakkan tanda nama pada setiap menu.
Amie cuba kepingan ikan panggang bersama nasi yang juga rasa lemak-lemak mentega.
Jamah juga serba sedikit menu tempatan. Rugilah tak cuba. Beribu batu jauhnya untuk sampai ke sini. Prinsip Amie senang saja : Makanlah selagi halal, dan bukannya kayu atau batu. Kalau tak suka, diam-diam saja, jangan mencela. Makanan adalah rezeki. Ikut perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Kalau suka, baginda makan, kalau tidak baginda tinggalkan tanpa berkata apa-apa.
Banyak jenis keju yang dihidangkan ketika sarapan pagi.
Walaupun kebanyakan menu yang dihidangkan lebih kebaratan, tetapi ada juga makan yang boleh kita nikmati. Biasanya Amie akan makan telur rebus, roti dan sosej ketika bersarapan. Kentang goreng dan kentang lenyek pun ada.
Kenapa telur ayam di sana warna putih? Kenapa kita tidak jumpa di tempat kita? |
Kami temui 'Turkish Delight' buat pertama kalinya pada hari kedua berada di bumi Turki iaitu di Natureast Anatolian Taste. Kami disambut dengan hidangan teh epal panas, dan disajikan dengan pelbagai jenis manisan 'lokum' serta kacang-kacangan.
Pelbagai jenis lokum atau manisan Turki. Lokum diperbuat daripada tepung jagung, gula dan pelbagai perasa serta campuran kekacang. |
Kacang-kacangan. |
Pelbagai jenis 'teh' Turki daripada buah-buahan yang dikeringkan seperti epal dan delima. Tak lepas peluang beli beberapa kotak untuk dibawa pulang.
Kami berkesempatan untuk makan malam di Ada Class Hotel yang terletak di Bayraklidede Mah. Hulya Kocyigit Bulvari Devlet Hastanesi Karsisi No:42, Kuşadası, Turki. Syukur seribu syukur! Masih jumpa nasi! Biarpun bukan nasi putih tetapi sangatlah enak dimakan bersama kambing biri-biri, tapi tak tahu masak apa....ahaks! Lembut sangat dagingnya.
Tak pernah tak jumpa ulam-ulaman!
Memang banyak pilihan.
Memang banyak pilihan.
Banyak sangat menu sarapan pagi termasuk buah zaitun pelbagai warna, telur rebus, tomato, timun, madu, kaymak, sosej Turki, pastirma, simit dan sup serta roti dan macam-macam lagi. Seperti biasa cari telur rebus, sosej dan keju. Terjumpa pula telur puyuh!
Penat meronda sekitar Ephesus, kami makan tengahari di Sofra Restaurant. Memang meriah sungguh dengan segala jenis sayur-sayuran segar berwarna-warni, selain nasi dan pelbagai lauk-pauk lain. Ada daun pudina. Lobak merah. Kobis ungu.
Seronok sangat melihat pelbagai jenis hidangan yang selama ini hanya dapat Amie saksikan di kaca televisyen. Tapi apabila dapat melihat depan mata, tercengang-cengang pula tak ingat namanya!
Hebatnya orang Turki! Bawang Holland pun dibuat ulam. Gambar di atas, paling hadapan ialah hirisan bawang Holland, di atasnya daun parsli. Di sebelahnya itu hirisan red raddish.
Yang ini tak pasti daun apa, tapi Amie sangat suka! Sejak hari pertama tiba di Istanbul Amie jatuh cinta dengan herba ini! Rasanya macam daun pegaga! Nak kata daun parsli, takut salah pulak!
Yang warna hijau di sebelah pasta ialah daun dill.
Kobis ungu dan kobis putih ini rasanya masam. Mungkin dibuat jeruk atau dibubuh cuka.
Tak tahu apa namanya makanan ini. Bukan nasi. Ada yang kata barli. Ada yang kata kuskus. Amie cuba sikit.
Walaupun boleh pilih apa sahaja menu yang disediakan, tetapi Amie ingin mencuba menu yang tidak ditawarkan dalam hidangan buffet. Kami diperkenalkan dengan lamb kebab (pelayan di situ menyebut sebagai kebab /kebap) dengan harga TL15 untuk satu set.
Amie minta satu set. Hidangan ini mengandungi 10 cucuk daging biri-biri panggang serta sedikit serbuk jintan manis dan chilli flakes. Walaupun Amie makan tanpa cecah serbuk jintan manis dan chilli flakes, tapi rasa kebab ini sangat sedap! Lembut dan berperisa! Tak sia-sia beli untuk mencuba!
Kali ini kami berada di Pam Thermal Hotel, sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Denizli, Pamukkale.
Mari kita jamu mata dengan pelbagai dessert di sini.
Inilah yang Amie cuba. Kepingan ikan panggang, kentang lenyek dan dolma (sayuran seperti terung, zucchini, tomato atau bell pepper yang disumbat). Ia merupakan masakan warisan gabungan resepi dari zaman Ottoman, Rusia, Asia Tengah dn Asia Selatan
Seperti biasa, buah-buahan terletak sebiji-sebiji dalam bekas.
Kalau rajin ambillah sebiji-sebiji buah yang berbeza dari bekas itu.
Waktu sarapan pagi memang tak tahu nak pilih mana satu jenis roti!
Apa yang boleh dimasukkan dalam pinggan sarapan pagi?
Amie cuba bell pepper panggang, telur rebus, jagung dan sejenis sosej Turki.
Dalam perjalanan ke Konya, kami singgah di Anatolia Restaurant. Kalau sesiapa singgah sini, jangan lupa cuba sepiring Turkish Yogurt dengan madu dan taburan biji popi. Pada mulanya Amie fikirkan rasa yogurt yang masam seperti yang ada di tempat kita. Salah sangkaan itu!
Sekarang kami berada di Avrasya Hotel, Nevsehir. Kami menginap selama 2 malam di sini. Sayuran segar hijau memang tak pernah tak jumpa di setiap tempat makan atau hotel! Kadang-kadang terkejut juga melihat begitu banyak sayuran atau ulaman yang disajikan.
Agaknya kalau setiap hari makan sayur-sayuran begini, memang cantik muluslah kulit kita!
Di Turki, para petani yang menanam tanaman dilarang menggunakan baja kimia. Sebagai hukuman jika engkar perintah, hasil pertanian tidak boleh dijual, atau tidak boleh dipasarkan. Wah! Sihat-sihatlah penduduk Turki kerana bekalan makanan yang dihasilkan semuanya gunakan baja organik!
Amie cuba daging ayam sumbat, kubis brussels, dan juga dill.
Waktu sarapan pagi terjumpa pula telur ayam yang sama warnanya dengan telur ayam kita!
Pagi itu, Amie sarapan dua biji telur, semangkuk sup tomato dan beberapa keping sosej. Ambil sebiji epal hijau.
Ini ialah gerbang pintu masuk ke Bindalli Restaurant.
Seolah-olahnya berada di padang pasir pulak!
Dengan suasana alam, tanpa hijau daun dan hanya warna biru langit tanpa awan, di mana ni?
Oh!
Kami sekarang berada di luar pintu masuk ke sebuah restoran di Üçhisar.
Sebaik sahaja turun dari tangga bas, terbau aroma masakan yang sangat enak! Baunya seakan-akan bau masakan di negara sendiri. Wah! Teruja nak tahu apakah menu yang bakal kami cicipi tengahari ini.
Inilah kebab ayam yang aromanya semerbak sampai ke luar restoran! Perut menjadi tambah keroncong bila terhidu baunya yang sangat sedap itu! Banyak jenis kebab di Turki termasuk daging lembu dan kambing biri-biri, tetapi rezeki kami tengahari ini dapat makan kebab ayam!
Pandai-pandailah kalau nak makan kebab! Banyak roti, tomato, sayur-sayuran hijau, bawang bombay, mayonis dan sebagainya sebagai bahan pelengkap kebab. Mmmmmm..... diratah begitu saja pun sangatlah sodap!
Turkish meatball memang selalu Amie jumpa dalam hidangan Turki sama ada di restoran atau hotel. Yang menarik perhatian sudah tentulah dulang hidangan di sebelah Turkish meatball itu. Ada warna oren, kuning dan hijau! Jom kita lihat, apa menu itu?
Alhamdulillah! Akhirnya jumpa citarasa Malaysia! Sup ayam dengan lobak dan kentang!
Seperti biasa, mesti ada nasi walaupun bukan nasi putih. Kali ini nak cuba nasi pilav pula.
Tinggalkan dulu ulam-ulaman!
Tak sabar nak makan kebab ayam dengan nasi pilav!
Bismillah.... sangat sedap!
Tambah lagi. Ambil lagi kebab ayam, spaghetti dan Turkish Meatball.
Cuba sikit-sikit saja manisan di sini.
Cuma tahu nama manisan ini saja iaitu sekerpare atau Turkish Semolina Cookies. Setelah dibakar, dituangkan pula dengan sirap lemon sewaktu dihidangkan.
Malam terakhir melihat hidangan yang dipenuhi dengan pelbagai sayuran segar!
Minta maaflah buah-buahan. Tak larat dah nak capai kamu sebiji-sebiji begini. Kalau dihiris, bolehlah makan sepotong dua.
Setelah tujuh hari tujuh malam perjalanan, ditakdirkan bertemu dengan nasi putih di Von Resort Abant! Tapi.... Bukan nasi putih asli, tetap juga ada rasa mentega.
Bungkusan daun anggur warna hijau di atas itu ialah sarma. Di dalamnya ada nasi.
Inilah antara masakan Turki yang sempat Amie jamah di malam terakhir kami di situ.
Jumpa Baked spinach and eggs ketika sarapan pagi.
Tersenyum melihat cili hijau goreng sebagai menu sarapan pagi.
Nanti nak cuba.
Paling sedap!
Cendawan yang sungguh enak dan beraroma!
Berkali-kali Amie menambah dalam pinggan.
Di mana dan bila lagi nak cuba cili hijau goreng sebiji-sebiji begini?
Tak pedas pun!
Kenapalah engkau sedap sangat wahai cili hijau goreng!
Sebelum ini tolak dulu roti dan sup ketepi, dan capai nasi! Sekarang apa yang dihidangkan itulah yang kami makan dulu!
Ini dia yang dinamakan pipe atau pizza Turki! Pizza Turki diperbuat daripada roti pita dan di bahagian atasnya diletakkan pelbagai bahan seperti kambing atau daging, atau ikan tuna. Untuk melengkapinya, sudah tentu ada tomato, paprika, bawang bombay dan keju. Setiap seorang dapat sepotong pizza.
Beginilah hidangan yang disajikan kalau kita makan di restoran. Nasi sedikit sahaja disertai dengan whipped potato, dan daging yang dibungkus di dalam terung (dolma), dihias dengan tomato dan capsicum panggang. Memang sangat sedap makan tengahari di Özkan Dinlenme Tesisleri.
Hari terakhir kami di Turki, sebelum naik feri menyusuri Selat Bosphorus , kami singgah makan tengahari di Buhara 93 Restaurant.
Orang kata, tak kenal maka tak cinta.
Kalau tak cuba rasa sesuatu makanan yang berbeza dari kebiasaan, kita tak akan tahu sedap tidaknya! Sepatutnya Jun 2020 Amie jalan-jalan lagi ke Turki tapi hanya fokus jelajah Istanbul sahaja. Sayangnya, terpaksa dibatalkan walaupun sudah bersedia kerana Covid-19 melanda dunia!
Semuanya nampak sedap kak Amie. Sup ayam dengan lobak tu memang sebijik macam kat Malaysia. Hehe. Saya tergoda tengok ikan panggang dan lambakan sayuran tu. Patutla orang Turki kulit cantik. Pizza tu pun nampak unik dan sedap. Mana ye nak cari makanan turki sedap di kl ni
BalasPadamYa Allah kak amie, banyakknyaaaaaaaa jenis makanan! Rambang mata nengoknya hahahaha.
BalasPadamBetul tu, rugi kalau tak cuba makanan di negara lain :D
Sayangnyaaa tak ada rezeki pergi Turki, moga moga lepas covid19 ni reda, kak amie boleh pergi lagi.
Haaaa.. tu dia, kalau dah berjalan ke tempat orang, memang makannnnnn la saja kerjanya, hihihi.
BalasPadamTertelan ailio Kita yg menengoknya 😝
ya ampunnn...bestnya..melaut makanan. cepatla sikit covid ni hilang dr muka bumi
BalasPadambestnyaaa.. semua nampak sedap sedap :)
BalasPadamMasakan timur tengah sedap-sedap juga makanannya.
BalasPadamTudiaaaaa....panjang catatan seperti panjangnya perjalanan juga.Saya pun selalu terfikir bila tengok chanel masakan luar negara kenapa telur ayam mereka kulitnya putih.
BalasPadamSyurga makanan ni. Penuh dengan segala macam jenis makanan ada. Turkish Yogurt tu unik hidangan dia, biasa yogurt masam. Bestnya kak amie dah sampai ke Turki. Cantik pulak pintu masuk Bindalli Restaurant tu. Nampak macam padang pasir betul. Pokok pun tinggal ranting je.
BalasPadamsangat menarik dan menyelerakan hehehehe
BalasPadamSaya suka makanan Turki. Sup kacang muda. Kombinasi nasi dan pasta, keju. Cuma lama-lama di sana kena cari makanan pedas.
BalasPadammewahnya makanan turki mrk suka ulaman terbaik tu
BalasPadammeriahnya kalau tengok dia punya hidangan, segala ulaman tu dengan buah dia.
BalasPadamSana buah dia boh sebijik-sebijik ye kak., telur ayam atau puyuh memang tak kopek tapi menarik jugak kan.
kalau dana lah memang mesti nak cuba jugak semua... nak tahu rasa kan
banyaknya..nampak sedap semuanya..
BalasPadamSemuanya nampak menyelerakan Amie..walaupun tak pernah makan lg apa lg sampai ke turki
BalasPadamBanyaknya makanan. Sayur dan ulaman juga banyak. Boleh ambil buat pinggan suku suku separuh. Gerenti diet tak ke laut. Hehe... Sedap pula saya tengok makan roti cicah sup tomato. :)
BalasPadamFuh...memang tak tau nak mulakan makan yang mana satu 😂
BalasPadamBuah tu...kalau saya pun tak ambiklah, sebiji gitu payah pulak nak makan dan habiskan.
Kalau SA dapat peluang ni memang x tau nak pilih makan mana satu..beratus menu tu ha...yang pasti SA suka turkish delight, boss selalu bawak kalau balikd ari Turki
BalasPadamalamak.teringin nak makan makanan turki sebenarnyaaa. nampak menarik semua nya ni :)
BalasPadamBila tengok perkongsia Akak nie, rasa teruja pula nak ke sini.. Meriah betul menu makanannya..
BalasPadamrndunya mknn turki. syu paling suka kofte dia. pegi restoran je, mesti cari kofte. x suka sgt roti jd xbleh lama2 dkt turki, rndu mkn nasi. hehe
BalasPadamYa Allah banyaknya jenis makanan, pencuci mulut, kebab, sayur-sayuran ah rambang mata nak cuba semuanya. Patutnya lepas balik india sedang berura-ura nak pi petik buah kat turki. Belum sempat planning covid pun melanda. Mudahan ada rezeki pi turki naik belon dan rasa semua masakan dia. Kecur tenguk bila tenguk sayur dia macam-macam
BalasPadamSedap jugak makanan turki ni ya,tapi org turki kurang makan nasi susah jugak klu mulut melayu
BalasPadamBen Türküm yemeklerimiz güzeldir paylaşım için teşekkür ederim çok güzel bir blog takibe alıyorum 🥰
BalasPadam