Pages

Rabu, 28 April 2021

Agihan Bakul Makanan di Kawasan PKPD

Sudah masuk hari ke 7 kami terkurung di balik pagar kawat duri. Kami lalui PKPD dengan sabar dengan harapan suasana akan kembali pulih.

Pagi tadi, sebuah lori besar memasuki lorong di taman perumahan kami. Beberapa orang pekerja menghantar bakul-bakul makanan ke setiap rumah termasuk ke rumah kami. Begini agaknya suasana ketika Fairuz terlibat sebagai pekerja sukarela pada tahun lepas, membahagi-bahagi makanan dari rumah ke rumah.

Antara barang keperluan asas yang kami terima termasuklah:

  • 10 kg beras
  • 1 bungkus biskut
  • 1 kotak telur
  • 3 tin sardin
  • 1 botol kicap
  • 2 paket gula pasir
  • 2 paket serbuk kopi
  • 3 bungkis minyak masak
  • 4 bungkus mee hoon


Syukur Alhamdulillah. Rezeki datang tanpa diduga.

Terima kasih ya Allah.
Terima kasih kepada pihak yang prihatin terhadap warga PKPD.
Moga negara kita terus aman dan makmur!



32 ulasan:

  1. Tetiba kita sebak pulak

    Semoga semuanya akan cepat2 berakhir.. Aamiiinnnn

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ada pihak yang peduli hantarkan bantuan. bukan mudah bila PKPD ni. Pergerakan keluar tak dibenarkan bilamana kawad berduri membatasi. Akur dan semoga terus bersabar kak amie. Semoga kes terus menurun dan bebas PKPD.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Pergerakan sangat terbatas. Nak beli makanan siap pun tak dapat.

      Padam
  3. Syukur ada sumbangan... Semoha terus ok hendaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila mengalami PKPd, baru faham mengapa bakul makanan perlu diagihkan kepada penduduk terlibat.

      Padam
  4. Alhamdulillah syukur dgn rezeki yg di beri

    BalasPadam
  5. Sedih SA ngan keadaaan yang Kak Amie lalui ka sana...sebak hati...kalau SA la..x tau macam mana nak hadapi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpaksa hadapi juga SA. Jiran dan rakan-rakan saling memberi semangat.

      Padam
  6. Assalamualaikum kak amie, alhamdulillah, rezeki dari Allah tu. Semoga keadaan kembali pulih dlm negara kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.
      Alhamdulillah, rezeki Allah. In shaa Allah akan tamat juga PKPD ini.

      Padam
  7. alhamdulillah kak, semua dibantu dan semoga cepat pulih kes covid di tempat akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah. Kebetulan akhir-akhir ini minyak masak kurang di LD, dapat pula sumbangan 3 bungkus. Syukur!

      Padam
  8. Alhamdulillah atas rezeki dan bantuan yang diberi. Semuga Allah melindungi amie sekeluarga. Semuga kes semakin menurun di tempat amie.Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin ya Allah. Mudah-mudahan cukuplah PKPD 14 hari saja.

      Padam
  9. Semoga Kak Amie dan keluarga baik-baik sahaja di sana dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah,rezeki Ramadhan
    Semoga seluruh warga LD dalam lindungan Allah

    BalasPadam
  11. Harap cukup 14 hari berakhir la pkpd tempat kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan. Ada yang kena 2 kali, dan ada yang kena 3 kali PKPD.

      Padam
  12. Alhamdulillah, masih ada yang prihatin.
    Semoga pandemik ni cepat cepat berakhir. Aamiin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur atas rezeki yang dikurniakan-Nya.
      Mudah-mudahan keadaan kembali pulih.

      Padam
  13. Alhamdulillah. Masih ada yang bermurah hati..

    BalasPadam
  14. semoga semua baik2 saja.. insyallah cepat2 berlalu
    covid ni semua dan keadaan kembali seperti sedia kala..

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah. Semoga Amie dan keluarga tabah dalam menghadapi tempoh PKPD ni.

    BalasPadam
  16. alhamdulilah kak..byk jugak tuu dappat makanan tuu kak :)

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah.. rezeki Ramadan.. semoga semuanya akan kembali pulih.. Aamiin..

    BalasPadam
  18. What's up friends, how is the whole thing, and what you want to say on the topic of this post,
    in my view its truly remarkable for me.



    토토
    토토사이트
    토토사이트추천

    BalasPadam
  19. Great post.I'm glad to see people are still interested of Article.Thank you for an interesting read........



    스포츠토토
    먹튀검증
    토토사이트추천

    BalasPadam