Pages

Khamis, 15 April 2021

Kuih -Muih Untuk Berbuka Puasa

Sehari sebelum tiba bulan puasa, Encik Suami kata: Tak payahlah kita beli kuih untuk berbuka. Kita setuju jew. Tak ada kuih-muih pun tak apa. Lagipun Bazaar Ramadan di seluruh Lahad Datu tidak dibenarkan beroperasi kerana PKP.

Itu kata dia sehari sebelum puasa.

Rupa-rupanya kata tidak dikota. Hari-hari beli kuih! Tak cukup sejenis, kadang dua, kadang  tiga jenis dibawanya pulang. Entah dari gerai mana dibelinya. Itu belum lagi sebelah malam. Balik dari solat terawih, ada lagi bungkusan kuih atau manisan yang dijinjing ke dapur! Rezeki Allah di bulan mulia.

Kuih Pisang ijo @ Hijau

Kuih Ongol-Ongol

Popia Sira Pedas

Kuih Bom

Kuih Tako @ Takup


Awas! Ini bukan kuih ketayap, bukan kuih gulung atau kuih lenggang. Ini kuih tradisional masyarakat Bugis. Namanya Kuih Pisang Ijo @ Hijau. Nampak macam kuih ketayapkan? Kuih ini bukan dimakan begitu sahaja, tetapi ada kuah manis di bawah ini.


Ini dia kuah yang dimakan bersama kuih Pisang Ijo @ Hijau. Ada rasa lemak santan, dan dalam kuah yang rasa manis ini ditambah sagu biji.
Macamana nak makan?
Kita hiris atau potong Kuih Pisang Ijo @ Hijau dahulu. Kemudian kita masukkan ke dalam kuahnya. 


Inilah rupa sebenar Kuih Pisang Ijo @ Hijau. Jika suka makan sejuk, simpan dahulu dalam peti ais.

10 ulasan:

  1. Wah, macam-macam kuih ada! Saya pernah makan kuih pisang ijo tu... sedap! Tapi susah nak cari di sini.

    BalasPadam
  2. ooo bukan kuih ketayap rupanya..serupa plak...banyak kuih yg SA x tau nama atau kat sana sebutan berbeza kan...SA suka kuih yg warna pink tu..sini panggil kuih sago kan?

    BalasPadam
  3. Sedappppnyaaaaa.
    Kuih ongol ongol tu kalau saya, saya panggil bronok hehehe.
    Bukan beranak tau kak amie :P

    BalasPadam
  4. Mungkin nampak ada gerai jual, itu yang beli agaknya tu kot. Kalau ke bazaar leceh sikit nak membelinya. Kuih Ongol-Ongol comel pulak bunyinya. Unik cara hidangan kuih ijo, nampak sedap dimakan dengan kuahnya.

    BalasPadam
  5. Pisang ijo tu belum pernah makan lagi

    BalasPadam
  6. tak pernah rasa lagi malah tak pernah jumpe pon kuih pisang ijo tu. mesti sedap sebab saya suke pisang

    BalasPadam
  7. Kuih Ongol-Ongol di penang dipanggil intan bertabur hehe h

    BalasPadam
  8. kuih Pisang Ijo @ Hijau tu nampak menarik..

    BalasPadam
  9. heheeh... niat kat mulut je tu kak... nampak kuih sedap semua tergoda hahaha

    BalasPadam