Pages

Khamis, 15 April 2021

Air Selasih Penyejuk Badan

Akhir-akhir ini cuaca sangat panas menyengat. Mari kita sediakan minuman air selasih (sweet basil seed) yang dipercayai boleh menyejukkan badan untuk berbuka puasa. Terpulanglah nak campur dengan jenis minuman yang digemari seperti sirap limau, sirap bandung, laici kang, koktel dan sebagainya. Nak bubuh sedikit atau banyak biji selasih, itu pun terpulang.

Teringat waktu hari raya zaman kanak-kanak dahulu, kalau berkunjung ke rumah jiran tetangga dan saudara mara di kampung, memang disediakan minuman biji selasih. Ada macam-macam warna minuman. Biasanya jumpa warna hijau dan merah. Ditambah pula dengan aroma daun pandan, kerana gula dimasak bersama daun pandan!

Biji selasih dalam minuman ini kami panggil telur katak!


Kelmarin petang Amie sediakan minuman biji selasih dengan campuran:

  • 2 sudu besar biji selasih - rendam dengan air panas hingga kembang
  • 750 ml natural juice pomegranate + cherry (jus delima + ceri)
  • buah delima
  • ais batu - jika suka 

Jus delima + ceri itu tak manis, 100% natural juice tanpa gula. Jika tidak gemar ais batu, simpan sahaja minuman ini di dalam peti ais supaya menjadi sejuk.

Selamat mencuba.

10 ulasan:

  1. Sedapppnya kalau campur dalam sirap bandung! Terbayang bayang dah haahaha.
    Samalah kak amie, saya pun panggil telur katak hehehe

    BalasPadam
  2. I like!

    (Boleh tak nanti amie buat posting behind the scenes macam mana amie ambik gambar?)

    BalasPadam
  3. Terbayang-bayang air ni lalu kat tekak hihihi

    BalasPadam
  4. Nampak fresh sangat ni...setuju ngan uncle gedek...boleh x kak amie buat behind the scene

    BalasPadam
  5. biji selasih sinonim dengan bulan puasa. dulu kecik kecik panggil telur katak juga. hehe..Suka air berbuka dicampur selasih :)

    BalasPadam
  6. ape2 air pon kalau sejuk mmg menyelerakan, especially time puasa ni..

    BalasPadam
  7. ini lagi satu refreshing and healthy

    BalasPadam
  8. sirap campur selasih ni legend dolu2 punya minuman.

    BalasPadam
  9. sedapnya minum minuman yang ada selasih, tambah-tambah waktu berbuka..

    BalasPadam