Pages

Khamis, 15 April 2021

Travel @ Pengembaraan Eropah dan Australia

Amie beli secara online buku travel @ Pengembaraan Eropah dan Australia. J&T hantar pada pagi hari Ahad. Alamak! Amie ni sudah jauh betul keinggalan keretapi. Betul-betul duduk bawah tempurung! Sejak PKP 1.0 dan asyik terkurung dalam rumah, banyak perkara di luar tidak diketahui. Hari Ahad pun J&T hantar barang ke rumah ye? Allah..... bekerja 7 hari seminggu rupanya. Tak tahulah J&T di tempat lain. Amie cerita tentang J&T Lahad Datu.

Inilah buku Travel @ Pengembaraan Eropah dan Australia yang sedang Amie baca. Sudah 5 hari sampai, tapi baru hari ini sempat belek-belek.

Travel @ Pengembaraan Eropah dan Australia


Buku ini diselenggarakan oleh Mukhtar Mustafa. Di dalamnya terdapat 14 catatan pengalaman perjalanan ke Eropah dan Australia, hasil tulisan 14 orang penulis.


Kali terakhir Amie merayap ke luar negara ialah pada Mac 2020. Sekarang duduk berkurung saja macam orang lain di seluruh dunia, tak dapat layan kaki gatal nak berjalan... ahaks! Tak apalah.  Tak dapat jalan-jalan, dapat baca pengalaman orang lain pun kira timba ilmu jugalah. dapatlah kongsi pengalaman yang berbeza ketika berada di negara orang.


8 ulasan:

  1. Baca pwngalaman saei org pun takpe kan kak amie...at least dpr bayangkan dulu sblom kita sendiri sampai tempat tu

    BalasPadam
  2. Haah kak amie, j&t terengganu bukak setiap hari, tapi ada jugak yang tutup satu hari.
    Baca pengalaman orang dulu kan kak amie, lepas setel covid, baru boleh pergi jalan jalan hehehe

    BalasPadam
  3. ye Kak Amie, sekarang mana mana courier hari ahad pun jalan juga. Parcel terlalu banyak sejak PKP 1.0 haritu sebab ramai dah rajin shopping online sebagai pilihan utama. Tak dapat jalan, baca kisah orang lain travel sana sini pun syok jugak tu. Ambil 'feel' dia :)

    BalasPadam
  4. wah 14 penulis tu mesti best pengalamannya. Membaca pengalaman orang lain pun dah rasa macam kita ikut sama travel. Pi Eropah tu teringin entah bila sampai. Insya Allah ada rezeki. Aamiin

    BalasPadam
  5. suka baca pengalaman org mengembara ke negra2 luar. banyak ilmu yg bole dipelajari

    BalasPadam
  6. habis covid ni nak jelajah eropah :)

    BalasPadam
  7. Seronok juga membaca buku travelog macam ini.. Walaupun tak dapat melaluinya secara realiti namun dapat melaluinya melalui pengalaman orang lain..

    BalasPadam
  8. ni kira mengembara di alam buku laa ya hehehee

    BalasPadam